Malam yang suram ditemani bunyi dentuman guruh yang kuat. Seorang wanita remaja berambut merah keperangan kelihatan berlari dengan penuh ketakutan menuju ke suatu tempat.
Darah berciciran seiring wanita tersebut meneruskan langkahnya.Wanita itu berlari sambil memegang lengannya yang berdarah demi melambatkan tubuhnya daripada kehilangan lebih banyak darah
"Kudou Shinichi...aku harus mencari nya.." itulah nama yang disebut dalam benak fikirannya pada ketika itu
Setelah sekian lama berlari, wanita itu sampai di perkarangan rumah kawasan Beika Street. Dengan tenaga yang sedikit wanita itu berusaha untuk mencari nombor rumah yang ingin ditujunya.
"Sedikit saja lagi, sedikit saja lagi......"
Kemudian, matanya yang menatap sebuah rumah yang sungguh besar memaparkan Kediaman Keluarga Kudou.
Berbekalkan sedikit tenaga yang masih dia ada, jarinya menekan butang loceng rumah tersebut dengan pantas, pandangan nya akhirnya kian kabur, tubuhnya menggigil kesejukan dan kelihatannya dirinya akan rebah tidak lama lagi namun wanita itu cuba sedaya upaya untuk menyedarkan dirinya."Tolong...sesiapa saja...selamatkan ku..." Jari yang berkali-kali menekan butang loceng itu pada akhirnya berhenti, kaki yang sebelum ini gigih berdiri kini tidak lagi mampu menampung berat badannya...pada akhirnya tubuhnya rebah di hadapan rumah yang besar itu...
Di saat matanya kian menutup, wanita itu terdengar bunyi pintu pagar terbuka lalu melihat bayangan yang samar.
"Apa yang terjadi?!" Ucap seorang remaja lelaki yang kelihatannya seperti seumuran dengan wanita itu.
"Hey, heyy ojousan (miss)...daijoubudesu ka ? Tanya lelaki itu dengan penuh cemas
"A-akhirnya, aku menjumpai mu, Kudou Shini-chi...." Itulah kata yang diutarakan oleh wanita tersebut sebelum kedua matanya tertutup lalu pengsan
"Nani (What?)...dia mengenaliku??"
Ya, itulah sosok yang dicari oleh wanita tersebut Kudou Shinichi! Seorang Detektif muda yang terkenal di Tokyo.
Banyak pertanyaan yang ada dalam fikiran Shinichi pada ketika itu namun diurungkannya memandangkan wanita misteri yang terdampar dihadapan rumahnya sudah pengsan dalam keadaan berlumuran darah. Tanpa berlengah, Shinichi mengangkat wanita itu dengan pantas dan membawanya masuk ke dalam kediaman keluarga Kudou.
" Kuso, shikatanai na (There's no other wat)..aku akan merawatnya dirumah sahaja"
fikir Shinichi kerana dia berpendapat memanggil ambulans akan mengambil masa yang lebih lama memandangkan hujan diluar sungguh lebat ditambah dengan kondisi wanita itu._________________________________________
Di dalam Kediaman Keluarga Kudou
"Saki-Obaachannn!! Saki-Obaachann!!"
Jerit Shinichi yang berlari penuh cemas sambil menggendong wanita misteri itu seperti seorang bridal."Haii (Yes), Shinichi-sama doushite ?" Terdengar sahutan seorang wanita 60-an daripada tingkat atas.
"Shinichi-sama, siapa wani-" baru sahaja Saki-san ingin bertanya kepada tuannya, pertanyaannya itu terpotong oleh Shinichi.
"-Sudahh ,tidak ada banyak masa lagi, tolong bantu aku, bawakan aku baju tambahan serta kain tuala untuk wanita ini !" Tegas Shinichi yang masih kukuh menggendong wanita itu penuh kerisauan sambil membawanya naik ke tingkat atas,lebih tepatnya ke biliknya sendiri.
" Dan tolong bawa sekali kotak first-aid kemari Obaachan!!" Pinta Shinichi kepada bibik Saki setelah membaringkan wanita tersebut di katil.
"Ba- baiklah tuan!" Sahut Saki-san lalu menyiapkan segala keperluan yang dipinta oleh Shinichi. Seperti Shinichi, Saki-san juga dipenuhi dengan banyak pertanyaan di benak fikirannya. Bayangkan saja tuannya, Shinichi Kudou yang anti dengan sebarang wanita tiba tiba saja menggendong seorang wanita misteri dengan raut wajah yang penuh kebimbangan, tambahan lagi dia membawa masuk wanita itu ke biliknya?...ouh tuhan satu keajaiban sebenarnya melihat tuannya memegang wanita selain dari kenalan dekat Shinichi sendiri.
Setelah itu, Shinichi dibantu Saki-san bersama sama merawat wanita tersebut dengan berhati hati. Untung saja, lukanya tidak terlalu dalam makanya Shinichi mampu merawatnya sedikit untuk sementara waktu. Setelah wanita ini sedar, Shinichi akan membawanya ke rumah sakit untuk memastikan tiada apa yang kritikal.
