20

23 3 0
                                    

Bunyi ayam berkokok kuat mengejutkan Aisyah yang lena tidur di samping Hanif. Membuntang mata wanita itu tatkala melihat Hanif tidur menghadap dirinya. Dengkuran halus si suami membuatkan Aisyah berderau darah.

Tak pernah sekalipun dia terbayang akan hidup bersama dengan lelaki yang langsung dia tak kenali. Segala janji-janji yang dia buat bersama Aathif dahulu menerjah masuk ke dalam minda. Dadanya terasa berat, walau ingin menghembus nafas. Apa salah dia sehingga membuatkan dirinya berada dalam situasi begini?

Jam yang sudah menunjukkan pukul 5.30 pagi dikerling wanita itu dengan sekilas. Kejap lagi, dia akan mengikut Asma untuk ke surau bagi menjalankan solat fardhu Subuh bersama-sama dengan jemaah yang lain. Jadi, ada baiknya dia bersiap sekarang sementara nak kejutkan Hanif nanti.

Dia 100% yakin yang lelaki seperti Hanif ni jarang beribadah, apa tah lagi solat. Kalau ikutkan hati, tak mahu dia mengajak Hanif mengikut ke surau, namun, jika tak diajak, pasti akan ditanya oleh Asma nanti.

Dengan teragak-agak, Aisyah menyelak selimut yang menutupi separuh tubuhnya. Sebolehnya dia ingin bangun secara senyap-senyap agar tidak mengejutkan Hanif dari tidur. Sedang kakinya mencapai lantai, lengannya ditarik kasar menyebabkan tubuh Aisyah jatuh kembali ke atas katil.

Debaran di dada semakin memuncak. Hampir tercabut jantung Aisyah tatkala tangan si suami merangkul pinggangnya. Ucapan astagfirullah berkali-kali dilafaz. Takut.

Jelas sekali suaminya itu tak teragak-agak dalam membuka langkah. Senyuman di wajah Hanif cukup membuatkan Aisyah tak tenteram.

'Apa pasal pula dia nak senyum-senyum ni?' Getus Aisyah sendirian.

Bukan dia tak mencuba untuk meleraikan pelukan tersebut. Namun, semakin dia mencuba, semakin erat lengan Hanif merangkul pinggang si isteri. Degupan jantung yang masih laju cuba dia aturkan kembali. Terpejam mata Aisyah dalam usaha meleraikan pelukan Hanif.

"Nak pergi mana?" Kedengaran suara halus Hanif menggumam. Matanya masih tertutup, namun tangan ibarat tidak ingin melepaskan Aisyah pergi. Tak kisah lah nak ke tandas sekalipun, dia ingin Aisyah berada di sampingnya pada ketika ini.

"Aisyah nak bersiap ke surau kejap lagi," jawab Aisyah perlahan. Suaranya ibarat tenggelam timbul akibat daripada perasaan cemas yang masih belum hilang.

Hanif diam. Deruan nafas lelaki itu terasa sangat dekat dan hangat. Wajahnya yang berkerut tadi kian tenang. Pelukan di pinggang si isteri juga semakin longgar. Mungkin lelaki itu kembali berlayar ke alam mimpi.

Perlahan, Aisyah melonggarkan rangkulan Hanif. Lagi 10 min akan kedengaran bunyi azan subuh. Kalau dia lewat, tak pasal-pasal Asma membebel di pagi hari.

"Aisyah..."

Laju kepalanya terteleng menghadap Hanif. Terkejut dia apabila namanya dipanggil. 'Mimpi ke laki ni?' Tanya Aisyah sendirian.

"Aisyah jangan tinggalkan abang tau..." Ujar Hanif.

Tup!

Soalan apa yang Hanif tanya ni? Sejak berlangsungnya perkahwinan mereka tempoh hari, Aisyah sudah redha dengan ketentuan Ilahi. Kalau benar Hanif adalah yang terbaik, dia menerima kehadiran lelaki itu dengan hati yang terbuka.

Masa kan dia mahu tinggalkan Hanif pula? Mungkin ya, mungkin tak. Teragak-agak pula dia nak menjawab. Kalau salah cakap, mahunya dia kena penampar pagi-pagi ni. Sudah lah Hanif ni panas baran. Salah cakap sikit, bermula lah angin taufan kemarahan dia tu.

Setelah memastikan kakinya mencecah lantai, Aisyah mula bangun dan menggapai tuala. Segera dia membersihkan diri, menyediakan kain sejadah. Tudung bawal yang belum digosok, diambil dan dipakai.

[O.G] SAYANGKU, AISYAH Where stories live. Discover now