Chapter 27

5.3K 730 20
                                    

Hari ni sungguh aku tak ada mood. Entah kenapa aku rasa nak marah je. Emosi aku tak terkawal hari ni.

Macam biasa aku masuk kelas dan terus duduk kat tempat aku. Seokjin pun dah datang. Awal dia harini. Tapi sayang, aku tak ada masa nak layan dia.

Sebaik sahaja aku duduk, aku terus letakkan kepala aku atas meja beralaskan lengan. Aku harap tak ada siapa ganggu aku.

Aku terfikirkan kejadian Seokjin pergi ke rumah ilhoon malam itu. Aku ada niat nak tanya tapi erm entahlah!

Kalau Seokjin tu anak ilhoon, jadinya dialah sepupu aku yang tak pernah jumpa tu? Ergh.

"Jungkook ah."

Seseorang memanggil. Aku tak berganjak walau sedikit. Aku jadi malas.

"Jungkook ah."

Okay yang ni aku tak boleh sabar.

"Jangan ganggu akulah!" Aku menepis kuat tangan Seokjin yang cuba pegang bahu aku. Aku tengok Seokjin melemparkan riak terkejut.

"Jungkook ah.. mian.. say.."

Tanpa lengah aku terus keluar membiarkan ayat Seokjin tergantung. Aku dapat rasa yang kelas diam waktu aku menjerit tadi.

Apa nak jadi dengan kau Jungkook.

Aku melangkah ke bumbung sekolah. Dekat situ orang tak ramai angin pun sejuk. Maybe aku dapat sejukkan hati aku sikit.

Selalunya aku akan ke tandas bila panas hati. Tapi kalau aku pergi sana menyampah pulak kalau terserempan Gukjoo aka si business tandas.

"Jungkook ah!"

Aku berpaling ke belakang. Terkejut aku tengok Seokjin yang agak termengah mengah. Dia kejar aku ke?

"Kenapa dengan awak hari ni?" Seokjin mendekati aku. Aku buat tak heran jelah.

"Awak ada masalah ke? Ceritalah dengan saya." Seokjin bersuara lagi memandangkan aku tak bersuara dari tadi.

"Seokjin ah.." aku memanggil. Tiba masanya aku nak korek rahsia.

"Em?"

"Siapa appa awak?" Aku terus ke topik perbualan aku.

"Eh kenapa awak nak tahu? Appa saya pengetua sekolah biasa je." Bingo! Betullah Seokjin ni sepupu aku!

"Pengetua sekolah ni ke?" Aku tanya lagi.

"Ya Jungkook."

"Appa awak orang yang macam mana?" Aku tak mengalah. Aku akan banyak tanya je hari ni.

"Appa selalu sibuk. Eem appa baik, appa banyak harta katanya mendiang atuk saya serahkan semua harta kat appa." Seokjin berkata.

Baik lah konon! Euw baik. Perkataan baik langsung tak boleh melekat kat muka appa kau tu tau tak!

"Seokjin ah."

"Ya?"

"Apa awak akan rasa kalau appa awak seorang pembunuh?" Aku bertanya lagi. Lagi dan lagi. Aku tengok Seokjin macam susah nak jawab soalan tu.

"Erm saya terima jelah hakikat tu. Lagipun saya percaya appa tak akan buat macam tu." Seokjin berjaya membuatkan aku hampir tergelak jahat.

Bukan tak akan buat! Dah buat dah pun!

"Awak ada ahli keluarga yang dah mati?" Aku rasa macam seronok nak tahu apa yang Seokjin jawab.

"Ada rasanya.. Ha! Omma dan appa saudara saya. Abang kpd appa saya mati. Appa kata dia kena bunuh dengan perompak."

Haih Ilhoon haritu kau tipu aku kata omma dan appa aku kemalangan. Tak sangka kau bodoh sangat. Pergi cakap lain pulak kat anak kau. Eii aku malulah tengok kau bodoh ni.

"Kenapa awak tanya?"

"Tak ada apa." Aku menggeleng. Masing masing lepas tu diam sekejap.

"Omma dan appa saudara awak tu ada anak?" Aku bersuara memecah kesunyian.

"Ada. Lelaki. Tapi saya dah lama gila tak jumpa dia. Last jumpa masa saya 6 tahun. Tup tup, appa kata dia pun dah mati. Nama dia.. Hmm apa tah." Seokjin membuat muka lagak berfikir.

"Ha! Nama dia sama dengan awk. Jungkook. Tapi dia lelaki."

Oh Hmm. Sahlah dia anak ilhoon. So, siapa anak angkat ilhoon tu?

~

School Mission. [학교 미션]Where stories live. Discover now