🥀Bab 52🥀

9.5K 499 80
                                    

Alya terjaga dari tidurnya.Alhamdulillah sakit pada kepalanya sudah berkurang.Begitulah dia,jika sakit kepalanya datang dia akan tidur untuk seketika,untuk menghilangkan sakit kepalanya.

Dia bangkit dan bersandar pada katil.Dia melihat rambutnya yang sudah terurai.Baru saja mahu turun dari katil,pintu bilik airnya terbuka dari dalam,dia menoleh kearah itu.Matanya membulat apabila melihat suaminya baru sahaja selesai mandi.Tapi kenapa suaminya masih ada di sini?kenapa tak balik lagi?

"Sayang dah okey?" Soal Zyan Rafael setelah melihat isterinya yang sudah duduk di atas katil.Gadis kecil itu tidak membalas dia hanya memainkan jarinya.

Zyan Rafael yang melihat reaksi isterinya hanya tersenyum.Dia tidak marah.

"Kenapa tuan tak balik lagi?" Soal Alya tanpa melihat suaminya.

"Abang tidur sini.Syafiq dah bagi izin."Balas Zyan Rafael dengan lembut.Kang ganas-ganas ada yang menangis nanti.

"Tuan tidur lah bilik ni.Saya tidur dengan Fira."

"Sayang tidur sini jeelah.Abang tidur luar.Sayang jangan risau abang tak ganggu sayang."

Alya tidak membalas.Dia kembali merebahkan tubuh kecilnya,dia baring membelakangi suaminya.Dalam pada itu dia berfikir suaminya sudah makan ke belum.

Zyan Rafael tersenyum lagi.Dia tidak kesah jika isterinya mahu marah.Isterinya berhak marah.

"Abang keluar dulu." Ucap Zyan Rafael sambil melihat belakang isterinya sebelum keluar dari bilik itu.

Setelah mendengar pintu di tutup,Alya terus bangkit dan berjalan kepintu.Dia mahu turun minum dia dahaga.Tapi belum sempat dia mahu membuka pintu,suara abang angkatnya dan suara suaminya kedengaran di balik pintu.

"Bro kau dah makan?"Soal Syafiq yang baru keluar dari biliknya.

"Belum?"Balas Zyan Rafael.

"Alamak aku lupa tinggalkan kau lauk.Dua beruk tu melantak tak ingat dunia.Takpe aku minta Fira masakkan kau kejap."Ucap Syafiq lagi.

"Eh takpe bro,kesian adik kau,Takyah susah-susah aku tak lapar." Balas Zyan Rafael laju.Takkan dia susahkan adik rakannya itu.Dahlah sekarang sudah pukul duabelas.Mesti adik rakannya itu sudah tidur.

"Tapi kau belum makan bro."

"Takpe kau jangan risau.Lagipun aku dah biasa."

"Maksud kau?"

"Aku makan bila ada masa jee,sibuk sangat kan."

"Ya Allah Pael.Kau buat selamba badak jee kan.Kau fikir badan kau ni besi ke tak makan pun takpe.Badan kau ni nak pakai lama tahu tak?"

"Ye ye tahu.Tapi apa boleh buat,aku sibuk sangat,nak masak pun tak sempat."

"Habis hari ni kau makan apa jee?"

"Roti jee alaa kau rilek ah.Aku okey."

"Makan roti bila?pagi tadi?"

"Hmm."

"Tengah hari makan apa?"

"Aku tak makan.Tak sempat keluar lunch tadi."

"Astagfirullahhalazim Zyan Rafael.Kau ni nak mati awal ke?"

Zyan Rafael hanya tertawa.Nak buat macam mana dia sudah terbiasa.Makan jika ada waktu.Selama setahun isterinya pergi,dia pun jadi macam tulah.

Alya yang mendengar di balik pintu sudah menangis,menangis mendengar balasan suaminya pada soalan abangnya.

"So sekarang kau nak pergi mana ni?tak tidur lagi?Liya okey ke dalam tu?"

"Dia okey,dia dah bangun.Aku nak keluar ni nak tidur luarlah.Kau tak kesah ke?"

Demi Bahagia MuWhere stories live. Discover now