"Abang, comel betulkan Carissa dengan Rizqin tu.." kata Safiyya dengan gembira. Masih terbayang wajah kedua kembar itu didalam fikirannya.Zaidan senyum nipis. Sejak mereka pulang dari rumah Aayden, Safiyya tidak berhenti bercerita tentang Carissa dan Rizqin.
"Ye dia orang memang comel. Ini dah masuk kali ke 3 kau cakap benda yang sama, Dara sayang" balas Zaidan.
Safiyya ketawa mengekek. "Hehehe Dara suka sangat dengan dia orang tu"
Dia meletak tangan di atas bahu Safiyya yang sedang bersandar disebelahnya. Jari dilarikan lembut di kawasan bahu hingga lengan Safiyya.
"Baby.." panggil Zaidan dengan lembut.
"Ye abang.."
Rambut lembut Safiyya dipintal Zaidan. "Aku nak tanya sikit boleh?"
Safiyya mengangguk laju. Matanya masih memandang tepat ke televisyen. Dia mengusap cincin di jari manis Zaidan.
"Kau dah bersedia untuk jadi ibu kepada anak-anak aku?" soal Zaidan dengan lembut. Hanya dengan Safiyya dia menunjukkan sisi penyayangnya.
Safiyya menoleh memandang Zaidan di sisi. Dia tersenyum manis.
"Dara dah bersedia abang. Sejak pertama kali kita berjumpa dengan anak kembar tuan Aayden lagi. Dara rasa terbuka hati untuk menjadi seorang ibu"
Zaidan merenung tepat kedalam bola mata Safiyya. Renungan penuh cinta. Dia mengaku, dia sudah terlalu obses dengan isterinya sendiri.
"Semoga ada rezeki kita berdua. Aku yakin, kau mesti akan jadi seorang ibu yang sangat baik" kata Zaidan.
"Abang pun sama. Dara yakin abang akan jadi seorang ayah yang sangat penyayang dan bertanggungjawab"
Zaidan menarik tubuh Safiyya masuk kedalam dakapan eratnya. Dia mengucup lembut ubun-ubun Safiyya.
"Abang sayang Dara. Sayang sangat-sangat. Tolong janji dengan abang, jangan pernah sesekali pun tinggalkan abang"
Muncul perasaan sebak dihati Zaidan. Dia tidak dapat membayangkan keadaan dirinya jika Safiyya memilih untuk berpisah. Dia tidak akan pernah biarkan Safiyya pergi jauh darinya.
"Dara tak akan pernah tinggalkan abang. Walau kita terpaksa hidup dibawah jambatan sekalipun. Dara tetap akan berada di sisi abang sampai bila-bila"
"Abang pun janji dengan Dara ye. Jangan pernah tinggalkan Dara walaupun hanya perasaan benci yang ada di dalam hati abang untuk Dara"
Zaidan mengeratkan lagi pelukan mereka apabila masing-masing merasa sebak. Dia mengusap lembut belakang kepala Safiyya.
"Abang janji. Selagi nyawa dikandung badan, selagi itu abang akan sentiasa berada di sisi sayang. Selamanya abang akan jadi pelindung sayang. Hanya Andara Safiyya di hati Hanz Zaidan"
Safiyya sungging senyum manis. Baby Han dah makin sweet lah!
"Sejak bila suami Dara yang bermulut pedas tu bertukar jadi sweet talker pulak ni hm?" soal Safiyya sambil mengusap lembut jambang nipis suaminya.
"Guess it comes out only for you, pujaan hati Zaidan" balas Zaidan dengan senyuman manis.
Senyuman lebar terukir dibibir manis Safiyya. "Jom tidur nak? Dara mengantuk.." bisik Safiyya dengan manja.
"Mari sayang.." balas Zaidan dan terus mendukung Safiyya dengan senang. Ringan sangat isterinya ini.
Dia berjanji akan memboyotkan perut Safiyya dengan bukti cinta mereka. Tidak sabar rasanya, pasti Safiyya kelihatan makin cantik jika berbadan dua.
🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️
"Eh kau! Aku panggil dari tadi kau takdengar. Pekak ke?"
Bergema ruangan besi itu dengan jerkahan Balqis. Farhan yang baru sahaja masuk ke ruangan itu terus menjeling tajam.
