Prolog

14 3 1
                                    


"Semakin ikhlas semakin tenang. Belajarlah untuk berlapang dada, kerana tidak semua yang kita inginkan itu yang terbaik menurut Allah. Sesulit apapun keadaanmu, ajarilah hatimu agar bisa menerima tanpa membenci."

-Habib Umar Bin Hafidz


Suasana bandar gah itu dapat dilihat seperti sebuah bandar yang kecil menerusi puncak Bukit Myntis. Sungguhlah ciptaan manusia yang dikurniakan akal oleh Sang Pencipta nampak kecil saja pada mata namun diagungkan sehingga alpa akan sifat asal kejadian diri. Dia menutup mata sejenak. Udara malam yang segar menerobos masuk ke rongga pernafasan dengan mudah. Tiada kata yang dapat diucap melainkan...

"Alhamdulillah."  Haneef mampu untuk menyebut kalimah indah itu namun bibirnya masih tidak mampu untuk mengoyak senyuman.

Bahagian hadapan kereta yang sudah dijadikan sebagai labuhan duduk diselesakan lagi dengan merapatkan vertebratanya kepada permukaan rata tersebut. Kini, mata Haneef disajikan dengan pemandangan indah dada langit yang dihiasi dengan satelit semula jadi kelima terbesar dalam Sistem Suria, bulan. Akhirnya, Haneef tersenyum.

Purnama.

"If you're feeling lonely, just look at the moon. It's the same moon the Prophet Muhammad looked at."

Masih segar lagi dalam ingatan Haneef sebaris ayat tersebut. Ayat yang luhur daripada seorang wanita yang digelar Ibu. Tiada galang ganti dan tiada sesiapa dapat menyamainya. Perasaan yang sedang cuba berdamai dengan takdir kembali dijerut pilu. Bibir yang masih tersenyum dikemam agar tidak lagi kalah dengan emosi sendiri.

Dia perlu kuat demi adik-adiknya. 

"Aku tahu kau sedih. Jangan tahan seorang diri. Bilamana manusia yang dijadikan sandaran, pulangan yang akan dikecapi hanyalah sebuah kesakitan. Ubahlah. Letak Allah sebagai sandaran dan tempat kau meluah segala perasaan samada suka atau duka. Allah tak pernah tinggalkan hamba-Nya walaupun sedetik."

Haneef kalah. Jerutan pada hati meruntuhkan emosinya lalu air mata jatuh mencemari pipi lelaki tersebut. Kata-kata sahabatnya bukan kosong namun dia faham akan poin utama ayat tersebut. Tidak dinafikan akan khilafnya sebagai seorang hamba.

Tiba-tiba rasa sedih kehilangan Ibu diganti dengan rasa sedih kehilangan sesuatu. Haneef tahu 'sesuatu' yang hilang itu ialah nikmat yang telah lama dia tidak pohon dan merayu agar kekal dalam hatinya.

Dia alpa akan segala nikmat lain yang telah Allah berikan. Adakah dengan menarik Ibu adalah satu peringatan daripada Allah? Tetapi... Mengapa mesti Ibu? Mengapa mesti seseorang yang dia jadikan sumber kekuatan dan sandaran.

Bilamana manusia yang dijadikan sandaran, pulangan yang akan dikecapi hanyalah sebuah kesakitan.

Allahhu Akbar...

Tasneef yang melihat sahabatnya sedang melayan perasaan duka itu terpalit rasa hiba sama. Walaupun Haneef pernah tersalah langkah namun pintu keampunan masih terbuka luas selagi mana nyawa tidak dijemput Malaikat Izrail. Pintu kereta dibahagian pemandu dibuka lalu melabuhkan duduk disitu. Haneef yang masih berbaring di bonet hadapan kereta dibiarkan.

Waktu akan mengubati sahabatnya manakala masa silam akan menjadi peringatan kelak.

Cuma, tidak semua masa silam itu indah untuk diingati hanya orang yang cukup kuat sahaja akan kekal berdiri dan teruskan langkah sehingga  tiba masanya Allah membuka segala hikmah yang bakal dilihat daripada kisah lampau.

"Neef." Seru Haneef dalam suara seraknya.

Tasneef yang sedar akan namanya dipanggil, hanya menyahut perlahan.

"Bawa aku balik." Pinta Haneef.

"Boleh. Kau nak balik rumah kau ke rumah keluarga kau?" Soal Tasneef sambil tangan menggagau kunci kereta dalam gelap. Bukit Myntis bukannya ada sumber cahaya melainkan lampu kereta. Tempat orang selalu berdamai dengan takdirlah katakan.

"Tak nak."

Tasneef mengerut pelipisnya. Pula dah? Habis itu, tak kan Haneef mahu bermalam dirumahnya? Bukan tak boleh tapi...

"Aku nak balik ke jalan yang benar. Kau tolong aku, boleh?" Kali ini Haneef sudah berdiri sambil matanya kejap memandang bulan penuh itu.

"Doa aku termakbul, Han." Senyuman nipis terlakar  di bibir lelaki muda itu.

.
.
.
.
.










Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Imparatorluk Alaundra Where stories live. Discover now