"Keel."Wakeel menoleh. Tatkala Putera Han menyapa kornea matanya, dia terus menarik senyum nipis. Cawan yang sedang dipegang, dia letak ke atas meja.
"Pelik kau datang cari aku pagi-pagi macam ni." Ujar Wakeel.
"Aku ada hal nak bincang dengan kau." Putera Han berterus tarang tanpa dalih. Kerusi berhadapan dengan Wakeel ditarik dan diduduk.
Wakeel mengangguk faham. Cawan yang masih kosong, dituangkan kopi ke dalamnya lalu ditolak ke hadapan Putera Han.
"Minumlah sambil-sambil cakap. Sandwich pun ada." Ujar Wakeel tenang walaupun dia sudah dapat mengagak topik yang bakal dibincangkan oleh Putera Han.
"So... Kau nak bincang tentang apa?"
"Tentang Bunga."
"Kau dah tahu?"
"Semalam. Aku jumpa Den."
Kepala Wakeel terangguk beberapa kali. Wajah Putera Han dipandang sekilas sebelum dia membuang pandang ke arah lain. Dengan perlahan, bibirnya menarik senyum kelat.
"Baguslah kalau kau dah tahu. Sekarang dah tiba masa untuk kau protect Bunga dan Yaya daripada Mirdal."
"Mirdal... Perempuan psycho tu yang cuba untuk bunuh Bunga?"
"Hari kau dan Bunga kemalangan, orang upahan Mirdal tarik keluar Bunga dari kereta. Diaorang lempar Bunga ke dalam laut. And fortunately, orang-orang bonda kau cepat selamatkan Bunga. Kalau tak, aku tak tahu apa yang akan jadi."
Putera Han mengepal tangannya. Rahang dikertap kuat menahan rasa amarah terhadap Puteri Mirdal.
"I guess, sampai sini saja lah tugas aku protect Bunga dan Yaya. Kau dah tahu semua benda. Now masa kau pula, Putera Han. Jangan biarkan Puteri Mirdal menang."
"I will. Perempuan tu ingat dia boleh hidup dengan senang lenang selepas dah cuba bunuh isteri aku? Jangan harap."
"Kalau nak aku tolong apa-apa, just let me know. Aku akan tolong kau."
"Aku—" Baru sahaja mahu membalas, seruan seseorang menghentikan percakapan.
"Han!" Puteri Mirdal yang sedang berjalan bersama Putera Aril dan Hanum itu melambai gembira kepada Putera Han.
Dahi Putera Han berkerut sedikit. Wakeel yang turut terpinga-pinga dengan kedatangan mengejut Puteri Mirdal dipandang.
"Asal dia datang sini?" Soal Putera Han tidak senang.
"Tak tahu." Kata Wakeel lalu menggeleng. Tubuh Puteri Mirdal yang tersarung gaun ketat separas paha itu dipandang dengan jelek. Apa benda je lah yang perempuan ni pakai.
"Han, I miss you so much!" Puteri Mirdal menyebekkan wajahnya. Punggungnyz hendak dilabuhkan ke sebelah Putera Han namun dengan pantas lelaki itu meletakkan cawan di ruangan yang kosong itu.
YOU ARE READING
Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]
RomancePerkenalan bersama anak raja, hanya sekadar batas perkerjaan. Tidak dibenarkan mempunyai sebarang perasaan. Sayang, cinta dan kasih. Semua ini adalah halangan. Halngan bagi seorang pemangku diraja untuk meluaskan empayar. Sakit? Sudah semetinya. Tap...