Aku tak tahu nak ke mana sebenarnya, aku ikut je kaki aku nak melangkah ke mana. Sampailah aku berhanti depan satu kedai yang perlukan pekerja. Well, tak salah kau aku buat kerja part time.
Masuk je dalam kedai, aku terus cari pekerja untuk bertanya. "Erm, akak." Waduh, kenapa aku rasa nervous lak ni?
Kakak tadi berpaling memandang ke arah aku. Ya Tuhan, lawa sungguh. Tapi! "Ya, ada apa yang boleh saya bantu?" Soal akak tu, janggal. Matanya memerhatikan aku atas, bawah.
"Saya nak tanya. Dekat sini ada kerja kosong lagi ke?" Soal aku sambil tunjuk pada kertas iklan yang melekat pada tingkap kedai.
"Ouh, ada-ada. Sekejap saya panggil boss saya." Jawab kakak tu dan terus berlalu ke belakang. Tak lama selepas itu, seorang lelaki keluar bersama kakak tadi. "Ini dia boss, dia datang tanya pasal kerja tu." Ujar akak tersebut dan terus mempamitkan diri.
Aku tersenyum janggal pada lelaki berusia di depan aku. Nampak dah tua, tapi itulah. Segak. "Jadi, kamu nak kerja dekat sini?" Soal lelaki itu.
Pelahan, aku menangguk. "Haah, saya nak kerja dekat sini." Jawab aku agak gagap.
"Apa yang kamu boleh buat? Apa pengalaman kamu? Masih belajar?" Uish, bertalu-talu soalan dia bagi aku.
Well, aku jawablah semua soalan dia dan syukur aku jawab dengan lancar. "Baik, kamu diterima bekerja di sini. Bila kamu boleh mula?" Soal boss aku lagi.
Aku dah mula teruja sebab dapat kerja dekat situ. "Esok pun boleh boss," Jawab aku bersemangat.
Boss aku senyum dan menganggukkan kepalanya. "Baik, esok datang pukul sembilan pagi." Arah boss dan terus berlalu pergi.
Keluar saja dari kedai, aku terus melompat suka. "YES! AKU DAPAT KERJA!" Ah, peduli apa aku kalau orang nak pandang aku pelik sebab dapat kerja dekat sini. Yang penting, kerja.
Dah, aku nak balik, esok aku dah ada hidup baru. Well, hidup baru yang aku tak tahu berapa lama boleh bertahan, tapi harapnya lama lah.
YOU ARE READING
[C] 𝚂𝚝𝚘𝚛𝚒𝚊 𝚍𝚒 𝚅𝚒𝚝𝚊
AventuraCOMPLETE Dari lahir dah kaya. Tapi kerana tamak, hidup susah pula. Untuk pembacaan santai, cerita ni tak berat dan sangat tidak sesuai pada yang mahukan kesempurnaan dalam penggunaan ayat. P/S: cerita ini hanya sampingan, akan ada 'main story' aka s...