"Eh makcik tertelan speaker"
"Aku rasa kau ni masa kecil mesti tertelan speaker masjid kan? Daripada hari itu kau terjerit-jerit. Tak sakit tekak ke?"
Soal Farhan sebelum dengan selamba dia melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan Balqis yang diikat di kerusi.
"Bising lah kau ni. Aku nak makan! Aku lapar tahu tak?!" jerit Balqis lagi.
Baru sahaja Farhan membuka mulut, kedengaran pintu ruangan dibuka kasar daripada luar.
Muncul Raiyan yang masuk kedalam ruangan dengan wajah bengis.
"Eh perempuan, kau memang tak reti cakap elok-elok eh? Memang nak kena menjerit ke?!" soal Raiyan. Dia melipat tangan ke dada.
"Kau ingat kau siapa yang kami nak kena layan macam permaisuri? Kau tu cuma perempuan sial je!" marah Raiyan lagi.
Nak buat kerja pun tidak tenang. Sejak Balqis dibawa kesini, keamanan markas mereka terjejas dek kerana jeritan Balqis.
Balqis menjeling Raiyan dengan tajam. "Kau siapa? Sibuk je hal orang" marah Balqis.
Farhan menelan liur melihat Raiyan yang sudah menolak lidah ke dinding pipi.
'Mampus! Leon dah hangin. Luke tolong aku!' jerit hati Farhan.
Baran dia apabila Amil mengikut Khalif keluar dan meninggal dia sendirian. Dengan perlahan, Farhan bangun dari duduk.
"Er Leon.." panggil Farhan. Dia melihat Raiyan yang sedang membelek pistol ditangan. Lagaknya seperti sedang mengisi peluru.
Raiyan mengumam tanpa menoleh kebelakang. Dia menarik picu pistol miliknya. Tulisan Leon di permukaan pistol tersebut.
Balqis menggigil kecil. Sepertinya dia sudah tersilap orang untuk cari masalah. Bagaimana Fayyadh boleh ada kenalan yang menyeramkan seperti mereka ini?
"Kau nak buat apa dengan pistol tu?" soal Farhan dengan gementar. Janganlah si Raiyan ni buat hal. Satu hal pula nak kena menjawab dengan Fayyadh.
Raiyan memusing muka ke kiri dan memandang Farhan dengan pandangan tajam.
"Kau takut dengan aku atau si Fayyadh tu?" soal Raiyan dengan suara mendatar.
Liur kelat ditelan Farhan. Terkedip-kedip mata Farhan memikirkan jawapan selamat. Ini kalau tersalah jawab, mahu kena tembak.
"Err...aku..."
Satu..Dua..Tiga...
"Aku apa?!" jerkah Raiyan. "Aku nak terkencing!!" terjerit Farhan. Dia mengepit kaki menahan sesuatu daripada keluar.
"Aa..aku pergi tandas kejap!!" jerit Farhan lagi sebelum berlari laju keluar daripada ruangan itu.
"Eh eh woi! Janganlah tinggal aku dengan dia ni!" jerit Balqis kegelisahan. Gelisah dia ditinggalkan berdua dengan lelaki kejam ini.
Terdengar tawa sinis di bibir Raiyan. "Tahu pun takut. Ingatkan berani sangat tadi"
Raiyan menyimpan kembali pistol di belakang jaket hitamnya. Dia tersenyum senget melihat Balqis yang sudah peluh ketakutan.
"Chill, aku tak akan bunuh kau. Sebab apa? Sebab Fayyadh sendiri yang akan tamatkan riwayat kau. Chaw"
Raiyan keluar dari ruangan itu. Dia menutup pintu dan mengunci daripada luar. Balqis sudah tidak keruan. Semakin hari, perasaan takut kepada Fayyadh semakin membuak.
YOU ARE READING
2 | Han's Baby 🪽 [ OG ]
Romance[ KARYA KEDUA 💄 ] Hanz Zaidan + Andara Safiyya 🕊️ No emotions man + Broken home girl 🪽 Pertemuan yang tidak disangka telah meruntuhkan benteng dihati keras Hanz Zaidan. Tidak percaya dengan cinta tetapi jatuh ke lubuk yang paling dalam. | Hanz Z...