1: He knows

11 3 0
                                    


Disangka menjadi AJK Pendaftaran lebih mudah daripada AJK Makanan namun salah sama sekali. Padanlah ketika Puan Melati yakni Pengurus Kelab Pertahanan Alaunda (KPA) memaparkan tugas-tugas kosong pada skrin utama, satu habuk nama pun tiada di bawah senarai AJK Pendaftaran. Sekarang dia sudah faham. Wajah rakannya merangkap kawan sebilik itu dipandang geram. Ini semua salah wanita ini kerana mengajaknya menjadi AJK Pendaftaran. Alasan...

'AJK Pendaftaran aja pun. Senang sangat kerjanya.'

Senang kepala jingga dia?

"Kau kenapa tengok aku macam tu?" Soal Malika sambil jarinya masih menari di atas pad kekunci untuk memasukkan data-data kehadiran.

"Aku berniat baik bila kau tarik aku ke Perjumpaan KPA. Yelah, teman kawan je." Perkataan 'je' ditekan sengaja.

"Sudahnya, jadi rela dalam kelab orang lain. Mujur aku ni pakai kulit muka kau sikit, kalau tidak memang taubat aku lari daripada duduk sebelah kau hari tu." Jelingan kegeraman diberi buat Malika.

"Eh! Kenapa kulit muka aku pula?" Soal Malika kehairanan. Entah sengaja disoal agaknya.

"Kulit muka kau je setebal tembok cina. Aku ni senipis kulit bawang aje." Balas Hande senada.

"Dah lah. Kau kena reda dengan ketentuan Allah bilamana kau kena tolong aku pada hari yang cerah ini. Sekurangnya kau berehat sebentar daripada tugas-tugas yang tak pernah habis tu. Serabut aku tengok." Komen Malika. Senang betul dia buat puitis ya.

"Cerah untuk kau. Suka lah kan cuci mata tengok pak cik pak cik tentera yang datang hari ini. Setiap satu pula tu kau dapat cuci. Patutlah bersinar mata bila tengok AJK Pendaftaran masih kosong. Ada kentang disebalik Lamb Chop rupanya."

"Kentang disebalik Lamb Chop pun boleh lah Hande janji kau teman aku cuci mata. Wait a minute... bukan pak cik tapi abang ya. Punyalah segak muda bergaya yang datang hari ini, kau boleh panggil mereka pak cik. Retina mata kau rosak ya." Kecil mata Maliki memandang Hande tajam.

"Suka hati akulah janji aku teman kau kan? Dah lah aku nak pergi tandas. Nanti program mula, segan aku nak keluar. Pintu dewan ni sudahlah berhantu."

Hande bangun daripada meja pendaftaran menuju ke pintu dewan yang masih terbuka untuk memberi ruang kepada tetamu jemputan dan ahli kelab menyertai program hari ini. Namun, penyaman udara bersifat sentralis di dalam dewan besar ini masih dapat dirasai kesejukkannya. Harap tubuhnya dapat bertahan kelak. Berkenaan pintu 'berhantu' pula, bukan secara tersurat tetapi tersirat. Pintu dewan ini suka 'menjerit' apabila mahu dibuka atau ditutup. Oleh itu, Hande segan jika mahu keluar saat program sudah bermula.

Saat dia mahu membelok ke kanan yakni laluan untuk ke tandas wanita, Puan Melati menyeru namanya. Disamping sosok wanita 50-an itu terdapat seorang lelaki dalam linkungan 70-anbatau 80-an tetapi masih tegap berpakaian tentera. Hande anggarkan pangkatnya bukan biasa-biasa. Ditangguhkan dahulu niat untuk ke tandas lalu dia berjalan ke arah yang berlawanan. Apabila mendekat, sempat matanya menjeling lencana yang terpapar di poket dada baju hijau tersebut.

TENTERA PERTAHANAN DARAT ALAUNDRA

Hati kecil Hande agak kagum saat ini. Nampaknya program bawah KPA kali ini bukan program kecil-kecilan. Imej universiti ini juga terpalit dalam program hebat sebegini. Baiklah, bangga sejenak dan mula rasa mahu mencium sahabat baiknya. Baru mengaku sahabat. Ceh!

"Hande, perkenalkan ini Fil Marsyal Yang Berhormat Duli Yang Maha Mulia Haji Syed Man Al-Bai'n Ibni Haji Syed Man Al-Husainy. Beliau merupakan orang terpenting dalam program pada hari ini. Tuan, ini Hande Khausyir, pelajar yang saya katakan sebentar tadi."

Tindakan luar kawalan. Hande pantas mengangkat sembah hormat buat lelaki berusia tersebut. Lidahnya yang sentiasa lancang berkata-kata terasa kelu terhadap orang ternama di hadapannya meskipun tertanya mengapa nama dia menjadi bualan mereka. Tetamu terhormat tersebut bukanlah tentera darat biasa malahan pangkat Fil Marsyal menandakan bahawa beliau pernah menjadi salah seorang pentadbir negara Alaundra suatu ketika dahulu. Sungguh dirinya masih terkejut dengan kedatangan yang tidak disangka ini.

Imparatorluk Alaundra Where stories live. Discover now