𝑆𝑤𝑒𝑒𝑡𝑖𝑒♡'8

12 0 0
                                    

16 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑎𝑙𝑢...

𝑆𝐸𝐾𝑂𝐿𝐴𝐻 𝐴𝐺𝐴𝑀𝐴 𝐷𝐴𝐼𝑅𝑈𝑆 𝑆𝐴𝐿𝐴𝑀....

Merupakan sekolah agama yang mengambil pelajar dari umur 7 tahun hingga 20 tahun dan setiap pelajar akan dibahagikan mengikut bahagian yang diambil.

Ada aliran sekolah rendah (SRITI), aliran sekolah menengah agama (SMA), STPM dan STAM.

Sistem pengurusan sekolah ini tidak sama seperti sekolah lain. Salah satunya adalah setiap masuk tahun baru semua pelajar lama perlu hadir ke sekolah, seminggu lebih awal. Jika pelajar baru pula dua minggu lebih awal untuk menyertai program orientasi.

Yang penting telefon pintar dibenarkan bawa ke sekolah tapi ada syaratnya iaitu 12 tahun keatas, waktu persekolahan telefon perlu diserahkan kepada pengawas yang bertugas dan ada kebenaran daripada ibu bapa.

Sekolah ini juga boleh dikatakan sekolah untuk anak orang yang berduit sebabnya yuran yang dikenakan agak mahal berbanding sekolah swasta yang lain.

Hendak daftar di sekolah ini juga tidak semudah yang dijangka kerana setiap pelajar baru yang berdaftar untuk masuk akan ditapis terlebih dahulu dari segi kepandaian dan kebolehan.

Kepandaian seperti boleh bertutur dengan fasih dalam bahasa Arab terutamanya, bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan memiliki nilai peperiksaan yang baik dari sekolah lama.

Kebolehan pula lebih kepada sukan atau lebih tepatnya seorang yang aktif.

Jika nilai ketika ditapis dapat memuaskan pihak pengurusan sekolah maka ada kemungkinan akan berjaya masuk kedalam sekolah ini.

Kenapa setengah orang yang dapat keputusan baik ketika ditapis tetapi tetap tidak diterima?

Kerana setiap tahun Sekolah Agama Dairus hanya mengambil pelajar sebanyak 250 orang yang mendapat nilai tertinggi daripada beribu yang mendaftar.

Dan hari ini merupakan hari dimana pelajar baru yang berjaya mendapat nilai terbaik akan bermula sesi persekolahan untuk tahun ini.

Ramai juga pelajar yang berjaya mendapat nilai terbaik ketika sesi tapisan.

Salah seorang daripada 250 pelajar baru itu adalah....

𝘏𝘈𝘕 𝘘𝘈𝘓𝘌𝘌𝘍 𝘘𝘈𝘠𝘋𝘈𝘙 𝘉𝘐𝘕 𝘏𝘈𝘋𝘐𝘋 𝘈𝘓-𝘘𝘈𝘓𝘓𝘌𝘋









Setelah melintasi bangunan sekolah, Han meneruskan langkahnya menuju ke arah bangunan asrama aspura yang terletak di bahagian belakang.

Setelah sampai di bangunan asrama aspura Han tidak terus masuk kedalam kerana matanya tertarik pada papan tanda bertulis '𝑇ℎ𝑒 𝐺𝑟𝑒𝑒𝑛 𝐷𝑎𝑖𝑟𝑢𝑠' yang menunjukkan arah anak panah ke laluan belakang bangunan.

Tidak tunggu lama Han terus mengikuti jalan yang menuju ke sana, rasa ingin tahu apa yang ada di '𝑇ℎ𝑒 𝐺𝑟𝑒𝑒𝑛 𝐷𝑎𝑖𝑟𝑢𝑠'' itu. Tidak pernah dia tahu ada juga taman hijau di sekolah. Apa makna disebalik hijau dia juga tidak tahu. Hijau disebabkan tumbuhan-tumbuhan atau hanya sekadar nama?

Kakinya terus terhenti pada pintu masuk bila lihat betapa besarnya '𝑇ℎ𝑒 𝐺𝑟𝑒𝑒𝑛 𝐷𝑎𝑖𝑟𝑢𝑠' itu, tempat itu dihiasi dengan pelbagai jenis tanaman seperti sayur-sayuran, pokok bunga yang berwarna-warni di sebelah kanannya, memiliki kolam ikan yang besar terletak ditengah-tengah ruang tersebut dan disebelah kirinya ada juga tempat melepak, tempat bermain buaian, perpustakaan mini yang terbuka, ruang bersenam, ruang bermain catur, carrom dan berbagai lagi jenis permainan santai.

 HQQ: It's Mine SweetieWhere stories live. Discover now