BAB 27

28 1 0
                                    

Aiden terus terbangun tatkala mendengar kata kata tenang adik lelakinya. Aidan hanya memandang ke arah abang sulungnya dengan wajah kosong.

"Kau biar betul?" Tanya Aiden. Zarisya di sebelahnya masih lagi blur tidak percaya.

Aidan mengangguk. "Ye betul Tuan Aiden Qayren" balasnya malas.

Apa yang terkejut sangat abang dia ni? Biasa la tu.

Aiden duduk semula dengan mata yang terkelip kelip. Dia menoleh ke arah isterinya.

"Adiratna! We're going to have a baby. Yes!" Kata lelaki itu teruja. Zarisya tersentak, dia mengukir senyuman manis.

Tak menunggu lama, Aiden terus menarik tubuh kecil itu ke dalam pelukan hangatnya. Zarisya membalas pelukan dari suaminya.

Aidan bersandar di kerusinya. Tahu bahawa ini adalah pengalaman pertama Aiden sebagai seorang ayah.

"Jadinya, aku kena buat apa apa tak?" Tanya Aiden kepada Aidan. Selalunya sewaktu isteri mengandung, suami pasti perlu tunaikan apa yang diminta.

Aidan geleng. "Tak ada apa cuma jaga pemakanan, jangan buat kerja berat berat kandungan tu masih awal lagi. Oh ya, Zarisya pastikan kau jaga suami kau elok elok kalau dia ada morning sickness"

Berkerut dahi Aiden. Morning sickness tu benda apa pula? Sejak bila aku ada sakit ni?

Melihat wajah hairan abangnya, Aidan menyambung,

"Morning sickness atau Couvade Syndrom adalah alahan yang terkena pada suami. Orang kata, suami yang terkena syndrom ni betul betul sayangkan isteri dia,"

Terangguk angguk kepala Aiden mendengar penjelasan adiknya walaupun dia tak berapa faham.

"Lama ke kalau kena morning sickness benda ni?"

"Sementara je" balas adiknya tenang. Zarisya hanya mendengar  perbualan dua orang lelaki itu.

"Dah berapa minggu kandungan isteri aku?" Aidan senyum.

"Dua minggu" Zarisya mengusap lembut perut kempisnya.

"Kalau tak ada apa dah, kami balik dulu. Nanti aku bayar duit dekat kau" kata Aiden. Dia tersenyum melihat karenah isterinya.

Mereka berdua bersalaman sebelum Zarisya dan Aiden berlalu dari situ.

Aidan senyum nipis.

"Nampaknya lepas ni Zarif la pula"

TBC
VOTE

ADIRATNA MILIK QAYRENWhere stories live. Discover now