Aidan yang baru saja sampai dihadapan bilik tidur Aiden itu terhenti. Niatnya untuk memanggil lelaki itu untuk turun makan terbantut saat melihat abang sulungnya yang sedang termenung.
"Adeena......Adiratna. Adiratna Milik Qayren" ujar Aiden sendiri. Dia memandang lama ke arah buku nota kecil berwarna putih yang diberi oleh Zarisya sebelum ini.
"Buku apa pula tu? Sejak bila dia beli buku nota corak kartun tu?" Tanya Aidan pelik. Selalunya Aiden hanya akan membeli apa apa buku nota yang tidak mempunyai corak.
Sedang dia asyik melihat gelagat abang sulungnya itu, dia tidak perasan bahawa adik bongsunya berada di belakang dirinya.
"Abang Arasy!" Sampuk Athena. Aidan tersentak. Dia menoleh ke belakang.
"Eh adik ni! Jangan nak bagi orang terkejut boleh tak? Kang si Aiden tu dengar buat naya je" marah Aidan namun masih lagi dengan nada rendah.
"Abang tu dah kenapa? Masuk je la dalam bilik tu. Kan mama suruh panggil abang Qay tadi" kata Athena.
Dia disuruh oleh Eshal untuk memanggil kedua dua abangnya kerana sudah lima minit berlalu namun Aidan masih lagi tidak turun ke bawah bersama Aiden.
"Tu, cuba Renna tengok buku nota yang abang Aiden pegang tu" kata Aidan. Ternaik kening adiknya.
"Aik, sejak bila pula abang Qay ada buku nota tu? Tak pernah nampak pula sebelum ni" kata Athena. Aidan memetikkan jarinya.
"Ha betul la tu, tu yang abang pelik tu" sokongnya.
"Entah entah......" Athena memandang ke arah wajah tenang Aidan. Lelaki itu turut memandangnya.
"Adeena yang bagi" kata mereka berdua serentak.
"Athena, Aidan, Aiden! Turun makan sekarang!" Laung Eshal dari bawah. Apa la yang anak anak dia tengah buat dekat atas tu sampai susah nak turun makan.
Aidan dan Athena terus bergegas lari turun ke bawah saat melihat Aiden seperti ingin mendekati pintu biliknya.
TBC.
VOTE
YOU ARE READING
ADIRATNA MILIK QAYREN
RomanceSTAND ALONE SERIES 2 (Spin Off: His Sweetheart) AIDEN QAYREN & ZARISYA ADEENA START: 7/8/2024 END: 30/8/2024