Setelah bertahun-tahun hidup dalam derita yang tidak terkira, Sofea kini berada di ambang kebahagiaan yang hampir pasti tercapai. Kehidupannya yang dulu suram kini disinari dengan kebahagiaan bersama suaminya, Zayn dan anak mereka, Ziyad.
Kandungannya pada masa kini sudah hampir mencecah 5 bulan, perutnya mula kelihatan menimbul. Namun pada saat ini, Sofea merasakan hidupnya diberi pelindungan penuh oleh seorang suami.
Setiap hari ada sahaja pekara yang ingin dia lakukan dilarang oleh Zayn, alasan tidak mahu pekara yang tidak diingini berlaku.
Pada awalnya, Sofea hanya degil dan berkeras, namun hari demi hari, dengan perutnya yang semakin membesar, Sofea hanya turuti sahaja. Kadang-kala dia merasa bosan duduk di rumah, hanya ditemani oleh anaknya Ziyad.
Setiap waktu dan setiap saat, Sofea merenung ke luar jendela, memikirkan kehidupannya yang kini beransur pulih. Walaupun kenangan pahit masa lalu masih terukir dalam sanubarinya, Sofea berusaha keras untuk membuka lembaran baru dalam hidupnya.
Dia seolah-olah mengejar kebahagiaan yang telah lama diimpikannya. Kini, dengan kehadiran kerluaga yang cukup bahagia, Sofea merasakan sinar harapan yang kian terang, membawa dia semakin dekat kepada kebahagiaan yang telah lama dia cari.
"Mama, mama buat apa tu...?" ucap Ziyad, memecah keheningan di ruang dapur.
Sofea tersentak dari lamunannya, dengan segera dia menoleh pandangannya ke arah anaknya, Ziyad, yang berdiri di sebelahnya.
Sofea mengusap kepala Ziyad lembut. "Ye, sayang. Mama tak buat apa-apa pun..." jawab Sofea.
"Tapi, kenapa mama tengok je kat luar tu? Ada siapa, mama?" Ziyad bertanya lagi.
Sofea menggelengkan kepalanya dengan perlahan, menyembunyikan apa yang sedang difikirkannya saat ini.
"Tak, sayang. Tiada siapa-siapa pun kat luar." balas Sofea dengan nada yang meyakinkan. "Ni, kenapa Iyad cari mama?"
"Iyad haus, Iyad nak susu. Boleh tak mama?"
"Boleh, sayang. Iyad duduk dulu dekat ruang tamu, tunggu papa balik. Nanti mama buatkan, ye?" ucap Sofea dengan nada yang lembut.
Setelah itu, Ziyad terus melangkahkan kakinya menuju ke ruang tamu. Sofea pula terus membancuh susu yang diinginkan oleh Ziyad, anaknya. Sofea duduk di sebelahnya, mengusap lembut rambut Ziyad.
"Sedap tak susu tu, sayang?" tanya Sofea dengan penuh kasih sayang.
Ziyad mengangguk, matanya masih fokus pada gelas susu di tangannya. Tiba-tiba, terdengar bunyi ketukan pintu yang jelas dan diikuti dengan suara orang memberi salam. Suara itu begitu dikenali oleh Ziyad.
"Assalamualaikum..."
Ziyad menghentikan minumannya, meletakkan botol susu di atas meja, dan dengan pantas dia melompat turun dari sofa. Dengan penuh semangat, dia berlari ke arah pintu.
"Mama, papa balik!" Ziyad berteriak sambil membuka pintu dengan laju.
Sebaik sahaja pintu terbuka, Ziyad melihat wajah Zayn, papanya, yang baru sahaja pulang dari seharian bekerja. Tanpa berlengah, Ziyad terus melompat memeluk Zayn dengan erat. Zayn yang keletihan tersenyum bahagia melihat anaknya.
"Papa!" Ziyad mmanggil dengan nada gembira, memeluk papanya erat.
Zayn membalas pelukan Ziyad erat, merasakan kehangatan dan kasih sayang anaknya.
"Allah..., beratnya anak papa ni..." ucap Zayn sambil mencium dahi anaknya.
"Lambatnya papa balik, penat Iyad tunggu..."
"ALOLOLO, Iyad tunggu papa, ke?" tanya Zayn.
"Yelah, nak ajak papa main basikal..."
Zayn mengusap lembut rambut anaknya, "Maafkan papa, Iyad. Papa banyak kerja la..." jawab Zayn.
Ziyad terus memeluk tubuh, dengan mulutnya yang muncung menandakan dia sedang merajuk.
