Nareesa Indira, cantik seperti orang yang di depan saya sekarang ni." Puji Bunga kepada Nareesa.
Nareesa yang tengah sedap minum tiba-tiba tersedak apabila Bunga memuji kecantikanya.
"Uhuk! Uhuk! mana ada saya rasa Cik Bunga lagi cantik daripada saya tau." Dengan kuat Nareesa menutur ayat. Sambil tepuk-tepuk dadanya, dan terasa perit di hidung kerana tersedak tadi.
Seraya itu Makcik Melia menolong mengusap belakang tubuh Nareesa dan sebelah tangan kenan naik menutup lubang telinga nya.
Kuat sangat si Nareesa tu bercakap. Sakit lubang telinga Makcik Melia. Rasanya ada microphone dalam tekak Nareesa ni.
"Awak ni macam Aurora bila saya tengok, kan Qhalis." Ujar Bunga seraya menoleh ke Qhalis yang duduk bersebelahan dengan dia.
"Haah! Tuan Eider pun cakap macam tu tadi." Balas Qhalis lalu memusingkan kepala nya dan melihat sekeliling cafe itu. Seperti mencari seseorang.
"Awak cari siapa Qhalis?"
"Mencari si cantik, sebab dari tadi lagi saya tak nampak si cantik, dia dah balik ke?"
"Tak la dia belum balik lagi, Aurora pergi beli apa entah dia cakap tadi, saya lupa lah hehe." Tersengih saja Bunga lalu bersembang semula dengan Nareesa dan Makcik Melia.
Qhalis hanya meng"oh"kan saja sambli angguk. Dan dia seorang lelaki yang hanya memasang telinga sahaja. Dan mendengar perbualan diantara ketiga wanita yang sedang duduk bersama nya.
Tak lama kemudian kedengaran bunyi loceng dari pintu masuk cafe itu, Tanda ada yang masuk ke cafe. Mereka berempat terus berpaling ke arah pintu masuk itu. Dengan riaksi muka biasa sahaja.
"Kenapa pandang saya macam tu? ada apa apa ke yang tak kena dengan saya? Oh tidak! saya tersalah pakai kasut ke, sebelah biru sebelah merah ke." Lantas Aurora melihat ke bawah dan melihat warna kasut nya.
"Okey saya tak salah pakai kasut, kasut saya okey aje, kenapa kau orang pandang saya macam tu. Seram tau!" Dengan riuhnya Aurora berkata.
Dekat tangan dia penuh dengan plastik makanan yang baru sahaja dia beli tadi.
Bunga dah geleng kepala, sama dengan Qhalis yang turut geleng kepala sambli mereka berdua tahan ketawa.
"Hai Aurora! nama saya Nareesa, pekerja baru kat sini!" Jerit Nareesa sambli melambai tangan ke arah Aurora.
Bunga, Qhalis dan Makcik Melia sudahpun menutup lubang telinga mereka masing-masing. Kerana mereka tahu yang Nareesa akan menjerit dengan kuat walaupun dia hanya menyapa. Dahh kalau bercakap pun seumpama menjerit apatah lagi kalau menjerit!
"Hai Nareesa, saya pula Aurora yang paling cantik dan paling comel." Balas Aurora dengan penuh bergaya.
Lalu kaki menapak ke arah meja dan mengambli kerusi yang berada disebelah dan duduk di tengah meja menghadap keempat-empat manusia yang sedang melihat ke arah nya.
"Hai Qhalis, hai Makcik.." Sapa Aurora lalu meletakkan ke semua makanan di atas meja.
"Makcik Melia aje." Makcik Melia menperkenalkan dirinya kepada Aurora. Sempat mereka berdua bersalaman.
"Baik Makcik Melia, makcik sihat?" Soal Aurora kepada Makcik Melia.
"Alhamdulillah, cuma hari makcik kurang sihat sikit.." Jawab Makcik Melia dengan nada perlahan.
Sampai Aurora mendekatkan telinga nya ke mulut Makcik Melia supaya dapat mendengar suara Makcik Melia yang perlahan itu. Dan Aurora hanya mengangguk selepas mendengar ujaran Makcik Melia.
"Nanti Makcik Melia dengan Nareesa kerja sebagai apa kat cafe ni." Tanya Aurora lalu memandang ke arah Bunga. Sambli ditopang dagu dengan tapak tangannya.
