Bab 6: [TRIAL & THIS MY LIFE]

0 0 0
                                    

Aku memandang sekitar kawasan rumah banglo ini. Besar dan aku nampak ramai yang tengah lepak dekat bahagian belakang rumah. Tam menarik aku menghampiri seseorang.

"So, ini boss aku. Silver. Boss saya ada bawa budak baru untuk di recruit hari ni." Ujar Tam kepada Silver.

Silver berpeluk tubuh memandang aku atas bawah seperti yo-yo. "Apa kau boleh buat?" Soal Silver mendatar.

"Jual barang?" Jawab aku gugup. Gila aku tak pernah rasa takut macam ni bila berdepan dengan orang.

Silver tersenyum sinis. "Jual barang aku pun boleh kalau macam tu. Pergi je tepi jalan buka khemah pastu menjerit suruh orang beli barang aku." Dia kemudian menggelengkan kepalanya.

"Kau pandai menembak?" Soal Silver lagi.

Aku mengangguk. "Bolehlah sikit-sikit." Jawab aku. Padahal pegang pistolpun aku tak pernah.

Aku nampak Silver berbisik sesuatu kepada Tam. Tidak lama kemudian, Tam menghulurkan selaras pistol kepada aku. "Aku nak kau tembak je sesiapa dekat situ. Tapi tembak bahagian pinggang ke bawah" Arah Silver.

Seriuslah dia suruh aku tembak orang dia ni? Perlahan-lahan menyambut huluran Tam. "Tak kesah sesiapapun?" Aku menyoal semula meminta kepastian. Risau ada yang aku tak boleh tambak, tapi aku pergi shoot, mati aku.

"Kau tembak yang jantan je la. Yang perempuan tu tak payah." Ujar Silver mendatar.

Aku mengangguk faham. Tanpa membuang masa, aku terus menembak salah seorang dari mereka di bahagian kaki. "Nice!!!" Ujar Silver teruja.

Tam datang memeluk bahu aku sambil tersenyum bangga. "So, amacam boss?" Soal Tam kepada Silver.

Silver memandang aku lama. Risau aku tengok dia tenung aku macam nak di telan hidup-hidup. Kemudian dia tersenyum penuh makna. Aku memandang ke arah Tam. Meminta penjelasan. Tetapi dia hanya daim sambil tersenyum sinis. "Jom, ikut aku." Ujar Tam sambil menarik aku masuk ke dalam rumah banglo tersebut.

Tam bawa aku ke tingkat atas rumah tersebut. Dia bawa aku ke arah satu bilik. Di bilik itu dia memberi aku baju kumpulan dan bawa aku keliling kawasan rumah tersebut. "Boss biasa bagi masa 2 minggu untuk kau sesuaikan diri denga family ni. Kalau kau selesa, kau boleh teruskan, kalau tak kau boleh blah." Terang Tam kepada aku.

Aku mengangguk faham dan sejak dari hari itu, hidup aku mula berubah 180 darjah. Aku mula rapat dengan meraka semua dan aku sudah anggap mereka semua sebagai keluarga aku sendiri. Naik turun aku, mereka yang sentiasa ada untuk aku.

Dari seorang anak buah dan kini telah naik pangkat menjaga semua ahli kumpulan, mencari orang-orang baru untuk kumpulan ini yang di beri nama 'NARCOS'. Aku yakin, semua orang berhak memilih jalan hidup masing-masing tanpa ada paksaan. Cuma terpulang pada diri sahaja mahu yang baik atau buruk. This is my life now and maybe forever.

THE END

[C] 𝚂𝚝𝚘𝚛𝚒𝚊 𝚍𝚒 𝚅𝚒𝚝𝚊  Where stories live. Discover now