Once upon a time. Eh, bukan-bukan. Pada suatu hari... Ah, sudahlah tak payah nak "pada suatu hari" sangat. Jadi, ini kisah aku. Danish. Hidup aku senang. Bak kata orang melayu, aku dilahirkan dalam keluarga yang berada. Bak kata orang putih pula, 'Silver Spoon.'
Tapi itu lah, aku ni jenis tak reti bersyukur. Duit yang aku ada, aku selalu buat berjoli. Beli kereta, motor, berfoya dan paling aku menyesal ialah aku berjudi. Almaklumlah, pengaruh rakan sebaya aku, Shah.
Kena pula masa tu kawan ayah aku ada dekat situ. Apa lagi, dia pergi report dekat ayah akulah. Habis aku balik tu kene teruk dengan ayah aku and the sad thing is aku kene halau rumah bhai!
So lepas je aku kene halau rumah tu, aku terpaksalah menumpang rumah kawan aku si Shah tu. Sementara aku nak cari rumah lainlah. KONONNYA! AHAHAHA.
Kami selalu keluar malam, clubing, judi. Pada mulanya, hidup aku berjalan seperti biasa. Tiada yang berbeza. Tapi, ada satu hari tu, aku kalah besar. Adalah dalam 500k. Mana aku nak cekau duit?! Shah pula dah mula berbunyi sebab aku makan tidur je dekat rumah dia tu. "Danish, kau dah kalah besar judi hari tu, kau dah lah duduk rumah aku ni free je. Tak bayar apa-apa langsung."
"Alah, rilekslah Shah. Nanti aku ada duit aku bayarlah dekat kau."
"Masalahnya, kau pun tak bekerja. Kau nak bayar macam mana?!" Shah dah mula tinggikan suara.
"Pandailah aku aku cari duit nanti." Aku terus keluar dari rumah tu. Malas nak bertekak dah. Baik aku pergi cari 'ketenangan'.
YOU ARE READING
[C] 𝚂𝚝𝚘𝚛𝚒𝚊 𝚍𝚒 𝚅𝚒𝚝𝚊
AdventureCOMPLETE Dari lahir dah kaya. Tapi kerana tamak, hidup susah pula. Untuk pembacaan santai, cerita ni tak berat dan sangat tidak sesuai pada yang mahukan kesempurnaan dalam penggunaan ayat. P/S: cerita ini hanya sampingan, akan ada 'main story' aka s...