"Esok kita pergi main basikal, nak?" tanya Zayn, berharap dapat memujuk anaknya itu.
Ziyad yang mendengar itu terus tersenyum lebar, dia menganggukan kepalanya, yang tadi merajuk, kini berubah gembira.
"Nak, nak, nak..." ucap Ziyad dengan mesra.
Sofea yang berada di belakang Ziyad turut tersenyum melihat pemandangan yang menyentuh hati itu.
"Iyad, sini kat mama. Kesian papa baru balik kerja. Papa penat tu." kata Sofea sambil mendekati mereka.
Zayn memandang Sofea dengan penuh kasih sayang. "Sayang, thank you jagakan budak nakal ni."
Sofea hanya mengangguk dengan senyuman. Zayn kemudian melepaskan pelukan Ziyad dan mengusap kepalanya. "Papa nak mandi dulu, boleh tak?"
Ziyad mengangguk, walaupun dia kelihatan masih enggan melepaskan papanya. "Boleh papa, tapi nanti main dengan Iyad ye?"
Zayn tersenyum sambil mengangguk. "Boleh, Iyad. Lepas papa mandi, kita main sama-sama, ok?"
Zayn melangkah menaiki tangga dan terus menuju ke biliknya diikuti belakang Sofea dan Ziyad.
Setelah beberapa minit, Zayn akhirnya melangkah keluar dari bilik air dengan tuala yang melilit tubuhnya sedikit longgar. Dia mendekati katil dengan langkah perlahan. Matanya tertumpu pada anaknya, Ziyad, yang sedang lena.
"Haih, tidur? Tadi ajak papa main." ucap Zayn.
"Petang tadi memang dia dah puas main, tak sangka pula, masuk bilik terus tidur," jawab Sofea perlahan sambil meletakkan satu tangan ke kepala Ziyad, mngusap lembut rambut anaknya itu.
Sofea kemudian mengalihkan pandangannya kepada Zayn, mata mereka bertaut seketika.
"Abang pun nampak letih," ujar Sofea lembut.
Zayn hanya tersenyum kecil, hatinya terharu melihat kelembutan Sofea terhadap anak mereka.
"Abang tak letih sangat, balik lambat pun sebab nak kena siapkan apa yang patut." ujarnya.
Sofea mengangguk, turut berbaring di sbelah Ziyad, namun matanya tetap memandang Zayn. "Abang tidur lah, esok nak kerja lagi."
Zayn menghela nafas panjang, lalu mendekati tubuhnya ke arah Sofea dan Ziyad.
"Tak apa, sayang. Asalkan abang dapat bersama dengan sayang dan Ziyad, semua penat abang hilang." balas Zayn, nada suaranya lembut dan penuh kasih.
Sofea tersenyum lagi, rasa damai memenuhi hatinya. Akhirnya dia melelapkan matanya dengan tenang.
Zayn menarik nafas dalam, kemudian menghembuskannya perlahan. Perasaan bersalah itu kembali menghantui fikirannya, tetapi dia cuba untuk menolak jauh-jauh. Dia tahu apa yang dilakukannya terhadap Sofea tidak sepatutnya berlaku, namun dendam telah menguasai dirinya pada waktu itu. Kini, dengan kehadiran zuriat mereka, dan satu lagi dalam kandungan, dia berazam untuk tidak mengulangi kesilapannya.
Zayn menoleh ke arah di mana Sofea sedang tidur lena. Perutnya yang semakin membesar jelas kelihatan di bawah selimut. Zayn teringat janji yang dipegangnya, bahawa dia akan menjaga Sofea dan kandungan mereka hingga selamat bersalin.
Dia tahu bahawa untuk menebus kesalahannya, dia perlu menjadi suami dan ayah yang lebih baik. Tiada lagi tempat untuk dendam atau amarah dalam hidupnya.
Malam itu, Zayn memejamkan matanya dengan perasaan bercampur-baur, namun dengan tekad yang kuat untuk tidak mengulangi kesilapan lalu. Dia ingin membina semula keluarganya dengan kasih sayang, bukan dengan dendam. Dan dia tahu, itu adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan kembali kebahagiaan yang hilang.
____________________________________________
YOU ARE READING
ISTERI YANG DISEKSA S2 (OG)
RomanceWarning : Baca season 1 untuk tidak mengelirukan pembaca. Setelah mengalami derita yang berpanjangan, Sofea akhirnya menemukan jalan kebahagiaan. Hidupnya kini bahagia bersama keluarga tercinta, Zyan dan Ziyad serta kandungannya. Namun, kebahagiaan...