[EBOOK ke-14] - Di bawah naungan HE Dynamic Publication
Pernah cinta tapi cintanya bertepuk sebelah tangan. Pernah bersama tapi hubungan mereka putus di tengah jalan. Memutuskan untuk berpisah di kala hati masih sayang itu menyakitkan bukan?
"Kita putus, Fid." - Athia Aisy
"Putus? Bukannya kita pernah bercinta pun." - Fidaiy Fatih12 tahun berlalu dengan begitu pantas. Siapa sangka takdir telah menemukan mereka semula dalam versi yang lebih dewasa. Dan siapa dapat menjangka, pertemuan kali pertama setelah 12 tahun tidak bersua telah menghidupkan kembali kisah di antara mereka yang dulu gagal diperjuangkan.
"Aku sebenarnya... janda anak satu." - Athia Aisy
"Siapa nama anak kau?" - Fidaiy Fatih
"Noor Qamara." - Athia AisyBetul, Noor Qamara itu bukanlah darah dagingnya namun tetapi, kasihnya buat anak itu benar-benar tulus. Andai saja diizinkan oleh Allah SWT, dia mahu menjadi
pelindung dan rumah ternyaman untuk anak itu.Dan siapa pula Athia pada Fidaiy? Sekadar bekas kekasih? Atau hubungan mereka hanya sebatas teman sahaja? Sedar tak sedar, perasaan yang begitu asing mulai tumbuh dan bertunas di hatinya. Setelah berbelasan tahun dia mengenali Athia, baru kali ini jantungnya berdegup kencang untuk wanita itu.
Besar impian mahu menjadikan Athia sebagai suri hati dan Noor Qamara sebagai puterinya. Impian Fidaiy boleh dipenuhi, tapi dengan satu syarat. Halangan itu harus digugurkan.
"Aunty okey tak terima saya yang dah pegang status janda anak satu ni sebagai menantu aunty?" - Athia Aisy
Perjalanan menuju 'kita'. Ayuh sama-sama menyelusuri kelanjutan cerita ini.