𝑆𝑤𝑒𝑒𝑡𝑖𝑒♡'9

22 0 0
                                    

Terlalu kuat budak perempuan itu meraung sehingga tersemput-semput mencari nafas. Seluruh tubuh menggigil bila penyakit 𝑎𝑛𝑥𝑖𝑒𝑡𝑦 𝑎𝑡𝑡𝑎𝑐𝑘 nya kembali menyerang.

Han terkejut dengan apa yang berlaku pada budak perempuan dan terus dia memegang kedua belah pipi budak perempuan itu agar budak perempuan itu memandang ke arahnya.

"𝐻𝑒𝑦 𝐵𝑎𝑏𝑦𝑔𝑖𝑟𝑙. 𝐿𝑜𝑜𝑘 𝑎𝑡 𝑚𝑒 𝑎𝑛𝑑 𝑑𝑜𝑛'𝑡 𝑐𝑟𝑦. 𝐹𝑜𝑙𝑙𝑜𝑤 𝑡ℎ𝑒 𝑠𝑡𝑒𝑝 𝑜𝑘𝑒𝑦? Tarik nafas ..... lepas.. tarik lagi... lepas.. 𝑐𝑎𝑙𝑚 𝑑𝑜𝑤𝑛.. awak selamat sekarang, tak ada sapa kat sini selain kita berdua" lembut Han bertutur seakan memujuk. Walhal dia bukan pandai sangat hendak memujuk budak-budak sebabnya dia anak bongsu, tapi disebabkan budak comel ini dia cuba juga untuk memujuk.

Lama kelamaan tangisan budak perempuan itu makin perlahan sehingga tiada lagi suara yang kedengaran, melainkan anak mata hitam bundar budak perempuan itu masih tetap menatap anak mata koko keemasan milik Han dengan redup.

Bagi budak perempuan itu, inilah pertama kalinya dia lihat anak mata yang unik berwarna koko keemasan dengan jarak yang dekat.

Cantik...

Aura mata saja sudah memukau..

Budak perempuan itu tidak berkedip memandang Han sehingga naik segan Han dibuatnya. Sudahlah jantungnya berdegup kencang lepastu kena pulak panahan mata budak perempuan itu lagi la buat dia tidak tenang.

Rasa lain macam, tidak pernah pula dia rasa perasaan begini jika bersama kawan perempuan yang lain, tapi dengan budak perempuan ini lain macam...

Perasaan yang dia sendiri tidak tahu....

Suka? Cinta? tapi seperti benda itu mustahil... sudah la dia baru umur 12 tahun budak perempuan itu pula nampak macam budak darjah satu.. tak ka pelik tuu.. kecik-kecik dah pandai..

"Mata Abang cantik...." kata budak perempuan itu setelah lama mendiamkan diri. Tangannya masih setia menggenggam tangan Han di bahagian lengan. Dia sudah mula rasa selesa dengan kehadiran Han.

Han tersenyum malu sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"𝐹𝑒𝑙𝑙𝑖𝑛𝑔 𝑏𝑒𝑡𝑡𝑒𝑟?" soal Han ingin kepastian, tapi sebenarnya dia mahu menutup rasa malunya apabila dipuji. Tak macho kalau dia kembang semangkuk depan budak perempuan itu walaupun memang itu sudah terjadi.

Budak perempuan itu mengangguk sebelum tubuh Han dipeluk erat.

Han yang tidak bersedia sudah terpinga-pinga kerana dipeluk, lagi mengejutkan nya adalah bila muka budak perempuan itu melekat pada dadanya. Makin buat jantungnya kembali laju mengepam.

"𝑇ℎ𝑎𝑛𝑘 𝑦𝑜𝑢, kalau tak ada Abang tadi mungkin Ryn dah mati dekat sini sebab kena pukul dengan orang jahat" Adu budak perempuan itu sebelum dia mengangkat kepala memandang wajah Han.

*ʳʸⁿ ⁱˢ ʳⁱⁿ*

'𝗐𝗁𝖺𝗍? 𝖱𝗒𝗇? nama dia ka?'

"Adik kenal diorang?" lain yang ingin ditanya lain yang keluar.

Budak perempuan itu menggelengkan kepalanya sebelum kembali bersuara.

"Ryn sesat tadi sebab cari Abang Ad... lepastu diorang culik Ryn bawak masuk dalam tandas ni, diorang pukul Ryn bila Ryn tak ikut apa yang diorang nak" cerita budak perempuan itu dengan lancar, muka kembali sebek mengenangkan apa yang berlaku tadi.

"Diorang nak apa?"

"Ryn tak tahu.. tapi tadi... abang jahat tu cakap diorang nak rasa Ryn sikit ja.. Ryn tak tahu apa yang diorang nak rasa... Ryn tak faham.. Ryn tak buat apa yang diorang nak sebab tu diorang pukul Ryn... diorang pegang pegang Ryn.. Ryn takut..." jujur budak perempuan itu berkata dengan tangan mula menggigil kecil. Sungguh dia tidak faham apa yang orang jahat itu inginkan darinya.

 HQQ: It's Mine SweetieWhere stories live. Discover now