Sehari sebelum, Zayn duduk di pejabatnya, matanya tertumpu pada skrin komputer. Kerja-kerja yang menimbun membuatkan dia tidak sempat untuk berhenti rehat atau makan tengah hari.
Sejak pagi tadi, hanya sarapan yang menjadi pengulas perutnya. Jarinya ligat menaip, mencuba menyelesaikan tugasan yang masih belum selesai.
Sedang Zayn asyik dengan kerjanya, pintu pejabatnya tiba-tiba terbuka laju. Zayn mengangkat wajah, terkejut dengan gangguan yang tidak dijangka.
Di pintu, PA-nya berdiri dengan wajah cemas. "Maaf tuan, saya dah larang dia masuk, tapi dia memaksa..." ucap PA-nya, suaranya terdengar bersalah.
Sebelum Zayn sempat memberi respons, sesosok wanita melangkah masuk dengan penuh keyakinan. Pakaian yang dikenakan tidak cukup kain, menampakkan lebih banyak daripada yang sepatutnya.
Mata Zayn tajam memandang, mengingatkan dirinya akan masa lalu yang cuba dilupakan. Wanita itu terus melangkah ke arahnya, senyuman menggoda terukir di bibirnya.
"Hye Tengku Zayn Eskandar, berjumpa semula kita," katanya, suara lembut namun sarat dengan niat yang tersembunyi. Dia berdiri di hadapan Zayn, tangannya mula meliar di tubuh lelaki itu.
Zayn segera bangun, wajahnya serius. "K...kau? Apa kau buat kat sini?" tanya Zayn.
"I rindu you, Zayn. I baru balik dari Korea tau demi you." ucap wanita itu, berdiri di hadapan dengan tangannya yang mula berpaut pada bahu Zayn.
"Sorry, nothing important. Please, get out from my office!" tegasnya sambil menolak tangan wanita itu.
Wanita itu tidak mengalah, dengan berani, dia terus mendekat, matanya memandang Zayn dengan penuh keinginan.
"I...I nak you, Zayn. I nak Zayn yang dulu... lelaki yang pernah tidur sekatil dengan I," ucap wanita itu, dengan nada yang sangat menggoda.
Zayn menggelengkan kepala, "No...No...No. Aku tak macam tu. Kau berambus dari office aku sekarang!" jeritnya.
Wanita itu berkeras, lantas dia mengeluarkan sesuatu yang tidak pasti di dalam beg tangannya. Dia menyerahkannya kepada Zayn, menyuruh dia untuk melihat.
"See! You tengok betul-betul. I positive Zayn, I mengandungkan anak you..." rintih wanita itu.
Zayn berdiri kaku, menahan getaran tangannya sambil memegang pregnency test itu.
"Tak..tak, kau jangan nak tipu aku." ucapnya dengan perasaan yang sangat bingung.
"Tipu apa Zayn Eskandar? You ingat I main-main ke?" ujar wanita itu dengan nada yang meyakinkan.
"Kau tipu! Dah lebih tiga tahun...end up kau datang kat aku, mengaku tu anak aku? Kau ingat aku nak percaya?" tanya Zayn, suaranya kini lebih tegas.
"Mana I tahu, Dah tuhan nak bagi. I terima jelah..." jawab wanita itu, dia mengangkat bahu.
Zayn tertawa sinis. "Kau ingat aku bodoh ke? Berapa ramai lelaki yang dah kau goda?"
Wanita itu mengerut dahi, cuba mempertahankan dirinya. "I tak macam perempuan jalang yang lain eh! I cuma tidur dengan you je tau, Zayn."
Zayn mendengus, penuh rasa marah. "Kau ingat aku nak sangat percaya perempuan murahan macam kau? No la..."
Wanita itu menarik nafas panjang, memandang Zayn dengan penuh kesungguhan.
"Percaya atau tak, itu hak you. Tapi yang pasti, I nak you bertanggungjawab atas anak ni."
"Boleh..." ucap Zayn. "tapi dalam mimpi!" sambungnya lagi.
Wanita itu ketawa kecil, matanya sinis. "Zayn...Zayn. You dah sedap dengan I sebelum ni, pastu tak nak bertanggungjawab?"
Zayn menarik nafas dalam-dalam, cuba menafikan apa yang jadi terjadi adalah sebuah helah yang dibuat-buat oleh wanita itu. Dia tidak dapat menahan pelbagai perasaan yang berlegar-legar dalam hatinya.
YOU ARE READING
ISTERI YANG DISEKSA S2 (OG)
RomanceWarning : Baca season 1 untuk tidak mengelirukan pembaca. Setelah mengalami derita yang berpanjangan, Sofea akhirnya menemukan jalan kebahagiaan. Hidupnya kini bahagia bersama keluarga tercinta, Zyan dan Ziyad serta kandungannya. Namun, kebahagiaan...