"Piaa..!!"Jerit Sofia bila melihat Safiyya dan Zaidan masuk kedalam cafe milik suaminya.
"Sofi..!!" jerit Safiyya juga.
Dengan laju mereka berdua mendekati antara satu sama lain dan berpelukan dengan erat. Sudah hampir sebulan mereka tidak berjumpa setelah masing-masing mendirikan rumahtangga.
"Andara Sofia, abang pesan jangan lari kan?" kata Arash yang sedang menyandarkan badan di sofa. Dia bangun dan melagakan bahu bersama Zaidan.
"Hey adik ipar, lama takdengar khabar. Sihat ke?" soal Arash dengan sengihan.
Zaidan menjeling tajam. "Kau takpayah nak adik ipar sangat. Aku terajang karang, apa pun takdapat. Aku sihat walafiat.." balas Zaidan.
Dia mengambil tempat di sebelah Arash sambil melihat Safiyya dan Sofia yang masih tidak melepaskan pelukan. Beginilah kalau perempuan berjumpa.
Kalau boleh peluk tu sejam. Tak lenguh pinggang ke eh?
Safiyya membawa Sofia duduk di sofa. Dia membiarkan sahaja Sofia yang memeluk pinggangnya. Satu benda pelik yang dia perasan.
Sofia makin manja. Jarang Sofia menunjukkan sisi manjanya di tempat umum. Tetapi sekarang, seakan tidak mahu melepaskan Safiyya.
Mungkin Sofia merindukan adik kembarnya.
"Sudah-sudah lah tu peluk isteri aku. Aku cemburu tau!" kata Zaidan dengan muncung sedepa.
Arash menjuling mata keatas. "Bapak mengada sial kau ni. Geli geleman aku dengar tahu tak hanat?" marah Arash.
Zaidan menjeling tajam seakan tajamnya pisau. "Aku yang cemburu, kau yang panas pahal?" balas Zaidan tidah mahu kalah.
"Ak..."
"Sudah!"Terhenti percakapan Arash apabila disampuk oleh Sofia. Tajam matanya memandang Arash dan Zaidan,
"Kalau nak bergaduh, pergi dekat padang sana. Jangan gaduh dekat sini, nanti baby takut!" kata Sofia. Dia tidak sedar yang dia sudah terlepas cakap.
"Baby?!" Safiyya dan Zaidan menyoal serentak.
Sofia menayang sengih kekok dan mengangguk perlahan kepalanya. "Er sorry aku terlepas cakap. And yes, i'm pregnant!"
Ternganga besar Safiyya dan Zaidan dengan mata yang membulat. Arash hanya menggelengkan kepala sahaja.
Dia mengambil bantal kecil di atas sofa dan menghempuk kepala Zaidan dengan bantal itu. Mengaduh sakit Zaidan.
"Kau kenapa han..."
"Jangan nak mencarut! Nanti terkenan dekat anak aku!" sampuk Arash dengan laju. Dia mengecilkan mata memandang Zaidan.
Zaidan menayang muka menyampah. "Habis tadi tu kau tak mencarut ke lahabang?" pasrah suara Zaidan.
Belum sempat Arash membalas, Sofia terlebih dahulu bangun dan menyumbat brownies kedalam mulut suaminya.
"Makan tu, jangan banyak cakap. Babap karang" kata Sofia sebelum kembali mengambil tempat di sebelah Safiyya.
Zaidan mengangkat bantal kecil dan menunjukkan ibu jari kepada Arash secara sembunyi-sembunyi.
'Padan muka!' kata Zaidan tanpa suara.
Safiyya menggeleng kepala melihat perangai Arash dan Zaidan. Mengalahkan anak kecil asyik nak bergaduh.
Dia mengusap lembut perut Sofia dengan senyuman lebar. "Tak sangka aku dah nak jadi aunty hehe..".
Sofia melentokkan kepala di bahu Safiyya. "Kau dah bagitahu mama papa pasal ni?" soal Safiyya. Tangannya masih setia mengusap perut Sofia.
Sebak hatinya mendengar tentang kehamilan kembarnya. Serasa sekejap sahaja mereka membesar. Sekarang Sofia bakal bergelar ibu tidak lama lagi. Dia turut gembira dengan berita ini.
"Dah, papa mama happy sangat Pia. Papa suruh aku pergi rumah nanti. Papa rindu nak jumpa aku katanya.." luah Sofia.
Tanpa dia sedar, kedengaran sekeping hati Safiyya hancur didalam. Mengendur senyuman Safiyya.
Tuan Adam langsung tidak menghubunginya apatah lagi bertanya khabar tentangnya. Adakah Tuan Adam betul-betul sudah membuangnya?
Dengan perlahan Safiyya memandang Zaidan yang sedang merenungnya dengan senyuman penuh makna. Senyuman yang sentiasa memberi semangat kepadanya.
'I love you' bicara Zaidan tanpa suara. Dia mengenyit sebelah mata kepada Safiyya.
Safiyya menggigit bibir bawah menahan malu. Suaminya ini! Boleh pula mengoratnya di tempat awam sebegini.
'Mama! Pia malu!' jerit hati Safiyya. Dia tidak dapat menahan bibirnya daripada kembali tersenyum lebar.
Arash melihat Safiyya dan Zaidan bersilih ganti. Amboi dua ketul ni main main mata pula. Ingat sweet ke? Aku pun boleh lah!
"Sayang, come here. Abang rindu nak peluk" Arash bersuara memecahkan kesunyian. Dia mendepa tangan seluasnya menanti isteri kesayangannya.
Sofia mengerutkan kening. "Abang buang tabiat ke?" soal Sofia. Dia tetap bangun dan menuju ke arah Arash.
Dengan laju Arash menarik pinggang Sofia agar duduk di atas ribanya. Sebelah tangan memeluk pinggang Sofia. Manakala sebelah lagi tangannya mengusap lembut perut Sofia.
"Taksabar nak tunggu baby abah ni keluar. Boleh abah kalahkan pakcik Zaidan berlagak ni" kata Arash sendirian.
"Wah wah kau memang nak gaduh dengan aku ke?" kata Zaidan sambil menyinsingkan lengan bajunya.
Pakcik Zaidan berlagak dia panggil aku? Eh cantik sikit eh. Uncle okay!
Arash menjelir lidah kearah Zaidan.
"Takpa takpa, kau tunggu Arash pendek! Nanti aku show off dekat kau anak aku kembar 3!" kata Zaidan dengan yakin.
Safiyya dan Sofia terus menepuk dahi dengan serentak. Mula dah gaduhnya. Dah nak jadi bapa pun perangai masih sama.
Sejak bila Arash terikut perangai si Aaydan? Perangai bala Aaydan sudah menurun ke Arash ke? Sungguh musykil.
Sedang mereka bergaduh dan bergelak tawa, kedengaran suara seseorang dari arah belakang menegur.
"Hi Zaidan, tak sangka kita berjumpa lagi" tegur seseorang dengan senyuman lebar. Matanya tepat memandang lelaki yang pernah mencuri hatinya ketika zaman persekolahan.
Siapa pula ni? Hmmm.....
YOU ARE READING
2 | Han's Baby 🪽 [ OG ]
Romansa[ KARYA KEDUA 💄 ] Hanz Zaidan + Andara Safiyya 🕊️ No emotions man + Broken home girl 🪽 Pertemuan yang tidak disangka telah meruntuhkan benteng dihati keras Hanz Zaidan. Tidak percaya dengan cinta tetapi jatuh ke lubuk yang paling dalam. | Hanz Z...