"Okey pasal ni aku dah discuss dah yang Nareesa akan berkerja sebagai cashier dan Makcik Melia pula berkerja sebagai pembuat dessert." Jawab Bunga lalu bertepuk tangan dengan rianya.
"Nampaknya berkurang lah kerja kau Bunga sebab dah ada pembantu. Yang aku ni semakin tambah pula kerja aku." Kepala digelengkan perlahan.
Sedia maklum Bunga adalah pembuat dessert untuk cafe dia sendiri. Namun dia tidak larat untuk buat semua itu dalam masa sehari ya. Yang mana dia mampu buat dia akan buat. Dan selebihnya Bunga akan order dari pembuat dessert yang lain untuk hantar ke cafe dia.
"Aurora kerja apa kat cafe ni?" Tanya Nareesa seraya memandang Aurora.
"Saya kerja sebagai cashier tapi nanti awak akan ambli alih sebab saya nanti tak dah kerja kat sini lagi." Tenang sahsja Aurora menjawab pertanyaan Nareesa itu.
Walhal dia sedih sebab nanti dah tak boleh berjumpa dengan Qhalis ahaks.
Ok ok gurau aje jangan marah. Dengan semua orang la nanti dia tak boleh berjumpa sebab dia duduk jauh dari malaysia. Balik ke malaysia pun belum tertentu selalu mesti berbulan-
bulan juga baru dia balik ke malaysia."Sebab saya ada buat kerja dekat Beijing, jadi saya tak berkerja lagi dekat cafe ni." Aurora menyambung kata-katanya.
"Alah baru je nak kenal-kenal dengan Aurora." Monyok terus muka Nareesa.
"Bukan awak je tau yang sedih, saya pun sedih juga, kawan saya nak pergi pindah duduk kat Beijing. Jauh tau bukannya dekat." Muka sedih ditayang oleh Bunga.
Saya pun sedih juga Cik Bunga. Bisik Qhalis dalam hati. Namun dia hanya diam sahaja.
"Aurora apa kata kau pujuk daddy kau tu. Cakap dengan dia yang kau tak nak pergi duduk dekat Beijing tu please." Rayu Bunga dengan kedua-dua tapak tangan dicantum memohon.
"Tak boleh Bunga, aku dah bincang dengan semua orang sebelum aku setuju nak uruskan syarikat tu, dan aku tak boleh nak tarik balik sesuka hati macam tu aje, nanti tak pasal-pasal kena marah dengan daddy aku pula." Terang Aurora dengan muka cemberut nya.
"Tak apa la kalau kau dah cakap macam tu, aku tak boleh nak halang." Dengan pasrah Bunga menutur ayat itu.
"Alahh boleh call kan, video call pun boleh." Aurora tolak lembut bahu Bunga.
"Memang lah boleh video call, tapi nanti tak boleh jumpa depan-depan dengan kau, tak boleh peluk kau juga." Muncung bibir Bunga saat ini.
Eh, eh ,eh,ehhh. Deja Vu? ~~
Qhalis sudah menlarikan pandangan ke arah lain kerana dia cuba untuk menahan dari tertawa. Bibir dikemam rapat supaya suara ketawa dia tidak terkeluar. Fikirkan Qhalis sama dengan para readers?!
"Qhalis kenapa ni? Macam tahan ketawa je makcik tengok?" Ujar Makcik Melia. Yang sedari tadi melihat tingkah laku Qhalis.
"Huh" Itu yang dibalas Qhalis.
Semua melihat ke arah Qhalis dengan riaksi muka ingin tahu kenapa dia tahan ketawa.
"Semalam saya youtube video lawak, itu yang tiba-tiba nak ketawa tu." Qhalis tertawa hambar untuk menutup perasan malu.
Mereka semua hanya meng"oh"kan sahaja sambil angguk.
••༺☆༻••
please vote and comment my lovers
- happy reading 🍬
YOU ARE READING
WE MEET AGAIN [OG]
Romance✦ 𝐖𝐄 𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍 ✦ ╰┈➤ slow update 𝓔𝓲𝓭𝓮𝓻 𝓦𝓪𝓴𝓮𝓮𝓵 ⋆ 𝓑𝓾𝓷𝓰𝓪 𝓑𝓪𝓽𝓻𝓲𝓼𝓱𝓪 Walaupun dirinya dulu pernah dibuli dan dipukul dengan teruk oleh rakan sekelasnya hanya disebabkan dia seorang yang pandai dari segi pembelajaran...