tanpa teragak ii aina berjalan menuju ke arah numan yang berdiri di koridor depan kelas 2-B itu dan terus pura ii jatuh ke lantai menghempap lelaki itu. sakit badan lelaki itu dibuatnya. gadis itu seronok menatap wajah kacak numan basyir itu. seolah ii dia berada di dalam dunia kdrama.
"numan basyir" panggil auliya lantang yang sempat melihat adegan tak senonoh itu
terus lelaki itu menolak aina dan segera berdiri dan menghampiri kekasihnya itu.
"sayang, apa yang you nampak tadi tu-"
dengan muka yang memerah auliya berjalan menghampiri aina yang tercegat di situ tanpa rasa serba salah.
SLAPPP
sebuah tamparan dari auliya hinggap di pipi kanan aina. terbeliak biji mata gadis itu tidah percaya dirinya ditampar. suasana di koridor itu riuh rendah dan dipenuhi dengan pelajar ii atasan iaitu pelajar tahun 3, 4 dan 5 yang turut melihat adegan tersebut dari awal. terus numan berjalan mendekati kekasihnya itu dan cuba menenangkan gadis itu yang sudah pun meletup. kali pertama dia melihat auliya maisarah marah. terkejut dibuatnya.
"yah kalau kau nak tackle si numan ni aku langsung tak kisah, tapi bukan ni caranya lah" marah auliya
"aku tak pernah halang kau untuk sukakan dia, kalau kau boleh ambik kau ambik je lah dia, tapi kau berjaya ambil ke?" soal auliya masih marah
"tapi apa yang kau buat tadi tu memang dah melampau" sambung auliya lagi
"aina tak sengaja pun" balas aina dengan jelingan
"penipu"
"pembohong"
"kitaorang kat sini sebelum numan datang, kitaorang nampak semuanya"
"kau memang sengaja"
"tak tahu malu"
"dah salah buat muka suci pula"
pelbagai kecaman yang dilempar oleh pelajar ii lain di situ. auliya hanya diam masih dalam amarah. ingin saja dia tarik rambut kusut gadis itu tapi dia masih cuba sabar dan malas nak bergaduh teruk.
"hei budak kau dengar sini eh, sampai bila ii pun aku takkan jatuh hati dengan kau jadi kau takpayah nak berangan atau cuba lebih ii lah, kalau aku takda girlfriend sekali pun aku takkan sukakan kau, sebab taste aku tinggi, aku takkan pernah suka dekat perempuan murah macam kau" giliran numan pula bersuara, tahu saja la kalau dia sudah mula bersuara memang semua pedih ii belaka ayatnya
aina menunduk mula malu. tiada siapa yang sebelahkan dia pada waktu itu. mia selaku kawan baiknya selama 2 tahun bersekolah di situ pun hanya melihat dia dikecam. langsung tidak sebelahkan dia. silap besar dia cari masalah dengan pelajar yang lebih tua atau dikenali sebagai senior.
"yahhh cuba tengok instagram sekarang!!! gambar kau jatuh dihempap budak ni dah diviral" kata haris panik dan menunjukkan telefon bimbitnya ke arah numan dan auliya
lelaki itu berdecit.
"SIAPA YANG BERANI HEBOHKAN NI!?" jerkah numan sudah naik angin
keadaan mula sunyi sepi. seram bila lelaki itu dah naik angin.
"tak boleh nak salahkan orang yang heboh ni juga, kalau budak ni tak buat dulu, benda ni takkan jadi" kata haris
lelaki itu merenung tajam ke arah aina yang sudah pun bergenang air mata.
"kau tunggu nasib kau" jegil numan dan menarik kekasihnya itu pergi
majlis kelas 2-B itu hancur dengan sekelip mata. pelajar ii yang masih ada di situ masih lempar ayat ii kecaman pada gadis itu hingga gadis itu mengalirkan air mata. kini dia mula menyesal dengan tindakannya.
YOU ARE READING
Let's fix it
FanfictionEvery man can fall in love with u everytime they see ur smile - Aiman I never fall in love again - Auliya Give me a second chance, please, cinta - Qistina Maybe we met at a wrong time, let's fix it this time - Numan Siapakah yang terpaksa mengorbank...