Bab 3: [WHAT GOING ON?!]

3 0 0
                                    

Sudah sebulan aku bekerja di sini. Semuanya berjalan dengan lancar, aman, dan tiada masalah. Sehingga pada suatu hari...

Seorang pelanggan mengangkat tangan, memanggil aku. "Ya bang, ada masalah ke?" Soal aku dengan sopan.

"ADA! NI HA, KENAPA MAKANAN AKU MASIN SANGAT NI?!" Pelanggan tadi menjerkah aku dihadapan semua orang. Tetapi aku cuba untuk bersabar. "Maaf, saya akan tukar dengan yang baru." Aku mengambil pinggan makanannya untuk di tukar dengan yang baru.

Siap sahaja makanan yang di pesan, aku menghantar makanan tersebut pada pelanggan itu semula. "Ini bang, makanan yang baru. Kalau ada apa-apa lagi boleh panggil saya." Baru sahaja mahu berpaling, pelanggan tersebut memanggil aku semula.

"INI MAKANAN KE KERTAS PASIR?!" Dia meludah sisa makanan di dalm mulutnya ke muka aku.

Serius, ni dah lebih. Akibat terlalu marah, aku terus menarik kolar baju pelanggan tersebut dan menumbuk wajahnya. Baru puas hati aku. Baru sahaja mahu melepaskan satu lagi tumbukan, seseorang menarik aku dari belakang, menghalang.

"Kau kenapa nak kene tumbuk orang ni?!" Tengking orang tersebut, boss aku.

"Dia yang melebih boss, padahal boleh je cakap elok-elok. Tapi dari tadi dia tengking saya siap ludah makanan dekat muka saya lagi." Adu aku. Tapi apakandaya, 'Customer always right' kan?

"Eh kau tak payah nak menipu, kau yang tiba-tiba tumbuk sebab complain pasal makanan ni. Aku pulak yang kena?" Ujar pelnggan tersebut mereka cerita.

"Maafkan pekerja saya. Dia baru lagi kerja dekat sini." Boss aku memohon maaf bagi pihak aku. Kemudian dia mencuit lengan aku supaya meminta maaf juga. Mahu tidak mahu, aku terpaksa ikut juga. "Hm, maaf." Ujar aku malas.

Tapi nampaknya, masalah ni tak habis macam tu je, "Aku tak kira, kau kene berhentikan dia juga. Kalau tak aku akan viralkan kedai kau." Ujar pelanggan itu masih tidak puas hati.

"Apa ni bang, lebihlah sampai saya kena berhenti bagai." Dia ni memang nak cari gaduh agaknya.

"Ah, aku peduli apa. Aku nak kau berhenti juga. Kalau tak, aku akan viralkan kedai ni. Biar semua tahu yang service kedai ni teruk!"

Aku memandang ke arah boss aku. "Baik, saya kan berhentikan dia sekarang juga." Ujar boss aku kemudian memandang ke arah aku. "Masuk office saya, sekarang." Tegasnya dan terus berlalu pergi. Haih, serabut betullah aku.

[C] 𝚂𝚝𝚘𝚛𝚒𝚊 𝚍𝚒 𝚅𝚒𝚝𝚊  Where stories live. Discover now