BAB 4

28 5 1
                                    

Setibanya mereka bertiga di E'U Cafe, mata Aryan mencari kelibat seseorang yang menelefonnya sebentar tadi.

"Aryan! Zarif! Aiden!" Laung seseorang. Mereka bertiga memandang ke arah hujung cafe sebelum bergerak ke situ.

"Haidar!" Kata Aiden sambil tersenyum. Dia mengambil tempat di hadapan lelaki itu.

"Hi geng. Macam mana dengan hari hari kauorang, okay? Ada masalah?" Tanya Nik Ardan Haidar ramah. Dia adalah abang kepada Nik Ardini Harissa.

"Alhamdulillah, kami tak ada apa apa masalah tapi si Aiden ni la sedih pula bila tengok adik aku sedih" perli Zarif. Aiden tersengih.

Ardan menggelengkan kepalanya. "Kau still suka dia, Aiden? Ingatkan dah move on" kata kata Ardan itu membuatkan Aiden mencebik.

"Of course lah, adiratna aku kan" balas Aiden bangga.

Zarif menjuihkan bibirnya. Ceh adiratna la konon! Kena reject kang baru tau nak menangis tepi bucu katil.

"Adiratna? Tak silap aku tu bahasa melayu klasik tapi lupa la pula maksud dia" kata Aryan hairan.

"Permata hati, itu maksud Adiratna" Ardan menolak sedikit bahu Aiden.

Aiden menoleh ke arahnya lalu kening dinaikkan sedikit sebagai balasan. "Nak apa?"

"Kemain kau permata hati bagai, buatnya dia dah ada permata hati dia sendiri macam mana?" soal Ardan sinis.

"Eh dah la jom order makan" Aryan pantas menukar topik. Buatnya Aiden broken dekat sini, bukan sehari tapi setahun pun boleh tau.

Tengku Arfan berjalan ke arah mereka bersama satu buku nota kecil di tangan.

"Selamat datang. Encik encik ni nak makan dan minum apa ya?" Tanya Arfan bosan.

"Ahhh nak latte satu"

"Nak matcha"

"Make it two"

"And cappucino" Arfan mengangguk lalu melangkah dari situ.

Perhatian Aryan, Aiden dan Zarif kembali pada rakan mereka yang seorang ini.

"Macam mana dengan kerja kau? Ok ke? Mesti kau busy kan, yelah sekarang ni nak dekat 31 ogos dah. Dah nak sampai tarikh hari kemerdekaan" kata Zarif membuatkan Ardan angguk kepala setuju.

"Memang busy sikit la beberapa hari ni. Tapi apa apa pun, adik aku si Ardini tu tetap kena pantau" kata Ardan dibalas anggukan oleh ketiga tiga jejaka dihadapannya.

"Ha nah air kauorang. By the way, kauorang borak apa? Nak join juga" Arfan kembali bersama pesanan mereka lalu duduk di tepi Ardan.

"Tak ada apa pun tapi eh jap!" Kata Aryan.

"Kau dah kenapa, bongok?" soal Zarif pelik. Dah kenapa dengan jantan ni.

"Tu bukan Adeena ke? Dengan Ardini kan?" Aryan menunjuk ke arah kaunter cafe itu.

Membulat mata Aiden. "Ya allah, cantiknya bakal isteri aku ni"

Yang lain mencebik. Macam dia je ada.

"Angau!" Kata Ardan lalu semua ketawa.

TBC.
VOTE

ADIRATNA MILIK QAYRENWhere stories live. Discover now