"Maafkan saya, Danish. Saya terpaksa berhentikan awak."
"Tapi boss, dia yang mulakan dulu. Bukan salah saya."
"Ya, bukan salah awak. Tapi salah awak ialah awak tak boleh kawal kemarahan awak. Ini baru sorang pelanggan perangai macam tu, awak dah tumbuk muka dia. Kalau ada 10 lagi perangai yang sama, awak nak tumbuk orang tu juga ke?" Soal boss aku, perlahan.
Aku menundukkan kepala. "Saya akan bagi gaji awak untuk sebulan kerja di sini dan pampasan sebab terpaksa berhentikan awak." Boss aku menghulurkan sampul yang berisi duit.
Mahu atau tidak, aku memang dah diberhantikan pun pada hiri itu. Aku menyambut huluran tersebut. "Terima kasih sebab beri saya peluang untuk bekerja di sini walaupun sebulan." Ujar aku.
Boss menepuk bahu aku. "Saya harap awak dapat kerja yang selayaknya di luar sana." Ujar boss aku memberi kata semangat.
Setelah bersalaman, aku terus melangkah keluar dari kedai makan tersebut. "Haih, kene cari kerja baru lagi." Baru sahaja mahu melangkah pergi, seseorang menegur aku.
"Nak cari kerja baru?"
Aku pandang ke arah suara tersebut. Seorang lelaki sedang menghisap rokok sambil bersandar pada kereta mewahnya.
"Hah, abang cakap dengan saya ke?" Soalan bodoh terpacul dari mulut aku. Sah-sahlah dia bercakap dengan aku sebab aku sorang je dekat sini sekarang.
"Eh, tak lah aku bercakap dengan pokok belakang kau tu." Dia menjulingkan matanya ke atas. Rokok di tangan di buangnya ke tanah dan di pijak.
"Kau tengah cari kerja baru, ke?" Soal dia sekali lagi.
Aku mengangguk. "Iye bang, aku tengah cari kerja baru. Asal, kau nak bagi aku kerja ke?" Soal aku semula.
Dia tersenyum sinis. "Ada, kau nak ke?" Soal dia sambil berpeluk tubuh.
YOU ARE READING
[C] 𝚂𝚝𝚘𝚛𝚒𝚊 𝚍𝚒 𝚅𝚒𝚝𝚊
مغامرةCOMPLETE Dari lahir dah kaya. Tapi kerana tamak, hidup susah pula. Untuk pembacaan santai, cerita ni tak berat dan sangat tidak sesuai pada yang mahukan kesempurnaan dalam penggunaan ayat. P/S: cerita ini hanya sampingan, akan ada 'main story' aka s...