BAB 19

111 22 1
                                    

Harraz memandang wajah atuk dan opah di depannya. Seperti apa yang telah dia janjikan kepada Sara, hari ini dia akan lunaskan janjinya itu.

"Atuk, opah. Raz ada perkara nak dibincangkan dengan atuk dan opah" atuk dan opah berpandangan sebelum mengangguk.

"Ada apa Raz ?" Opah sudah tidak senang duduk.

Harraz menarik dan menghembus nafas. Mengumpul segala kekuatan. Wajah Sara yang berada di sebelah opah dikerling sekilas.

"Raz nak minta izin nak bawa Sara ke KL"

"Kenapa pula ? Kenapa sampai ke KL ?" Opah menyoal.

"Sara nak tinggalkan opah dan atuk ke ? Sara nak tinggalkan kampung ni ke ?" Bertalu-talu soalan opah.

"Bukan macam tu"

"Habistu macam mana ? Kamu nak ikut ke kata Senah tu ? Kalau sebab tu lah kamu nak keluar dari kampung ni, opah tak akan benarkan. Kamu tu satu-satunya cucu opah. Kalau Senah tak suka kamu sekalipun dia tak ada hak nak pisahkan kamu dengan opah dan atuk. Kalau ini sebabnya biarlah opah pergi bersemuka dengan dia !" Sara memandang ke arah Harraz. Bibirnya digigit.

Atuk masih diam tak bersuara.

"Opah, tujuan Raz nak bawa Sara ke KL sebab nak bagi Sara kerja. Sara kata dia baru habis intern haritu. Kebetulan syarikat Raz ada kekosongan. Jadi Raz ada tanya Sara nak ke dia kerja dekat company Raz dia kata dia nak" Jelas Harraz. Walaupun tekaan opah itu betul. Dia sudah berbincang racangan ini dengan Sara dan Sara bersetuju.

"Kamu dan Suha kan ada buat business. Kamu tak cukup duit ke Sara ? Kalau tak cukup opah boleh bagi. Kamu cakap aja berapa" Kata opah sambil memgemgam tangan Sara.

"Opah, Sara nak belajar berdikari. Duit hasil business tu cukup, Alhamdullilah. Sara cuma nak cari pengalaman. Sara tak nak sia-siakan arwah ibu ayah. Diaorang hantar Sara belajar tinggi-tinggi, jadi Sara nak tunjuk dekat arwah ibu ayah yang Sara berjaya" Jawab Sara dengan air mata yang bergenang di tubir mata.

"Sara harap sangat opah dan atuk doakan Sara" Pinta Sara.

"Tap—tapi"

"Atuk izinkan. Kamu pergilah, Sara. Peluang dah ada depan mata. Jangan sia-siakan. Atuk dan opah akan sentiasa doakan Sara" Ujar atuk.

Opah paling ke arah atuk, atuk senyum tipis dan angguk. Perlahan-lahan opah paling semula ke arah Sara. Air liur ditelan terlebih dahulu.

"Opah izinkan" Mahu tidak mahu sahaja opah berkata.

Sara memandang ke arah Harraz. Senyuman diukir. Lega apabila atuk dan opah sudah memberi keizinan. Sekarang ini masa untuk memujuk Nasuha pula.

Sara baring menghadap ke arah katil Nasuha. Sudah tiga hari Nasuha tidur di ruang tamu. Tapi atuk dan opah tidak mengetahui kerana Nasuha akan keluar dari bilik pada tengah malam dan masuk semula ke bilik sebelum subuh.

Apabila bunyi pintu terbuka, laju sahaja kepala Sara pusing ke arah pintu. Nasuha hanya melihat wajah Sara dari ekor mata.

Nasuha mengambil bantal kemudian selimut diambil dan ditindih di atas bantal. Baru sahaja Nasuha angkat punggung dan mahu melangkah, sepasang kaki Sara berdiri di depannya.

"Suha" Nasuha tidak mengendahkan. Sekali lagi langkah Nasuha ditahan.

"Kau nak apa Sara ?" Soal Nasuha tanpa memandang ke arah Sara yang sedang memegang lengannya.

HARRAZ'SWhere stories live. Discover now