"Kita nak kemana ni?" Soal aku apabila kereta yang di pandu lelaki yang aku tidak tahu namanya berhenti di lampu isyarat.
"Ke tempat kerja baru kau." Jawabnya. Fokus betul bawa kereta.
"By the way, nama abang apa?"
"Huh, dah masuk kereta ni baru tanya apa nama aku?" Sinis dia menyindir.
Aku menjulingkan mata ke atas. "Yelah bang, tiber je tegur lepas tu ajak masuk kereta. Aku ikut je la." Jawab aku bersahaja.
"Panggil aku, Tam."
"Oh, aku Danish."
"Ok." 'Ok' je? Huh apa sajalah.
Lama juga bertapa dalam kereta ni. Tak tahulah nak ke mana. Dari tadi nampak hutan je.
Tiba-tiba Tam membelok keretanya ke satu simpang. "Wah, kita nak buat apa dekat sini?" Sekarang kami berada di satu rumah berhampiran pantai yang sangat curam dan mepunyai rumah api.
"Aku nak jual barang." Jawab Tam keluar dari perut kereta.
Laju aku membuka seatbelt dan melangkah keluar juga. Aku hanya diam dan membontoti Tam sahaja dari tadi. "Kau tunggu sini." Arah Tam dan berlalu turun ke jeti untuk berjumpa seseorang.
Uish, dia jual apa doh? Tidak lama selepas itu, Tam datang semula ke arah aku.
Bahu aku dirangkulnya. "Dah, jom."
Aku memandang pelik ke arah Tam. "Kau jual apa tadi?" Soal aku polos. Dari senyuman dia, aku tahu barang tadi mahal harganya.
Tam tersengih lebar ke arah aku. "Rokok." Jawabnya sepatah.
Aku mengerutkan dahi. "Rokok apa sampai ke tempat macam ni nak jual?"
Tam tersenyum sinis. "Rokok yang boleh mengkhayalkan dan buat orang ketagih." Jawabnya tanpa bersalah.
Kemudian dia terus melangkah masuk ke dalam kereta sementara aku masih tercengang memproses maksud ayatnya tadi.
"Woi! Taknak balik ke?" Jerit Tam. Tanpa berlengah, aku terus melangkah masuk ke dalam kereta.

YOU ARE READING
[C] 𝚂𝚝𝚘𝚛𝚒𝚊 𝚍𝚒 𝚅𝚒𝚝𝚊
ПриключенияCOMPLETE Dari lahir dah kaya. Tapi kerana tamak, hidup susah pula. Untuk pembacaan santai, cerita ni tak berat dan sangat tidak sesuai pada yang mahukan kesempurnaan dalam penggunaan ayat. P/S: cerita ini hanya sampingan, akan ada 'main story' aka s...