Bab 2

16 1 0
                                    

Pada pagi hari yang cerah, terdapat sebuah keluarga di meja makan yang sedang bersarapan. Zizzie, Iryan dan Izuan sudah siap memakai seragam sekolah. Aqief dan Ayief pula baru sahaja keluar dari bilik menuju ke meja makan.

"Kak Zie, tolong pakaikan tie ini sekejap," pinta Ayief seraya menghulurkan tali leher berwarna maroon dengan corak garis kecil kepada Zizzie. Zizzie mengangguk kemudian memakaikan tali leher tersebut kepada Ayief.

"Aqief sini, abang pakaikan," Iryan memanggil Aqief yang berdiri di tepi Ayief. Aqief berjalan ke arah abangnya dengan langkah longlai disebabkan mamai lagi.

"Dah, pergi makan," kata Zizzie selepas siap membelit tali leher untuk Ayief. Iryan juga dah siap pakaikan tali leher untuk Aqief.

"Kak Zie, Irsyad pun jadi pengawas juga kan?" tanya Ayief kepada Zizzie mengenai sahabatnya, Irsyad.

"Kenapa korang tak tanya dia dalam WhatsApp?" Zizzie menyoal semula.

"Ayief kan tak ada nombor Irsyad lagi," jawab Ayief.

"Nanti minta lah dekat dia. Kak Zie mana tau dia jadi pengawas ke tak," ucap Zizzie seraya berjalan menuju singki untuk mencuci tangannya setelah sarapan. Iryan dan Izuan turut sama mengikut tindakan kakaknya.

"Aqief Ayief, dah jadi pengawas jangan nakal-nakal tau. Disiplinkan diri, beri contoh yang baik dekat adik-adik. Itu tanggungjawab kamu sebagai seorang pengawas sekolah," nasihat Encik Ayyaz terhadap anak kembarnya.

"Oke abah," jawab mereka. Lalu mula bersarapan.

"Iryan pun sama, tunjuk contoh yang baik untuk pelajar-pelajar. Kena tegas dan tegur kalau ada pelajar yang buat kesilapan. Jadi pengawas sekolah menengah tak sama dengan waktu jadi pengawas sekolah rendah. Ryan fahamkan maksud abah?" Encik Ayyaz menasihati anak terunanya pula.

"Baik, abah. Ya, Ryan faham," jawab Iryan, kemudian duduk di sofa sambil memakai tali leher berwarna maroon yang dihiasi dengan corak garis kecil serta logo sekolah. Tali leher yang dikhaskan untuk pengawas sekolah.

"Izuan pula, kamu dah masuk tingkatan satu. Tinggalkan perangai budak-budak itu. Tinggalkan dekat sekolah rendah, lupakan. Alam sekolah menengah tak sama dengan sekolah rendah. Belajar rajin-rajin. Cari kawan dengan baik oke?" pesan Encik Ayyaz kepada Izuan pula.

Izuan mengangguk, dia turut duduk di sebelah abangnya untuk memakai tali leher berwarna hijau gelap dengan corak polka dot bersama sweater vest berwarna sage green.

"Eh, Zulfaa! Pergi mana tadi? Baru nampak batang hidung," Zizzie menegur adik perempuannya yang baru tiba di ruang tamu.

"Zulfaa sakit perut tadi kak, pergi tandas sekejap," jawab Zulfaa kemudian berjalan menuju ke Puan Rusnaa untuk mencium tangan wanita itu, diikuti Zizzie, Iryan dan Izuan.

"Zizzie, Iryan jaga adik-adik kamu dekat sekolah nanti ya," pesan Puan Rusnaa kepada mereka berdua.

"Oke umi," jawab mereka. Tiba-tiba....

"Ish! Aqief bagi la!! Itu songkok aku. Kau punya kan ada dekat meja belajar kau itu," Ayief merebut semula songkok yang berada di dalam genggaman abang kembarnya itu.

"Mana ada lah! Itu songkok kau. Yang ini aku punya!" kata Aqief seraya merebut songkok yang dipegang Ayief. Namun, Ayief lebih cepat menjauhkan songkok itu daripada direbut Aqief.

Puan Rusnaa yang mendengar itu berjalan menuju ke bilik anak kembarnya.

"Aqief, Ayief kenapa ni?" tanya Puan Rusnaa yang sudah mencekak pinggang di muka pintu.

"Ini haa, Aqief dia ambil songkok Ayief," Ayief mengadu kepada uminya.

"Mana ada! Itu songkok Aqief lah."

Angels Or Devils? Where stories live. Discover now