"Nashwa boleh saya tanya awak sesuatu?"
Soal Arissa yang sedang elok bersandar di kabinet dapur menemani Nashwa memasak.
"Hm tanya lah."
"Awak belajar masak dari sapa eh? Semua masakan awak sedap-sedap."
Nashwa tersenyum mendengarkan soalan itu.
"Dari mama saya,dialah yang ajar saya semua benda,cara berdikari,kemas rumah,memasak,semua benda yang saya pandai buat sekarang ni semua dia yang ajar."
"Ouhh baiknya mama awak kan? Mesti mama awak sayang awak sangat-sangat."
Nashwa hanya tersenyum.
"Err awak boleh ajar saya masak?" Soal gadis itu ragu-ragu,takut kalau orang tak sudi.
Nashwa yang mendengarkan soalan itu terkejut,mimpi apa majikannya ni sampai nak suruh ajar dia memasak.
"Awak nak belajar memasak?"
"Ye,saya Pon nak jadi macam awaklah,baru betul anak dara,maklumlah dari kecil semua benda bibik yang buat jadi saya tak pandai bab-bab macamni."
"Boleh je,meh lah sini,kita masak sama-sama."
Pelawa Nashwa."Boleh ke?." Soal Gadis itu dengan riak wajah yang excited.
"Boleh sinilah." Dia menarik tangan wanita itu.
"Puan nak potong bahan-bahan ni ke atau nak masukkan bahan dalam kuali?." Dia biarkan Wanita itu membuat pilihan.
"Err saya nak try potong bahan dulu boleh ke?"
"Boleh je jap." Dia menggapai pisau dan memberikan pisau itu kepada Arissa.
"Nak potong macam mana ni?" Dibeleknya daun kucai itu, Nashwa ingin masak mee goreng untuk makan malam atas permintaan Arissa.
"Puan ambil je Daun ni banyak² lepastu potong je macam biasa jangan pendek sangat panjang sangat." Dia tunjuk contoh cara potong itu kepada Arissa dan kemudian menghulurkan kembali pisau itu.
"okay saya cuba." Arissa mula memotong daun kucai itu dengan perlahan-lahan,tengok macam senang je.
"Arghhh" jerit Arissa.
"Eh,Puan Arissa kenapa ni?" Soal Nashwa cuak.
Arissa menunjukkan tangannya yang terluka akibat terhiris pisau,salahnya kerana cuai.
"Ya Allah,Kejap saya ambil ubat Puan Basuh Jari Puan dulu." Dia berlari mengambil bekas ubatan di dalam almari.
"Sini puan duduk dekat sofa." Nashwa menarik tangan Arissa supaya duduk di sofa.
"Jap ye tahan sikit,saya letak ubat lepastu saya balut."
"Ok."
Nashwa balut jari Arissa dengan berhati-hati,dalam hati sudah mula berdebar ini kalau Bapak Aluffan tu tahu macam mana?
"Ok dah,Puan Okay ke? Saya minta maaf."

YOU ARE READING
Kau Yg Pertama Dan Terakhir (Slow Update Og)
RomanceNUR NASHWA MEDINA ialah seorang gadis yg Membesar dalam keadaan trauma dan tragis,dia diseksa,di hina dan di jual oleh bapak sendiri,dijadikan hamba dan pemuas nafsu serakah. ADYAN LUTHFAN pula ialah seorang Ceo dan anak kepada pemilik syarikat Gr...