Bab 56

264 46 14
                                    

Misyah rasa tak selesa. Dia membetulkan posisi duduknya tapi masih sama. Dia rasa sakit pada bahagian belakangnya.

"Kenapa Sya? Kau okey tak?" Tegur Yusuf apabila perasan Misyah seolah-olah tidak senang duduk.

"Entahlah. Belakang aku sakit. Puas aku adjust cara duduk tapi sama je." Adunya.

"Kesian mak buyung ni. Pergilah rehat dekat surau. Kek ni biar aku dengan Zuhairi bungkuskan."

"Ha'ah Sya. Tak banyak dah nak kena bungkus. Kau rehatlah. Dari masuk kerja sampai sekarang kau banyak bongkok. Mungkin sebab tu kut belakang kau sakit-sakit." Kata Zuhairi pula.

Misyah jadi serba salah mahu meninggalkan kerjanya kepada mereka berdua.

"Tak payah buat muka macam tu. Kitorang okey je." Gelak Yusuf apabila reaksi Misyah menggeletek hatinya. Macam muka kucing lepas kena marah. Muka kesian.

"Sorry, makin nak dekat due ni makin penat pula rasa. Rasa serba salah pula menyusahkan korang." Semakin lama semakin banyak order yang mereka terima. Tapi apa kan daya dia tidak dapat membantu banyak disebabkan keadaannya yang sedang sarat mengandung.

"Jangan cakap macam tu. Kau sanggup kerja walaupun tengah sarat mengandung pun kitorang berterima kasih sangat."

Auwhhh terharu Misyah mendengarnya.

"Betul ni tak apa?"

"Iya... Kau balik je lah senang. Aku seram betul tengok kaki kau bengkak macam tu." Kata Yusuf memuncung pada kaki Misyah yang berstokin itu. Walaupun berstokin tetapi mereka dapat meneka kaki Misyah agak bengkak dari segi bentuknya.

Orangnya kecik tapi kaki bengkak. Risau kadang-kadang. Jika Syuhada ada pasti wanita itu mengajaknya masuk ke surau untuk urut kakinya. Bertambah rasa bersalah dalam diri Misyah. Terasa seperti menyusahkan semua orang.

"Ish jangan lah sampai halau aku balik. Terasa hati aku ni hah."

"Tak payah nak sedih sangat. Kau ada dekat sini lagi buat kitorang rasa kesian. Kesian dekat kaki kau nak tampung baby kau tu. Lantai dapur ni pun agak licin. Risau. Macam ni lah kau kerja half day je okey?"

"Tapi-..."

"Kak Syu pun ada cakap pasal ni juga. Dia setuju je. Kau tu aktif sangat dekat dapur. Kadang buat kitorang seram je. Kak Syu pun dah jarang keluar. Banyak fokus dekat kedai je. Tak payah fikirkan sangat."

Dua lawan satu memang sah-sah lah yang satu tu kalah. Misyah memuncung. Dia okey je cuma penat sikit je.

"Hmm yelah... Nanti cakap dekat Kak Syu, aku minta maaf tau balik awal."

Yusuf juling matanya ke atas. Tak habis-habis dengan maafnya tu.

"Balik je lah mak cik. Tak payah nak minta maaf bagai. Bukan hari raya pun nak bermaaf-maafan."

Zuhairi ketawa mengekek. Kelakar dengan ayat Yusuf itu.

"Minta maaf pun kena marah." Jelingnya.

"Apa-apa je lah. Shuhhh nyah kau daripada sini."

"Fine... Aku balik. Bye guys."

"Elok-elok bawa kereta tu." Pesan Zuhairi.

"Baik..." Barang-barangnya di ambil lalu dia berjalan keluar dengan payah.

Yusuf dan Zuhairi melihat Misyah yang jalan menuju ke keretanya.

"Macam penguin jalan." Komen Yusuf.

"Hahahaha kau ni tak baik." Zuhairi menepuk bahu Yusuf. Mereka berdua setia berdiri melihat Misyah yang sudah selamat masuk ke dalam kereta.

MY MRS TURKISH √√ Where stories live. Discover now