Ketika berjalan untuk menuju ke kereta masing-masing. Dengan secara tiba-tiba Qhalis berhenti dan teringat sesuatu. Ada benda yang dia lupa nak bagitahu kepada Bunga.
"Makcik, makcik masuk dulu dalam kereta,saya nak jumpa Cik Bunga sekejap." Ujar Qhalis sambil menapak ke tempat kereta.
Sebelum dia berjumpa dengan Bunga. Sempat lagi dia menbuka pintu kereta bahagian belakang untuk Makcik Melia.
Setelah itu Qhalis berjalan laju menuju ke arah Bunga yang sudah berada dalam kereta.
"Cik Bunga sekejap-sekejap." Panggli Qhalis yang berlari anak.
"Ya Qhalis ada apa." Sahut Bunga lalu cermin kereta diturutkan separuh.
"Saya lupa nak bagitahu, Cik Bunga free kan esok?" Qhalis mengbongkokkan tubuhnya sedikit.
"Esok memang saya free Qhalis. Kenapa?"
"Okey! esok malam saya ambli Cik Bunga kat rumah, amacam okey." Kedua-dua ibu jari ditunjuk ke atas dengan gaya thumbs up.
"Kat rumah? nak pergi mana ni?" Bunga mengerutkan alisnya.
"Tuan Eider ajak Cik Bunga dinner nanti malam." Setuju Qhalis berkata.
"Ouh cakap la dari tadi, awak ni Qhalis buat pening saya tau. Tak apa lah cakap dengan Eider esok saya datang sendiri, nanti sent location je." Ujar Bunga kepada Qhalis.
"Ehh tak boleh Tuan Eider suruh saya ambil Cik Bunga kat rumah."
"Nanti karang tak pasal-pasal saya kena marah. Cik Bunga tak kesiankan saya ke?" Bibir sudah muncung sedepa seperti budak kecik.
Bunga berdecit perlahan. Lalu mata mengerling sekilas ke Qhalis yang tak habis lagi muncung tu.
"Okey la nanti awak ambil saya kat rumah saya." Arah Bunga lalu memberi senyuman manis.
"Baik Cik Bunga, nanti esok malam saya datang, bawa kereta elok-elok jangan sampai tersalah masuk jalan nanti jumpa kak ponti." Seloroh Qhalis lalu ketawa dengan lawak sendiri.
Eh bukan itu. Itu lawak Eider ya.
Tertawa Bunga dibuatnya.
"Ada-ada jela awak ni Qhalis. Baik awak pergi hantar Makcik Melia tu balik nanti lewat pula sampai rumah." Bunga menutur ayat dengan masih ada tertawa tersisa.
"Baik Cik Bunga, saya pergi dulu bye." Selepas kata sedemikan Qhalis pun mengatur langkah ke tempat kereta nya dan kereta dipandu dengan perlahan setelah keluar dari kawasan itu.
Tanpa menbuang masa Bunga pun bereda dari situ dengan kereta dipandu perlahan olehnya.
••༺☆༻••
Setelah sampai di rumah keluarga dia. Tanpa menbuang waktu Bunga terus keluar dari perut kereta lalu kaki diatur menuju ke pintu utama rumah tersebut. Pintu di ketuk perlahan. Tak lama itu pintu dikuak luas oleh Cik Yam.
"Lewat hari ni Bunga balik." Soal Puan Seroja atau lebih dikenali sebagai nenek kepada Bunga.
Yang sedang duduk di sofa sambil menonton television. Sempat matanya mengerling sekilas ke arah Bunga yang datang menghampiri ke arah mereka.
"Bunga makan dengan yang lain tadi kat cafe, itu yang balik lewat sikit hari ni." Jawab Bunga lalu melabuhkan punggung di sofa empuk itu.
"Ouhh patut lah, dengan Aurora je ke? atau ada yang lain juga." Macam tahu-tahu aje Puan Seroja ni.
"Aurora, Qhalis,Makcik Melia dengan Nareesa. Pak Uzzim tak ada sebab dia dah balik dulu."
"Siapa pula yang tiga orang tu. Nenek tak kenal pun?"
YOU ARE READING
WE MEET AGAIN [OG]
Romansa✦ 𝐖𝐄 𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍 ✦ ╰┈➤ slow update 𝓔𝓲𝓭𝓮𝓻 𝓦𝓪𝓴𝓮𝓮𝓵 ⋆ 𝓑𝓾𝓷𝓰𝓪 𝓑𝓪𝓽𝓻𝓲𝓼𝓱𝓪 Walaupun dirinya dulu pernah dibuli dan dipukul dengan teruk oleh rakan sekelasnya hanya disebabkan dia seorang yang pandai dari segi pembelajaran...