.
.
.
."LADIES AND GENTLEMAN, tonight is the launch of the fashion design of Divine Glamorous. The dress that will be used for tonight's models is a limited edition that will be released by the valuable Divine Glamorous company, and now presenting our famous model Dellaura Fellani, wearing a Di'oro roysze dress!"seru MC itu dengan bangga.
Matanya yang tajam menambah aura keyakinannya. Dress itu mengalun dengan setiap gerak tubuhnya, menarik perhatian semua yang hadir. Pakaian kali ini lebih mahal daripada sebelumnya, Di'oro Roysze. Ya, Di'oro Roysze, dress terkenal dari Itali yang kini tersebar di seluruh dunia. Dress ini eksklusif, hanya satu di dunia, yang diluncurkan oleh Divine Glamorous. Harganya cukup untuk membeli sebuah kapal layar yang berjenama yack itu.
Mrs. Rosyeff Barneylia, pemilik Divine Glamorous, kagum dengan cara Laura menggayakan pakaian tersebut. Gaya Laura yang elegan membuatkan semua mata tidak berkelip memandangnya. Dellaura Fellani bukan sekadar mendatangkan keuntungan kepada syarikat itu, malah lebih daripada itu. Bagi Mrs. Rosyeff, Laura ibarat lambang kekayaan-siapa saja yang berurusan dengannya pasti akan jadi kaya, malah mungkin menjadi seorang bilionair yang disegani.
Dia adalah anak emas syarikat Divine Glamorous!
Setelah memperkenalkan pakaian itu, bermulalah perarakan model-model Divine Glamorous yang lain, masing-masing mengenakan pakaian terhad itu. Dress yang paling laris sudah tentu adalah yang dipakai oleh Laura. Ada yang sanggup menawarkan harga lebih tinggi daripada asal, hingga berlakunya perebutan sengit seakan-akan acara lelongan seni. Siapa yang mempunyai wang terbanyak, dialah yang akan membawa pulang dress tersebut.
Setelah selesai peluncuran dress terkenal itu, dan wawancara akhirnya dia pun dapat pulang dengan tenang ke penthousenya. Tetapi sebelum dia ingin pulang ke penthousenya ada seseorang yang perlu dia jumpa dahulu. Dan sudah tentu lah Mrs. Rosyeff Barneylia sesuatu yang menantinya disana.