Pejam celik pejam celik lima bulan sudah berlalu. Banyak perkara yang berlaku tetapi sedikit pun tidak merosakkan kebahagian mereka suami isteri.
Misyah dimaklumkan oleh Adilah, Adam sudah bercerai dengan Raisha tanpa diketahui sebabnya. Tahu-tahu je bercerai. Lepas bercerai Adam terus ke luar negara. Manakala Raisha pula sudah kembali tinggal bersama dengan keluarganya.
"Sya, kau demam ke? Muka pucat serupa zombie. Dah makan ubat belum?" Tegur Yusuf prihatin.
"Hmm okey je tak demam pun. Pening sikit." Jawab Misyah sambil memicit kepalanya. Minyak angin dia sapu di dahinya sebelum dia urut perlahan.
"Suami kau macam mana? Elok dah dari muntah-muntah? Entah-entah kau berjangkit sama." Kata Zuhairi.
Misyah ada memberitahu mereka, Aysar kerap muntah-muntah dua tiga hari ni. Tak tahu sebab salah makan atau apa. Pergi klinik doktor cakap takde apa-apa. Nak kata keracunan makanan macam tak logik. Mereka berdua makan benda yang sama di rumah. Pergi kerja pun bawa bekal.
"Entah-entah kau pregnant Sya. Kau dah lama tak datang bulan kan?" Tebak Yusuf.
Misyah terkejut tapi dalam masa yang sama dia segan apabila Yusuf sebut tentang waktu periodnya.
"Tch, tak payahlah segan. Aku ada kakak. Kakak aku tu dia mana reti malu dengan aku. Asal datang bulan je mesti dia suruh beli 'roti' dia tu. Muka aku ni tebal sepuluh inci tau sampai jadi kebal dibuatnya." Kutuk Yusuf dengan selamba.
"Dengar dek Kak Syu mahu kau kena luku dengan dia." Kata Zuhairi dengan nada mengusik.
"Shhh jangan bagitahu dia. Ini rahsia antara kita bertiga."
Misyah tergelak. Tahu takut.
"Kau pergi lah check dekat klinik. Kut masin mulut aku hah."
"Nantilah, takut pula aku nak check."
"Nanti tu bila? Tak percaya aku. Kak Syu!!!!"
Terkejut Misyah tiba-tiba Yusuf jerit memanggil Syuhada. Nak tercabut jantung dia.
"Bongok kau ni, terkejut aku!" Zuhairi tepuk bahu Yusuf dengan kuat.
Allah.... Kalau dia ada penyakit jantung confirm dia rebah tak bangun dah.
"Aduhhh sakitlah.. Hahaha.. Saja je test pitching aku masih okey ke tak."
"Otak kau!"
Yusuf ketawa.
"Hah! Apa hal? Ada kerasukan ke terjerit-jerit macam orang kurang vitamin?" Syuhada muncul dengan apron yang masih tersarung pada pakaiannya. Dia tengah cuba buat resepi baru.
"Kak, kau bawa mak cik ni pergi klinik." Arah Yusuf.
"Huh? Kenapa? Sya demam ke?" Dia perasan wajah Misyah agak pucat. Berjangkit dengan suaminya lah kut.
"Naluri aku kuat mengatakan bahawa Puan Misyah Nur Atia kita ni tengah berbadan dua." Kata Yusuf dengan nada yang sangat yakin!
Mata Syuhada sudah bulat teruja.
"Hah jom! Kita pergi check up." Dia menanggalkan apronnya. Kek tu nanti-nanti je lah dia buat.
"Akak ni percaya je apa yang Yusuf cakap. Tak nak saya berharap apa-apa. Kang dah excited bila check negatif. Murung saya dibuatnya."
"Pedulilah positif atau negatif. Muka kau tu pucat Sya. Kalau demam ambil mc je." Kata Zuhairi tidak mahu Misyah berfikir bukan-bukan.
Mengandung atau tidak itu hal kedua. Perkara yang utama kesihatan Misyah. Macam yang Yusuf kata, muka serupa zombie.
YOU ARE READING
MY MRS TURKISH √√
Action[ Book 6 ] Mengacau jejaka berdarah Turki itu merupakan perkara yang wajib dia akan lakukan setiap kali mereka bersua muka. Sejak kali pertama mereka bertemu hatinya mula terpaut pada jejaka itu. Malu? Tiada istilah malu apabila berkait dengan jejak...