Jungkook's POV
Aku terus baring di sofa. Penat. Penat sebab Woozi buli aku hari ni. Dia suruh aku pergi cari burger dengan syarat burger tu jauh dari sini. Entah apa apa lah budak kecik tu!
Bila aku kata tak nak, dia asyik ingatkan kejadian aku sondol dia dulu. Dia kata kalau aku tak nak , aku akan dimasukkan dalam senarai mangsa bunuh dia.
Disebabkan aku selalu sondol dia dulu, aku pun bertukar menjadi baik yang jarang aku nak jadi dan aku pun pegi beli.
Tapi ada sesuatu yang aku susah hati. Kejadian tadi sangat sangat serabut dalam fikiran aku.
Flashback nak? Ok flashback.
Hampir 30 minit aku tunggu burger special yang Woozi pesan. Punya lama. Bila dah siap aku kelam kabut sebab aku sakit perut nak balik sampaikan aku tak ambik langsung duit lebih.
Aku tahan bas. Bila aku naik, mata aku terpandang Seokjin hyung yang tengah mengelamun pandang ke luar. Dia tak perasan pun aku.
Aku duduk di belakang dan agak jauh dari tempat Seokjin. Aku pelik jugak tengok dia. Tanpa diduga aku terdetik nak ikut dia. Mana tahu dia nak pergi jumpa Yein.
Automatik sakit perut aku hilang. Bas berhenti tiba tiba. Seokjin bangun lalu melangkah turun. Aku pun cepat cepat turun dan mengikuti langkah Seokjin.
Dia nak pergi mana ni? Dia buat apa kat taman perumahan orang orang kaya? Maybe ni rumah Yein?
Ohpocot. Seokjin berhenti melangkah dan aku terus melompat ke belakang pokok berdekatan. Aku intai sikit dan tengok Seokjin sambung melangkah.
Seokjin berhenti di hadapan sebuah rumah agam yang aku sendiri tak tahu pemiliknya. Di sebalik pokok besar, aku nampak seseorang keluar sebaik sahaja Seokjin menekan loceng.
Aku amati wajah lelaki yang agak berusia itu dan..
Burger untuk Woozi terjatuh atas tanah.
Mata aku membulat memandang lelaki yang membuka pagar untuk Seokjin itu. Ilhoon. Adik appa atau lebih dikenali sebagai jebon abadi bagi aku.
Apa kaitan Seokjin dengan ilhoon tu? Aku hanya mampu memandang pagar yang sudah ditutup. Agak sukar kalau aku nak pergi ceroboh masuk.
Tadaa end flashback.
Macam tu lah ceritanya. Sungguh aku serabut! Dan kepala aku bertambah serabut apabila si Woozi menjerit nama aku.
"Yah Jungkook!"
"Apa woi!"
"Apasal burger aku penyek sebelah ni? Jangan kata kau duduk atas burger aku pulak!" Jerit Woozi dari dapur.
"Mana aku tahu! Kalau dia nak penyek suka hati dialah." Aku membalas balik.
"Mana boleh suka hati dia! Kalau perut aku penyek makan burger penyek ni macam mana?"
Ish! Pening betullah aku dengan Woozi ni.
"Tak payah nak mengarut la. Perut kau akan penyek kalau aku ulang sondol perut kau dengan penyodok tanah!" Aku membidas.
"Aku makan dulu!" Jerit Woozi.
Tau pun nak makan. Sakit jiwa dan raga aku tinggal dengan mamat seorang tu.
~
YOU ARE READING
School Mission. [학교 미션]
FanfictionJeon Jungkook, seorang lelaki sejati handsome meletop mantop berdepan dengan sesuatu yang tidak akan dia ulang sekali lagi dalam hidupnya. Memandangkan dendamnya terhadap seseorang yang telah meragut nyawa ibu bapanya, Jungkook mengambil keputusan u...