"What a small world!" Sergah seorang lelaki lengkap berpakaian kemeja putih dan seluar slack kerja.
Mata Herra dan Aulia terus berpaling arah suara lelaki itu. Berkerut dahi mereka berdua melihat wajah familiar lelaki yang sedang berdiri di sisi mereka sekarang.
"Korang dah lupa aku ke?" Soal lelaki itu dengan wajah hampa, dia menjongketkan sebelah keningnya.
"Fariez?" Soal Herra dengan wajah teruja, terus tersenyum lebar Fariez mendengar suara Herra.
"Ingat pun!" Bisik Fariez perlahan sebelum dia terus melabuhkan punggung di sisi Herra, Aulia hanya memerhati sahaja tindakan Fariez yang sudah pun duduk itu.
Fariez, Herra Aulia dan Raziq dulu merupakan kawan universiti yang rapat dulu, mereka selalu berempat kemana-mana. Tapi apabila tamat pengajian masing-masing membawa haluan masing-masing sehingga Herra berjumpa dengan Aulia dan kini Fariez cumanya Raziq, dia sudah berpindah ke luar negara bersama keluarnya, di UK.
"Kau buat apa dekat sini?" Soal Herra dengan wajah hairan, dia mengerutkan dahinya. Kalau ikutkan rasa terujanya membuak-buak apabila dapat jumpa kawan lama.
"Aku jumpa cafe viral ni! Tak tahu pula boleh terserempak dengan korang dekat sini," balas Fariez dengan wajah bersahaja, sebenarnya dia sengaja datang ke sini sebab tempat ni dah viral dekat tik tok! Tengoklah betapa meriahnya cafe ni dengan ramai customer.
"Viral?" Soal Herra dengan wajah yang disengetkan ke tepi, Aulia hanya menayangkan wajah biasanya. Memang cafe ni Viral pun...
"Kau nak tahu tak siapa owner dia?" Soal Herra dengan senyuman penuh makna, terus tersipu malu Aulia dibuatnya. Keningnya dijongket beberapa kali
"Siapa?" Soal Fariez dengan wajah bersahaja.
"Tu," Herra menjuihkan bibirnya ke arah Aulia yang sudah merah padam mukanya, membulat mata Fariez memandang Aulia.
"Ni cafe kau?" Soal Fariez dengan wajah jelas terkejut, Aulia tersenyum nipis sebelum dia mengangguk kecil.
"Wow!! Aku tak sangkaa... Hebatnya kau!" Ucap Fariez dengan wajah terharu, senyuman lebar terukir di bibir, papan tanda di luar di lihat daripada dalam "Aulia : Coffee and Tea".
"Tengoklah kawan siapa! Aku yang banyak tolong Aulia tau!" Balas Herra tak nak kalah dengan wajah berbangga, berkat nasihat dia Aulia masih bertahan dengan cafe cantik ini.
"Apahal cafe Aulia kau pulak yang nak nama?" Soal Fariez sinis dengan wajah berlagaknya, Herra mengetap bibirnya sebelum mata dikecilkan.
"Memang aku banyak tolong pun! Kau tahu apa?" Soal Herra dengan suara lantang, tidak berpuas hati, tangan turut naik menyilang ke dada.
"Tak percaya aku! Kau ni banyak membonggak je! Entah apalah nasib suami kau nanti," kata Fariez dengan wajah digeleng beberapa kali, dia kenal sangat peragai Herra ni, kadang-kadang okay kadang-kadang tak dan kadang-kadang menjengkelkan.
"Apa kata kau je kahwin dengan aku, biar pandan muka kau!" Kata Herra penuh dendam, Aulia mengangkat wajahnya memandang Herra sebelum dahinya berkerut, bibirnya diketap kuat.
"Tak nak aku," Fariez menjeling wajah Herra sebelum dia mengeleng perlahan. Aulia mengetap bibirnya sebelum rasa cemburunya naik seoktaf.
Perbualan mesra antara Herra dan Fariez membuatkan Aulia sakit hati dan menyampah, dari dulu ditahan rasa menyampahnya apabila di universiti lagi.
"Aulia! Aku banyak tolong kau kan?" Soal Herra dengan nada suara tinggi, terus Aulia tergelak kecil.
"Bolehlah..." balasnya dengan bibir yang di muncungkan sedikit.
"Hmmp," Fariez menayangkan wajah sinis, kan dah cakap, banyak tipu je Herra ni. Terus Herra merengus geramnya.
-
Herra memandang ke arah langit yang kian gelap di atasnya itu, namun tubuhnya masih tidak berganjak daripada kerusi di tasik itu.
