Ain terus melangkah masuk ke dalam wad Qizz. Sahabatnya itu termenung dengan pandangan kosong.
"Assalamualaikum Qizz." Ain menegur perlahan.
"Waalaikumussalam." Dingin Qizz menjawab. Tiada kemesraan seperti biasa.
"Ni aku ada bawa novel dengan coklat favourite kau. Makanlah nanti. Berapa lama lagi kau kena tahan ni?" Ain meletakkan barang yang dibawa di atas meja sisi katil.
"2 hari, demam," jawab Qizz tanpa nada.
"Kau kenapa ni? Ada orang buat kau ke?" Ain memegang bahu Qizz. Namun tangannya ditepis kasar.
"Jangan sentuh akulah!"
Ain tersentak.
"Kenapa ni Qizz?"
"Jangan dekat dengan aku lagi. Apapun jadi, kau bukan kawan aku lagi." Datar suara Qizz, meretakkan sekeping hati rapuh milik Tuan Ain Irrisa.
"Qizz, I'm back." Afif masuk dan berdiri di sisi Ain. Dia dengar segalanya.
"Bawa kembar kau ni pergi jauh. Anggaplah kau orang tak pernah kenal aku. Aku dah mati dalam kisah kau orang dan kau orang dah mati dalam kisah aku. Goodbye Tuan Ain Irrisa and Tuan Afif Huzair." Qizz berpaling dan memandang ke luar tingkap. Ain hanya terdiam.
"Kalau itu yang kau nak." Ain hanya tersenyum dan keluar.
Afif masih berdiri di situ, memerhati Qizz.
"Rupanya kau pun pentingkan diri. Tapi aku faham. Tak apa, Qizz. Mulai sekarang jangan cari dan sakiti Ain lagi. Kau dah mati bersama janji kau dengan kita orang. Aku tak pernah kenal Nur Aqilah Qistina." Afif berpaling dan berkata dingin. Dia mengejar langkah Ain.
Qizz terus termenung. Dia tidak kisah lagi apa yang terjadi.
Ain tidak sedih, dia tahu Qizz begitu kerana Helena.
"Helena bunuh adik Qizz." Afif berkata perlahan pada Ain.
"Aku nak sangat cincang perempuan tu..." Menggigil tangan Ain dek amarah.
"Setalamz semua ada dekat wad Tihah. Jom." Afif menarik tangan Ain.
Di wad Fatihah...
"Apa yang Helena tu dendam sangat dengan kau?" Faleeq bertanya. Sungguh dia tidak faham permasalahan perempuan ini.
"Entahlah," jawab Ain.
"Kau orang yang upper form ni fokus je dengan exam. Pandailah kita orang handle." Ain menepuk bahu Ija.
"Kalau ada masalah perlukan orang, cakap. Kau orang lagi penting daripada exam," ujar Ija.
"Aku tahu kau tak nak Bloody Moon hidup semula, tapi kalau itu penyelesaian yang kita ada, Ain..." Afif memandang kembarnya.
"What is Bloody Moon actually?" Ryder bertanya tidak tahu.
"It's our past. We used to kill our enemy to protect our family. Cliche, right?" Jawab Fahim.
"Aku rindu nak pegang pistol," kata Zik.
"Aku rindu nak tumbuk, sepak orang dengan bebas." Lyla mengikut rentak Zik.
"Aku rindu nak lubangkan kepala sampah masyarakat." Hanni turut terpengaruh.
"Lama tak main pisau. Potong bawang je sekarang." Shela tidak terkecuali.
"Aku rindu nak lawan dengan Qizz." Yaya mengsad.
"Aku belum puas nak bantai anak orang. Aku nak tibai Helena." Fatihah juga sama.
YOU ARE READING
Setalamz : Nanti...
Teen FictionSiapa saja tidak kenal SMK Tengku Aiden Hanafi? Sekolah yang menempatkan anak-anak orang ternama. Hanya orang istimewa boleh berada di sekolah ini. Pergaduhan menjadi makanan, tumbukan dan sepakan menjadi perbualan, maksiat berleluasa tanpa dihalang...