MIMPI 61

1.2K 81 20
                                    

Skrin komputer yang memaparkan kamera litar tertutup itu diteliti lama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Skrin komputer yang memaparkan kamera litar tertutup itu diteliti lama. Sebiji kereta hitam yang membawa lari sosok tubuh milik Alis itu dipandang sehingga ianya hilang di sebalik jalan yang sunyi. Bijak. Mereka melalui jalan yang tidak mempunyai CCTV untuk menghilangkan jejak.

"Dapat nombor plat?"

"Dapat, tuan putera." Tangan pegawai polis itu kemudiannya lincah menekan tetikus dan papan kekunci sebelum munculnya gambar bahagian belakang kereta yang di-zoom melalui kamera litar tertutup itu.

"AL473G."

"Itu nombor plat diraja Alginia." Beritahu Putera Han membuatkan pegawai polis yang berada di dalam kamar itu terkejut.

"Susahlah kalau macam ni. Mangsa kemungkinan dah dibawa ke Alginia." Pegawai polis itu memicit kepalanya perlahan. Jikalau mangsa sudah memasuki negara Alginia, ini bermakna pencarian tidak boleh diteruskan sehingga lah mereka mendapat bukti bahawa mangsa telah dibawa melepasi sempadan negara.

Putera Han mengepal kedua belah tangannya. Tak guna! Dia tak akan lepaskan mereka. Kali ini mungkin Alis mangsanya, masa kedepan nanti mungkin Bunga pula menjadi mangsa dan dia tidak akan sama sekali perkara itu terjadi.

"Diaorang guna cara kotor, jadi kita pun akan guna cara kotor." Ujarnya tanpa nada.

"Apa maksud tuan putera?"

"Kita sebarkan video." Kamera model lama itu diletakkan ke atas meja. Tepat di hadapan pegawai polis berpangkat inspector itu.

"Dalam kamera tu ada semua kerja kotor Alginia. Atau lebih tepat Raja Kashim dan juga Raja Mashwi. Aku nak kau semua sebarkan video-video tu dekat internet. Pastikan pihak mereka tak boleh sekat langsung video tu. Aku nak rakyat Alginia tahu kebenaran bahawa raja kesayangan mereka itu dah tikam belakang mereka hidup-hidup." Putera Han mengertap rahangnya kuat sambil mata tidak lepas merenung nombor plat kereta hitam yang masih terpapar di skrin komputer.

'Kali ini keturunan Raja Mashwi memang akan terima padahnya. Termasuk kau Puteri Mirdal.'

Peti sejuk dibuka luas lalu botol kaca yang berisi air kosong sejuk dicapai dan dituang ke dalam gelas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Peti sejuk dibuka luas lalu botol kaca yang berisi air kosong sejuk dicapai dan dituang ke dalam gelas. Diteguk rakus air itu sehingga kerongkongnya berasa sedikit sejuk. Putera Han memejamkan matanya seketika. Lelah dengan harinya pada hari itu.

Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]Where stories live. Discover now