Angin segar yang meniup rambutnya membuat Herra rasa nyaman dan tenang, hilang segala tekanan dalam rumah.
Tiba-tiba hujan pun turun dengan lebatnya sehingga sekejap sahaja baju Herra basah akibat terkena air hujan
"Aghh! Kenapa tiba-tiba hujan ni!" Herra melangkah ke arah sebuah pondok yang terdapat di tasik itu, wajahnya yang terkena air hujan di tutup pakai tangan sambil kakinya melangkah ke pondok tersebut.
Kebetulan pula kereta parking jauh, kalau nak jalan pasti sudah lencun nanti, kerusi di pondok itu di duduk sebelum Herra mengerling jam di pergelangan tangan.
Jarum jam menunjukkan pukul 7:00 petang, sudah hampir maghrib, ini mesti kena soal bila balik rumah nanti.
Herra hanya diam menghayati setiap bunyi titisan air hujan yang turun, apa boleh buat? Kena tunggu hujan redalah jawabnya, yang pasti tetap kena balik jika hujan masih belum reda pukul 7:30 kejap lagi.
10 minit berlalu, hujan pun kini sudah semakin reda, hanya renyai-renyai sahaja turun membasahi bumi.
Tanpa berlamaan di pondok, Herra terus mengangkat tubuh berdiri dan langkah di bawa menuju ke kereta Myvinya, matanya membulat apabila tertanggap beberapa orang lelaki berbadan besar sedang mengintai keretanya.
Terus cemas hati Herra tidak tahu apa yang dia ingin lakukan, tubuhnya turut sedikit mengeletar apabila dia sorang sahaja yang berada di tasim ini. Dengan pantas telefon yang berada di dalam beg tangan dikeluarkan sebelum tangannya bergetar ingin menghubungi Aulia ataupun Fariez.
Tanpa sempat dia ingin menghubungi sesiapa, lelaki-lelaki tadi memandang Herra dengan mata tajam mereka, terlepas telefon daripada tangan Herra apabila dia melihat sekumpulan lelaki itu datang mendekat.
"Ehh, ada oranglah dekat sini..." kata salah seorang daripada tiga orang lelaki itu, Herra melangkah ke belakang dengan wajah cemas dan mengeletar hebat.
"Adikk... jangan takut, kitaorang cuma nak bertegur je dengan adik," kata lagi salah seorang lelaki itu dengan senyuman sinis apabila Herra menapak ke belakang, telefonnya yang jatuh di atas tanah tadi di biarkan sahaja.
"T-Tak nak! J... Jangan dekat!" Herra memberi amaran dengan tangan disuakan ke depan, apabila tubuhnya menggeletar pasti suaranya turut gagap.
Apabila lelaki-lelaki itu turut mendekat, Herra terus berlari menuju ke kawasan perumahan berhampiran dengan tasik tadi.
"Tolong!!!" Jerit Herra dengan kuat sambil berlari dengan pantas, lelaki-lelaki tadi memandang antara satu sama lain sebelum mereka tersenyum sinis, langkah turut dibuka mengejar langkah Herra yang sedang berlari.
"Aghh!! Tolong saya!!" Jerit Herra lagi meminta pertolongan namun hampa, tiada sesiapa pun yang keluar daripada rumah untuk membantunya, mungkin masing-masing sedang sibuk.
Sampai sahaja di hujung jalan langkah Herra terus mati apabila jalan mati bertemu dengannya.
Tubuh terus dipusing ke belakang untuk melihat adakah lelaki-lelaki tadi masih mengejarnya, lelakinya mengejarnya tersenyum sinis apabila ternampak Herra yang sudah berhenti berlari, dengan pantas dia mendekati Herra. Lagi dua orang kawannya tiada bersamanya kerana mereka berpecah untuk mencari Kiara.
"T... Tolong jangan apa-apakan saya! Please saya merayu," pinta Herra dengan melangkah setapak demi setapak ke belakang.
To Be Continue...
💗thanks sudi baca!! Saya harap kenalah dengan cita rasa korang, tapi panjang lagi ni kalau nak berhenti dekat sini.... hehehe! Jangan lupa vote!>333

ANDA SEDANG MEMBACA
CINTA DIA KEMBALI
Romance𝙍𝘼𝙀𝙎 𝙃𝘼𝙔𝘿𝙀𝙍 𝙓 𝙃𝙀𝙍𝙍𝘼 𝙀𝙍𝙔𝙉𝘼 Mati rasa Herra apabila dugaan yang perit menimpanya, semua ini kerana salahnya memilih untuk ke tasik tapi dah takdir hidup walau bagaimanapun kena terima dengan redha. "Aghh!! Tolong saya!!" - 𝙃𝙀𝙍�...