"Lara, tempahan yang saya suruh awak buat dah siap?" Tanya Qaisara kepada pekerjanya itu.
"Dah siap cik Sara, cuma pelanggan kita yang selalu banyak order tu ada tempah lagi 2 hari lepas," tutur Lara.
Qaisara mengerut kening, pelanggan yang selalu banyak order?
"Banyak ke?"
"Cuba awak check nama dia apa?" Sambung Qaisara lagi.
"Jap."
Lara berjalan menuju kearah meja kaunter, laci yang ada disana dibuka lalu sebuah buku nota diambil. Dibuka buku nota tersebut, penuh teliti dia mencari nama pelanggannya itu.
Jumpa!
"Dia ada letak nama cuma kat sini hanya tulis FTI.S je,"
"FTI.S? Cuba saya tengok." Qaisara berdiri disamping Lara. Nama tersebut dilihat dengan penuh cakna.
"Kenapa aku macam pernah tengok eh nama ni?" gumamnya perlahan.
Sungguh, nama pelanggannya yang satu ini macam tak asing. Dia pernah tengok nama ni tapi dia lupa kat mana.
"Takpelah Lara, tempahan yang dia nak tu awak boleh bagi kat saya biar saya yang buatkan. Kesian kat awak banyak lagi yang awak kena buat." Saran Qaisara.
Walaupun dia bos dia tetap kena membantu, dia boleh rasa penat apatahlagi lagi pekerjanya. Jadi apa yang dia boleh bantu dia akan cuba membantu.
"Eh takpe cik Sara. Ni semua kerja saya, biar saya je yang buat,'' tolak Lara, dia segan kalau Qaisara ingin membantunya.
Dengan mata yang separuh menyipit, Qaisara memandang Lara.
"Ini satu arahan Lara, biar saya yang buat. Satu ni je, yang lain awak boleh buat." Qaisara tak suka jika niat baiknya ditolak, dia ikhlas ingin membantu dia juga tak suka kalau Lara merasa bersalah.
Dia memang rasa nak buat untuk pelanggannya yang ini.
'FTI.S...'
𓍢ִ໋🌷͙֒𓍢ִ໋🌷͙֒
Diruang tamu, ada Qaisara Mailana yang menunggu sahabat karibnya Nadierah. Nak marah rasanya dia dekat Nadierah, kata suruh siap awal bila dirinya dah siap eh dia pulak yang tak siap lagi.
"Lamanya, nak aku tunggu sampai bila ni?" Qaisara mendengus, penat dia menunggu. Telefon yang ada ditangan kembali ia main.
Bayangkan, semalam beria bukan main datang bilik dia tengah malam semata-mata nak bagitahu yang esok nak keluar jam 9 pagi.
Sekarang, batang hidung pun tak nampak.
Suasana diruang tamu yang sunyi membuatkan fikiran Qaisara kemana-mana. Dia teringat kembali nama pelanggannya yang unik tu, FTI.S.
YOU ARE READING
𝐓𝐀𝐊𝐋𝐔𝐊𝐈 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀𝐊𝐔
No FicciónRazaleigh Shah, jejaka yang memilih untuk membenci seorang wanita yang sama sekali tidak mempunyai salah dengannya. Hanya kerana wanita itu disayang dan dikasihi nendanya, dia rasa kasih sayang yang dia miliki selama ini berbagi. Tapi siapa sangka...