CHAPTER 2 | The Arcane Beast: Crow

62 9 5
                                    

22 Ogos 2024,Timur Distrik 6,Bandar Jeibing

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

22 Ogos 2024,
Timur Distrik 6,
Bandar Jeibing.

Bandar yang terang itu tidak pernah tidur. Namun, di sebalik cerahnya bandar itu terselindung kegelapan yang tidak ingin dilihat oleh orang luar. Kegelapan malam yang membawa kepada ketakutan.

Terlihat seorang lelaki dengan seorang gadis sedang melarikan diri daripada sesuatu. Mereka yang berpegangan tangan itu terkandas di jalan mati. Nafas mereka tercungap-cungap. Mereka buntu. Pagar setinggi lima meter hadapan mereka itu berkunci. Berkali-kali si lelaki cuba menolak-nolak pintu pagar itu tetapi tetap sahaja gagal.

“Tak guna! Pagar ni tak terbuka!” luah lelaki itu seraya menendang pintu pagar dengan penuh gelisah.

Ketika itu juga, datang beberapa orang lelaki berjubah hitam menutup kepada dengan kerudung. Mereka yang memakai topeng muka berdiri beberapa meter di hadapan pasangan itu. Si gadis terlihat ketakutan.

“W-Wuya!” panggil si gadis seraya menunding jari ke arah tiga lelaki berkerudung hitam.

Si lelaki yang sedang sibuk cuba membuka pintu pagar pula tersentak. Tidak menyangka pula sepantas itu mereka dijumpai.

“A-Apa kita nak buat sekarang?” gelisah si gadis. Wajahnya nampak pucat. Dia menggenggam erat tangan kiri Wuya.

“Yue, jangan risau. Aku ada. Cuba bertenang, okey?” Wuya cuba menenangkan teman wanitanya.

Wuya memandang tajam ke arah tiga lelaki berkerudung hitam yang masih tidak berganjak. Hanya menghadap Wuya dan Yue tanpa sebarang tindakan.

“Apa yang korang nak daripada kami? Kenapa kau ikut kami dari tempat kerja lagi? Korang nak apa!” tengking Wuya. Nada suaranya jelas terselit kegentaran.

Lelaki yang berada di tengah bersuara, “Li Wuya, kami hanya buru kau. Kami tak pernah cari Yu Yue. Kalau kau tak nak bahayakan nyawa Yu Yue, kau boleh ikut kami.”

Yue dan Wuya saling berpandangan. Yue membisikkan sesuatu. “Dia dah tahu nama kita. Kau ada musuh ke sebelum ni, Wuya?”

“Yue! Dah berapa kali aku cakap, aku tak ada musuh. Aku tak tahu apa yang diorang nak dari aku,” tegas Wuya pula.

Yue menarik nafas tenang. Wuya pula menatap susuk tiga lelaki berkerudung hitam di hadapannya lalu berkata, “Aku tanya sekali lagi, kau nak apa daripada aku. Lagi satu, macam mana aku nak ikut korang kalau korang pun aku tak kenal.”

“Li Wuya, kau ada satu kebolehan yang luar biasa daripada orang lain. Kau ialah Beast User: Crow. Kami dah nampak kau gunakan kebolehan kau selama ni. Sebelum The Arcane Hunter jumpa dan tangkap kau, lebih baik kau ikut kami. Kau akan lebih selamat dengan kami dan kami akan bangkitkan kebolehan kau di tahap yang kelima. Kau pun dah tahu kan tentang The Arcane Beast?”

“The Arcane Hunter? Apa yang korang merepek ni? Kalau The Arcane Hunter nak buru aku sebab aku boleh kawal burung gagak sekalipun, apa bezanya korang dengan The Arcane Hunter? Korang pun tengah buru aku juga kan sekarang ni?”

The Arcane BeastWhere stories live. Discover now