Misyah terjaga daripada lenanya apabila bunyi orang muntah mengganggu lenanya. Terpisat-pisat matanya menoleh ruang sebelahnya. Kosong.
"Ayang!" Dia meraup wajahnya beberapa kali sebelum bangun daripada katil. Teruk sangat Ezra muntah ni.
"Allah, ayang! Teruk sangat ni, okey tak?" Terkejut dia melihat Ezra terduduk lemah di tepi mangkuk tandas. Lelaki itu pejam mata dengan wajah yang berkerut-kerut.
"Shit! What's wrong with me?"
Misyah tercengang apabila Ezra mencarut dengan ayat yang kasar. Jangan-jangan...
"Da?"
Mata lelaki itu dicelik perlahan. Matanya yang hitam pekat merenung Misyah dengan tajam. Dia mahu berkata desuatu tetapi rasa loya kembali menerjah tekaknya.
"Uwerkkk..."
Tidak mahu bersoal jawab, Misyah mengusap lembut belakang Da. Tak sanggup dia nak lihat dalam mangkuk tandas itu. Risau dia ikut muntah sama.
Da merasakan tubuhnya semakin lembik. Ditarik tubuh Misyah agar menampung badannya.
"Aku penat." Tuturnya perlahan. Leher Misyah dihidu lama. Ajaib, rasa loyanya terus hilang.
"Da..."
"Shhhh aku nak kumpul tenaga." Bukan setakat hidu, dicium-cium leher Misyah hingga Misyah kegeliaan.
"Da, basuh dulu mulut tu. Lepas tu kita keluar. Okey?"
Da geleng tidak mahu. Dia masih menghidu leher Misyah agar rasa pening dan loyanya tidak kembali.
"Da..."
Da berdecit apabila Misyah seakan-akan memaksanya.
Misyah geleng kepala.
"Awak nak dengar arahan saya atau saya tinggal awak dalam tandas ni? Biar muntah-muntah lagi sampai kering perut awak tu."
Mendadak Da mengangkat wajahnya.
"Jangan berani tinggalkan aku." Tajam sungguh renungan Da hingga membuatkan Misyah sedikit gerun. Tapi melihat tingkah Da yang kejap-kejap menoleh ke arahnya sanbil berkumur membuatkan dia nak ketawa.
Tahu takut kena tinggal.
Siap berkumur dan pam tandas, Misyah membantu Da untuk bangun. Pucat sungguh wajah suaminya itu. Agaknya kalau toreh, darah pun takde yang mengalir.
Elok Misyah letak Da atas katil, tubuhnya ditarik dalam pelukan lelaki itu. Seperti tadi, Da menghidu leher Misyah tanpa lepas.
"Okey dah? Takde rasa pening dengan loya?"
Da geleng kecil sambil mengeratkan pelukannya. Dia membaringkan tubuh mereka agar lebih selesa. Misyah dipusing menghadapnya.
Mata hitamnya redup merenung mata Misyah.
"Jangan pergi mana-mana." Arahnya perlahan tetapi penuh ketegasan.
Misyah senyum kecil. Pipi Da dikucup beberapa saat. Haih kesian sungguh dia melihat suaminya kena alahan tapi dalam masa yang sama dia lega dia tidak kena alahan itu, hehehe...
Misyah perasan, baik Ezra mahu pun Da kedua-dua sisi Aysar itu sama saja. Tak boleh dia jauh mula lah rasa pening dan loya.
"Kenapa aku kena benda ni?" Soal Da tiba-tiba.
"Sebab awak yang buat saya mengandung. Awak kena lah tanggung."
Wajah Da berkerut.
"Aku tak buat apa-apa."
"Eh eh lupa ke awak dah buat hubungan suami isteri dengan saya? Jangan buat-buat lupa pula." Wajahnya sedikit merona merah tatkala mahu menyebut mengenai hubungan intim itu. Punya payah dia nak fikir ayat yang sesuai agar tidak kedengaran seperti tidak senonoh.
YOU ARE READING
MY MRS TURKISH √√
Action[ Book 6 ] Mengacau jejaka berdarah Turki itu merupakan perkara yang wajib dia akan lakukan setiap kali mereka bersua muka. Sejak kali pertama mereka bertemu hatinya mula terpaut pada jejaka itu. Malu? Tiada istilah malu apabila berkait dengan jejak...