Bab 52

296 47 16
                                    

Misyah tersedar daripada lenanya. Kepalanya dipegang. Rasa sedikit pening. Dia mahu bangun tapi terasa pinggangnya dirangkul seseorang.

"You're awake."

Suara garau milik Aysar menyapa halwa telinganya.

"Ayang...."

"Hurm?"

"Dah pukul berapa ni? Lama dah ke sayang terlelap?" Misyah cuba bangun. Kepalanya yang masih agak pening menyukarkannya untuk ingat apa yang berlaku sebelum dia terlelap.

Terlelap? Bila masa dia terlelap?

"9pm."

Terus segar biji mata Misyah. Pukul 9pm? Serius?

Seketika baru dia perasan. Ni bukan bilik Aysar. Dekat mana dia ni?

Tersentak Misyah apabila tubuhnya ditarik rapat dengan tubuh Aysar.

"Ayang..."

"Shhh sleep, doll."

Tubuh Misyah terus keras.

D-doll?

Hanya 'dia' saja memanggilnya dengan panggilan itu.

Ezra

Misyah memejam matanya. Memori sebelum dia terlelap kembali terimbas.

Tak! Dia pengsan bukan terlelap.

"Ezra..." Takut-takut dia mendongakkan wajahnya untuk melihat wajah Ezra. Mereka saling bertentang mata.

"My beautiful doll..." Ditarik tubuh Misyah hingga betul-betul rapat dengannga. Puncak hidung mereka saling bersentuhan.

Berderau darah Misyah apabila tangan Ezra merayap masuk ke dalam bajunya lalu menyentuh perutnya dengan lembut. Wajahnya mula memucat.

"E-ezra..." Dia memegang tangan Ezra yang asyik mengelus perutnya. Jantungnya berdegup laju.

"You pregnant my baby hurm?" Soalnya dengan nada lembut.

Tapi pada pendengaran Misyah amat menakutkan. Matanya bergenang dengan air mata. Dia takut. Takut Ezra mengapa-apakan kandungannya.

"Doll? Are you cry?" Tangan kirinya memegang wajah Misyah. Air mata Misyah yang jatuh mengalir diseka dengan ibu jarinya.

"Ezra, jangan apa-apa kan kandungan saya. Isk isk isk... Ni anak kita. Anak kita berdua." Esaknya apabila dia tidak dapat menahan diri daripada ketakutan.

Ezra ketawa kecil. Rasa kelakar apabila Misyah menangis kerana takut dia melakukan sesuatu pada kandungannya itu.

"You pregnant my little baby doll. I won't harm you, my doll." Tuturnya lembut lalu dikucup ubun-ubun Misyah dengan kasih. Tangannya masih mengelus perut Misyah dengan lembut.

"Jan-janji?"

"Promise."

Misyah menghembus nafas lega. Sekurang-kurangnya Ezra telah berjanji tidak akan mengapa-apakan kandungannya. Itu sudah cukup untuknya.

"Ezra, saya nak bangun." Pinta Misyah lembut apabila Ezra masih memeluknya dengan erat seolah-olah tidak mahu dia pergi daripada sisinya. Tapi dia perlu bangun untuk qada' solat yang dia tinggal.

Wajah Ezra berubah mendatar. Tidak suka dengan apa yang dipinta oleh Misyah itu.

"No!"

"Please Ezra."

"Where do you want to go?"

"Bilik tidur awak. Saya nak solat lepas tu turun semula. Mesti semua orang tengah risaukan saya." Wajah Ezra dipegang berharap lelaki itu akur dengan kehendaknya.

MY MRS TURKISH √√ Where stories live. Discover now