BAB 1

0 0 0
                                    

TEPAT PUKUL 7.00 a.m.Langsir bilik diselak supaya sinaran dari matahari menerangi bilik yang gelap itu. Kaki melangkah menuju ke arah balkoni bilik untuk menikmati panorama yang indah di pagi hari.

  Udara yang segar dihirup dan dilepaskan. Kring.. kring... deringan dari telefon pintar mengganggu konsentrasiku. Katil dituju dan telefon pun dicapai.

"Mawar! Kau free tak petang ni? Jalan-jalan jom!" Ujar si dia yang di seberang sana.

Ya. Nama yang diberi oleh mummy and daddy aku adalah Mawar Eviana binti Dato' Hashim. Umur aku tahun ni 24 tahun. Aku ni adalah anak bongsu dari tiga orang adik-beradik.Dua orang abang aku tu nama diorang pula adalah Muadzam Shah dan Muzaffar Shah.Oh, lupa pulak. Nama mummy aku Datin Melinda Eviana.

Haish.. panjang sangat kan iklan?

"Ana.. kau call aku pagi-pagi ni tanya tentang tu je ke?Ya.. petang ni aku free. Nak jalan pergi mana?"Ujarku sambil mendengar kicauan burung yang merdu di halaman rumah.

"Tempat kita selalu lepak laa, mana lagi.. Lepas asar tau."

"Okay.. Dahlah aku nak mandi dulu"Butang merah ditekan setelah panggilan tamat.

Tuala diambil dan bilik air pun dituju untuk membersihkan diri. Selasai mandi, kaki melangkah ke almari. Aku kalau pilih baju main sauk je.. Tak ada masa nak berstylo bagai. Baju sweature berwarna kelabu dipadankan dengan seluar palazzo berwarna hitam. Rambut yang lurus separas siku diikat gaya ponytail.

Kaki menuruni tangga dan menuju ke dapur. Macam biasa.. pasti Datin Melinda manusia terawal bangun di rumah ni. Bau nasi goreng kampung yang menggiurkan dari dapur membuat perut mula berasa lapar. Langkah dibuka pelan-pelan dengan niat mengejutkan sang ibu.

"Baa!!Good morning mummy!!"Badan Datin Melinda dipeluk dari belakang sambil mengintai nasi goreng kampung yang hampir siap dimasak itu.

"Ehh! Daun kau hijau!!" Datin Melinda mengusap dadanya sambil memberiku jelingan tajam.

"Bertuah punya anak.. kalau mummy kena serangan jantung nanti, macam mana?"

Aku pun tersengihlah seperti kerang wangi.
"I'm sorry mummy.. Disebabkan my tak ada penyakit jantunglah adik kejutkan.."

"Dah-dah, pergi bawa segala pinggan dan nasi goreng tu ke meja makan. Nanti tolong buatkan air teh sekali. Mummy nak kejutkan lelaki tiga orang yang tak bangun-bangun lagi tu."Datin Melinda menaiki tangga menuju ke bilik.

Aku meyediakan teko untuk membuat air teh yang dipesan. Namun, untuk diriku, pastilah coffee yang menjadi pilihan. Selesai membuat air, segala makanan dan minuman yang menjadi sarapan dibawa ke meja makan dan disusun kemas.

Melihat mummy and the gang dah turun, senyuman manis diberikan. Kami sekeluarga duduk di meja makan untuk menikmati makanan yang ada. Sambil makan, kami berbual kosong.

"Abang Zam, abang kan anak sulung, tak nak bawakan adik kakak ipar ke?Bosanlah tak ada kakak ni.."soalku sambil menunjukkan riak acah-acah sedih.

Muadzam yang sedang minum terus tersedak apabila mendapat soalan yang tidak diduga dari adik bongsunya itu. Mendapat jelingan percuma si Mawar dari Muadzam. Meja pula dipenuhi dengan gelak-tawa mereka.

"Ha'ah bang, mummy pun dah tak sabar nak ada cucu ni.." Giliran Datin Melinda pula yang mengusik.

Terus merah muka Muadzam. "Zam ni, kalau jodoh tiba-tiba datang Zam terima je.. Cuma malaslah nak cari sana-sini. Busy nak urus syarikat lagi." Ujar Muadzam sambil berkerut sedikit keningnya.

"Hah.. yelah. Tapi jangan jadi antertu pula.. Tak laku nanti."

"Apa antertu tu mummy? German language ke?" Soalku. Maklumlah mummy kan berdarah German.

Mummy yang mendengar hanya tergelak.
"Takkan tak tahu? Maksudnya Anak Teruna Tua.." Sekali lagi kami tergelak. Dah terlebih merah muka Muadzam.

Selesai sarapan, aku pun mencuci pinggan. Dengan menikmati angin dari tingkap dapur, tak sedar pula aku yang telah selesai dengan cucianku.

Langkah dibawa ke gazebo yang terletak di taman mini tepi halaman rumah. Memandangkan hanya aku seorang sahaja di rumah, memang bosanlah. Dato' Hashim pergi bermain golf dengan kawan-kawannya. Datin Melinda pula berjumpa dengan geng persatuan mak datin. Abang dua tu pergi syarikatlah untuk kerja. Aku baru je habis belajar di Universiti Oxford bulan lepas. Nanti-nantilah kerja. Nak rehat. Tak puas lagi cuti!

Duduk di gazebo sambil membaca novel memang hobiku. Namun, waktu ini, tiba-tiba rasa sunyi pula. Aku memutuskan untuk kembali masuk ke rumah. Bilikku menjadi destinasi. Aku memutuskan untuk melayan K-Drama melalui Netflix di komputer ribaku. Sebelum itu, aku sempat mengambil popcorn di ruangan dapur. Barulah syok nak layan drama!

Ketika melayan drama yang belum habis itu, tiba-tiba rasa mengantuk pula disebabkan bosan sangat! Mata yang hampir terlelap ditahan. Namun, entah jam berapa lena sudah menjemputku untuk tidur kembali.

TBC...

Sorry if this chapter too short and boring.
This is my first time🥲Cer komen sikit.
InsyaAllah nanti saya tolong baiki untuk next chapter :)


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 26 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

'My Rose'Where stories live. Discover now