24- Lais Idraqi, Truthfully

43 10 1
                                    

HARI ini Lais sudah mulai masuk ke pejabat semula. Katanya ada kes penting yang dia perlu uruskan. Mulanya Lais kesian juga dekat Seroja. Katanya baru seminggu kahwin, tak sempat berbulan madu pun, dah kena masuk kerja.

Tetapi Seroja menyatakan bahawa dia tidak kisah sangat kalau itu sudah memang salah satu daripada tanggungjawab Lais. Kerja kan satu tanggungjawab, betul tak? Bulan madu tu, bila-bila pun boleh. Kalau tak nak berbulan madu pun, Seroja lagi suka. Tak payah lah dia selalu susahkan Lais untuk menolak kerusi rodanya ke sana ke mari.

Itu Lais lah. Pergi bekerja selepas seminggu kahwin.

Seroja sendiri pula membuat keputusan untuk duduk sahaja di rumah buat masa sekarang. Mungkin dalam seminggu lagi baru lah dia akan ke kedai semula. Dia ingin berehat sepuasnya terlebih dahulu. Lagi pula, Seroja sudah menggajikan seorang penjaga kedai dan seorang pengukir baharu untuk menemani Puan Suhaila.

Jadi, buat masa sekarang, Seroja hanya meluangkan masa di rumah sahaja. Kalau bosan, dia akan baca buku ataupun menelefon Iman.

Seperti hari ini...

Seroja hanya duduk membaca buku di dalam bilik istimewa yang disediakan oleh Lais buatnya. Sampai lah...

Ding! Dong!

...ada yang menekan loceng rumah membuatkan Seroja berpaling ke arah luar pintu bilik bacaannya yang tidak ditutup itu.

Ding! Dong!

Kali kedua loceng ditekan.

Seroja lalu meletakkan buku yang sedang dibaca ke atas meja kecil yang ada di dalam bilik tersebut sebelum menggerakkan kerusi rodanya untuk keluar daripada bilik.

Semakin lama, semakin dia hampir dengan pintu utama rumah.

Ding! Dong!

"Assalamualaikum!".

Kali ketiga loceng ditekan dan kali ini disertakan dengan ucapan salam.

"Waalaikumussalam. Sekejap".

Setelah bersusah payah (tak pun sebenarnya), Seroja akhirnya sampai di hadapan pintu. Dia kemudiannya terus melihat gerangan yang ada di luar melalui lubang kecil di pintu itu kemudian baru lah dia tersenyum segaris.

Kunci pintu dibuka dan tombol pintu dipulas.

"Menantu ibu!". Terus badannya dipeluk oleh Puan Azura.

"Ibu datang kenapa tak bagitahu? Lais tak ada dekat rumah". Seroja berkata di sebalik pelukan itu.

Puan Azura melepaskan pelukannya sebelum berkata,

"Ibu tahu. Lais kerja kan? Sengaja ibu datang time dia kerja. Ibu nak me time dengan menantu ibu ni". Puan Azura ketawa kecil seraya memegang bahu Seroja.

"Masuk lah, ibu". Seroja mengetepikan kerusi rodanya seraya menjemput Puan Azura untuk masuk.

Puan Azura melangkah masuk ke dalam rumah itu sebelum membantu Seroja untuk menutup dan mengunci semula pintu. Kedua tangannya kemudian memegang kerusi roda yang diduduki oleh Seroja untuk ditolak.

"Ibu... Seroja boleh buat sendiri lah". Seroja tersenyum sambil sebelah tangannya mencapai tangan Puan Azura untuk dipegang.

"Awak ingat ibu tak tahu ke awak boleh buat sendiri? Ibu tahu la. Cuma ibu nak tolong awak".

Seroja tersenyum lagi dan lagi.

Puan Azura persis seperti Lais. Sudah dibilang mampu dilakukan sendiri, tetap sahaja kedua-duanya ingin menghulurkan tangan buat Seroja.

CAHAYA SEROJA ||OGWhere stories live. Discover now