Jam menunjukkan pukul 12 malam . Setelah berjaya merawat wanita itu, Shinichi masih berjaga di samping wanita itu sambil memandang wajah wanita itu dengan penuh pertanyaan dan kekaguman. Ya..kekaguman..itulah kata yang sesuai digambarkan kerana tidak dinafikan kecantikan wanita itu sungguh mampu membuatkan seorang jejaka yang bernama Kudou Shinichi terpana..sepertinya wanita ini merupakan blasteran.
Wajahnya sungguh tenang dan lucu saat ini jika dilihat dengan lebih teliti. Satu senyuman terukir dibibir Shinichi tanpa dirinya sedar.Dek kerana sudah terlalu mengantuk Shinichi memilih untuk tidur di kamar tamu yang baru sahaja disiapkan oleh bibik Saki.
___________________________________________
Kelihatan seorang wanita sedang berlari dengan penuh cemas seolah olah dirinya baru sahaja dikejar monster.
Tanpa dirinya sedari satu tusukan pisau 🔪 dari arah belakangnya menyerang."Sudah ku katakan bukan, kamu tidak akan pernah bisa lari dari ku, Sherry! Ucap seorang lelaki berjubah hitam dengan senyuman sumringah yang penuh kejahatan
Wanita itu tergamam, terkaku...kakinya kini tidak mampu lagi untuk bergerak melarikan diri.
"Sekarang...masanya untuk ku membawa kamu kepada kakak serta ibu ayah mu HA HA HA HA! Ucap lelaki berjubah hitam itu kembali sambil menghunus pisau ke arah jantung wanita tersebut.
"Ingatlah,Pengkhianat harus dihapuskan!"
"Ti-Tidakkkk!!!" Jerit wanita itu
___________________________________________
"Tidakkkk!!!" Jerit wanita itu lagi. Kelihatannya wanita itu masih belum sedar bahawa semuanya hanyalah mimpi sehinggakan dirinya masih terus menjerit.
TIDAKKK HENTIKANN TOLONG SESIAPA KU MOHONNN!!
Mendengar jeritan yang kuat itu, Shinichi dengan pantasnya masuk ke biliknya untuk melihat keadaan di sana.
"Hey,..ojousan..........ojousan!!...tenanglah,kamu hanya bermimpi..." Ucap Shinichi yang sepertinya paham akan situasi yang dialami wanita itu. Namun seolah-olah tuli, wanita itu tetap saja menjerit meminta tolong tanpa henti sambil menangis.
Tanpa aba-aba, Shinichi yang melihatnya pon segera memeluk wanita itu sambil berkata kembali " ....daijoubudesu ojousan, omae wa mo daijoubu...semuanya baik baik saja, ada aku disini, aku bisa membantu mu...tenang saja ojousan tenang..." Bisik Shinichi dengan lembut ke telinga wanita itu.
Wanita itu mulai sedar lalu memejamkan matanya sambil mendengar bisikan yang diucapkan oleh Shinichi. Tidak tahu mengapa kata-katanya ibarat ubat penenang di telinga wanita itu. Masih dalam keadaan memeluk, kedua insan tersebut hanyut dalam keheningan yang begitu ironisnya terasa sungguh tenang.....
Namun ketenangan itu terhenti ketika mereka terdengar suara bibik Saki yang memandang mereka dengan senyuman yang usil.
"Maaf mengganggu anda Shinichi-sama, tapi makanannya sudah Obaachan siapin ~~ obaachan tunggu kalian di bawah ya~ hihihi " ucap bibik Saki dengan nada mengejek Shinichi.
Hasilnya ,pipi kedua-dua remaja itu merona. Wanita itu melepaskan pelukan hangat yang diberikan pria yang merawatnya semalam lalu mengucapkan kata maaf akan kelakuannya barusan yang menjerit tanpa henti. Dek kerana terlalu malu wanita itu memalingkan wajah nya tanpa menghadap pria didepannya itu. Shinichi memahaminya lalu mengatakan tidak apa-apa, dia juga turut memalingkan wajahnya kerna masih malu dengan ejekan bibik Saki sebentar tadi. Namun, dirinya sedar akan sesuatu lalu menatap kembali wanita berambut stroberi merah keperangan itu
"Ano, bisakah aku tahu....namamu siapa?" Tanya Shinichi yang masih penasaran akan kehadiran wanita misteri di depan rumahnya semalam.
"Miyano....Shiho....." Ucap wanita itu yang kini menatap lekat manik mata biru laut Shinichi.
___________________________________________
Holaa, admin mengubah alur cerita DC dimana mereka berdua tidak berubah menjadi kecil...namun perlu diingatkan ini hanyalah rekaan sahaja untuk hiburan iya begitulah
Bagaimanakah kisahnya ?
KAMU SEDANG MEMBACA
My Savior
Fanfictiononly a FanFiction I'm Shiho and Shinichi fan All of the characters DC used belong to Gosho Aoyama