𝑆𝑤𝑒𝑒𝑡𝑖𝑒♡'7

38 1 2
                                    

Sampai saja di tingkat 5 Hotel, Hilman terus bergerak ke arah lorong sebelah kanan untuk menuju ke bilik 128 yang dihuni '𝑆𝑊𝐸𝐸𝑇𝐻𝐸𝐴𝑅𝑇' nya. Lihat saja nombor '128' pada pintu bilik berwarna koko, terus Hilman pulas tombol pintu tanpa memberi salam.

Saja nak buat 𝑠𝑢𝑝𝑟𝑖𝑠𝑒, alang-alang mahu memujuk budak yang merajuk tadi.

Masuk saja kedalam, matanya terus tertumpu pada gadis yang berbaring diatas katil sambil kusyuk bermain telefon.

Khusyuk sangat main fon sampai tidak sedar kehadiran jejaka yang dia nantikan. Ini kalau perompak masuk pun belum tentu sedar.

"Hai Sayang, 𝑖'𝑚 𝑐𝑜𝑚𝑖𝑛𝑔" sapa Hilman bila gadis itu masih belum sedar akan kehadirannya.

"Abiy!" Sungguh nyaring suara gadis itu menyahut. Terlalu teruja bila dapat berjumpa setelah beberapa jam.

Kitonya manja

Pantas pergerakan gadis itu turun dari katil lalu berlari mendapatkan Hilman, tubuh sasa jejaka itu dipeluk erat, melepaskan rindu. Sudah lama dia tidak dapat meluangkan masa bersama memandang masing-masing sibuk dengan kerja.

"kenapa sayang abang tak tidur lagi ni?" tanya Hilman sambil tangan bermain dengan rambut gadis itu lalu menyelit kebelakang telinga.

"olooo.. kenapa bukan sayang Abiy?" dengan muka sebek gadis itu menyoal.

"sayang.. kita dah janji kan? Panggilan Abiy hanya dekat luar" balas Hilman, nada sedikit tegas agar gadis itu faham dengan situasi mereka sekarang.

"Okay Abang, 𝑖'𝑚 𝑠𝑜𝑟𝑟𝑦, sayang tahu salah sayang tapi jangan la marah" pelukan dileraikan, langkah diatur semula ke arah katil. Merajuk.

Orang nak manja sikit tak boleh, dah la tadi tinggal orang macam tu ja!

"Sayang..." panggil Hilman, meleret. Langkah diatur mengikut gadis itu duduk di birai katil sebelum tubuh genit itu dipeluk dari tepi. Sungguh dia tidak bermaksud mahu memarahi gadis itu.

"Abang bukan nak marah tapi Abang nak sayang faham, kehidupan sayang tak sama macam orang lain, Abang tak nak sebab masalah kecil ni kita bergaduh 𝑎𝑛𝑑 𝑡ℎ𝑒𝑛 kehidupan sayang terjejas" ujar Hilman, cuba memujuk. Dia tahu gadis itu seorang yang dengar kata bila ditegur kena dengan caranya.

Betul lah tu

Bila ditegur saja begitu terus airmata gadis itu laju mengalir membasahi pipi, sedar itu salahnya. Tapi dalam masa yang sama dia sudah tidak tahan hidup dengan cara dikawal.

"Sampai bila Abang?! sampai bila?! Sayang dah tak tahan hidup macam ni! Sayang cuma nak hidup bebas macam orang lain! kenapa Abang susah sangat Abang nak faham?! kenapa?!" suara nyaring berselang bunyi tangisan yang kuat memenuhi ruang bilik hotel itu, segala kesakitan yang lama disimpan habis dia semburkan.

Tidak tunggu lama, Hilman terus memeluk erat tubuh genit itu, kepala gadis itu ditarik rapat dengan dada bidangnya lalu tangan naik mengusap lembut belakang badan gadis itu.

"Abang tak pasti sampai bila tapi sekarang bukan tiba masanya lagi. Abang terpaksa. Abang buat semua ni demi keselamatan Sayang, kalau musuh Abang dengan Baba tahu siapa sayang, Abang tak yakin hidup sayang akan selamat. Abang tak nak sayang sakit, Abang tak boleh bayangkan kalau ada perkara buruk jadi dekat sayang. Abang tak mampu hilang sayang. Itu sebab Abang rahsia siapa sayang sebenarnya, kalau sayang rasa Abang terlalu kongkongkan hidup sayang, sampai semua benda tak boleh, Abang minta maaf, Abang tahu salah Abang, Abang buntu, ini ja satu-satunya cara agar Abang dapat lindungi sayang" ubun-ubun gadis itu dikucup lama, menyalurkan kekuatan. Dia tidak menyangka sampai begini sekali gadis kesayangannya tertekan.

 HQQ: It's Mine SweetieWhere stories live. Discover now