𝐏𝐑𝐎𝐋𝐎𝐆

7.8K 162 13
                                    

ALL RIGHTS RESERVED

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

ALL RIGHTS RESERVED

TUAN SEORANG PUTERI

This literary work is protected under international copyright laws. No part of this book may be copied, reproduced, stored, distributed, or transmitted in any form—whether electronic, mechanical, digital, photocopying, recording, or any other means—without the express written consent of the author.

Unauthorized reproduction, distribution, modification, adaptation, or any derivative work based on this content is strictly prohibited. Any infringement of these rights will be met with legal action to the fullest extent of the law.

TUAN SEORANG PUTERI © METAFORRA.
All Rights Reserved.

TUBUHKU terasa lenguh, seolah-olah setiap sendi dan uratku merintih menanggung beban yang tak terungkap

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

TUBUHKU terasa lenguh, seolah-olah setiap sendi dan uratku merintih menanggung beban yang tak terungkap. Enam jam? Lebih daripada itu, aku terikat di atas kerusi kayu ini, tubuhku seakan terpenjara dalam keputusasaan. Aku menarik nafas, mengeluh perlahan, bibirku bergetar.

Macam mana aku nak keluar dari tempat ini?

"Hubby, Farah janji akan jadi isteri solehah selepas ni." Bisikku, suara yang hampir tenggelam dalam kesunyian.

Menyesal? Ya, memang menyesal jadi isteri derhaka.

Sekejap...

Adakah tindakan aku pagi tadi benar-benar mengubah status aku menjadi seorang isteri derhaka?

Alamak...

Tak cium bau syurga aku nampaknya, ini.

Dengan susah payah, kedua-dua tanganku berusaha, mencuba sekuat hati untuk membebaskan diri dari ikatan yang membelenggu, namun tidak berjaya. Penculik kali ini benar-benar teliti dalam penambahbaikan ikatan mereka.

Namun... kenapa aku? Kenapa culik aku? Tak pasal-pasal aku rindu suami.

"KREK..."

Bunyi pintu terbuka, memecah kesunyian yang mencekam.

TUAN SEORANG PUTERITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang