BAB 15

911 28 5
                                    

Arasy membuka matanya dengan perlahan.Cahaya yang menembusi tingkap bilik itu membuatkan matanya terkatup semula

Arasy mengangkat tangannya ke hadapan mata dia untuk menghadang cahaya matahari daripada terus mengusik matanya

Tubuh badannya yang sakit itu cuba dia angkat dengan perlahan.Rasa sakit di pinggang dia hiraukan

Selimut yang membaluti tubuhnya tadi dia tolak ketepi

Bila masa pula dia pakai selimut ni.Bukan ke,semalam dia terus tertidur,tak ada masa dia mahu menyelimuti dirinya

Pertanyaan yang bermain didalam fikirannya itu terus mati apabila dia terlihat gambar Nafiyah yang berada di sebelahnya,hatinya kini kembali dirundung rasa sedih dan sebak

Kekasihnya,cinta dia,separuh nyawa dia,kini pergi meninggalkannya bersama orang yang gadis itu cintai

Bertapa hancur luluhnya hatinya.Arasy memegang dadanya apabila rasa sakit itu kian menghentam hatinya

Dia memandang sekeliling bilik Nafiyah itu.Cantik,bilik itu dihiasi dengan piala yang pernah dimenangi oleh Nafiyah,ada juga gambar keluarga yang menghiasi atas meja belajar Nafiyah

Arasy bingkas bangun mahu melihat gambar itu dengan jarak dekat

Gambar itu dia ambil.Dahinya berkerut apabila yang ada disitu hanyalah Nafiyah dan Khalid bersama Puan Hijla dan juga Encik Nasri

Dimana Riy?

Apabila dia terfikir tentang gadis itu.Serta merta dirinya kembali murung

Gadis itu sudah menjadi isterinya yang sah

Tanpa sedar dia mengeluh.Matanya juga sudah berkaca.Dia kembali menutup rapat matanya

Krekk

"Arasy?" suara pintu kedengaran,namanya juga dipanggil dari arah belakangnya

Dengan perlahan dia memandang kearah belakang.Wajah wanita tua itu jelas memenuhi kornea matanya.Hatinya kembali dirundung rasa sebak

"Mama" puan Hijla tersenyum apabila Arasy masih memanggil dirinya dengan panggilan Mama lagi selepas kejadian tersebut berlaku

"Arasy" tubuh tegap lelaki itu dia hampiri.Arasy memberikannya senyuman manis.Walaupun matanya sudah mengalir deras dengan air mata

Terluka hati wanita tua itu apabila melihat wajah Arasy yang sugul itu.Baru sehari lelaki ini kehilangan anaknya.Bagaimanalah hari selanjutnya nanti.Bisik hati tuanya,kerisauan

"Maafkan Mama Arasy,Nafiyah memang tak patut buat Arasy macam ini" air mata di pipi Arasy dia seka menggunakan ibu jarinya

Arasy hanya tersenyum sahaja

"Umi mana?" tanya dia.Lupa pula dia tentang umi dan papanya semalam kerana terlalu sibuk tenggelam dengan kesedihan

"Umi kamu dah balik malam semalam.Dia minta tolong tengokkan kamu.Jomlah makan Arasy.Sarapan dah siap dah tu"

Arasy mengngguk lalu mengikut belakang Puan Hijla





Selepas menyiapkan sarapan tadi,dia terus duduk di meja makan,tanpa dia sedar dirinya kini telah hanyut dengan fikiran dia sendiri

Fikirannya benar-benar kusut.Entah bagaimanalah perasaan Arasy nanti apabila mendapat tahu tentang apa yang dia simpan

Lagi satu,bagaimanalah kehidupan dia selepas berkahwin dengan Arasy nanti

Tanpa sedar dia mengeluh sebelum meraup wajah

"Riy" terus dia memandang kearah punca suara tersebut

Dia melihat Khalid yang berada dihadapannya.Lelaki itu sudah lengkap berbaju kerja sambil tersenyum kearahnya.Sejak bila pula lelaki itu berdiri di hadapannya, itulah ralit sangat memikirkan tentang sesuatu yang belum  pernah terjadi

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 21 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DIA ATAU AKU?Where stories live. Discover now