SUDAH beberapa hari jasad Keira Elaine tidak terlihat di hadapan Evender. Tambahan pula, Evender masih tidak sepenuhnya percaya dengan ucapan Aaron tempoh hari. Setiap kali Evender menanyakan keberadaan Keira, pasti Aaron akan mengelak dan mengubah topik perbualan.
Evender tetap berkeras. Bahkan Aaron juga hampir ingin meninju wajah sahabatnya itu dek kerana sudah hilang sabar.
Lucas juga sudah sering mengatakan kepada Evender untuk percaya dengan apa yang Aaron katakan. Tetapi, Evender masih enggan mempercayai lelaki itu. Evender memang keras kepala walaupun fikirannya masih bercelaru.
"Masih sama, signor. Tuan Aaron tak menunjukkan kelakuan yang mencurigakan. Dia tak pernah ke tempat lain lepas habis kerja selain ke apartmentnya," Jason bersuara, setelah kembali dari menjalankan tugasnya.
Hampir seminggu Evender menyuruh orang kanannya itu untuk memerhati ke manapun Aaron pergi. Jejaka itu masih tidak mempercayai Aaron selagi rasa curiganya terhadap Aaron tidak pudar.
"Baik. Kau boleh balik. Aku dah bagi bonus untuk kau bulan ni. Kau boleh cuti tiga hari," ujar Evender.
"Tak perlu susah-susah la, signor. Dah jadi tanggungjawab saya untuk laksanakan arahan signor," Jason jelas terkejut. Meskipun dia sudah terbiasa dengan bonus yang diberikan setiap bulan kerana menjalankan tugas di luar jam kerjanya.
"Tak apa, terima je. Lepas tu kau ambil hadiah dari Leah. Aku suruh dia pegang sekejap hadiah tu. Congrats. Tak sangka dah jadi bapak orang dah kau kan? Aku berikan hadiah tu special untuk anak kau," Evender mengukir senyuman.
Jason terkejut tak terkata. Dia tidak salah dengar kan? Majikannya memberikan hadiah sempena kelahiran anak pertamanya?
Tidak dilupakan, jejaka yang sentiasa bersifat angkuh itu pula mengucapkan tahniah ke atas dirinya. Selama ini Evender tidak pernah mengambil tahu tentang pekerjanya tetapi hari ini...?
Nampaknya, Evender sudah berubah dan sepertinya tidak lain dan tidak bukan pasti disebabkan oleh Keira.
"Err, signor..."
"Baliklah. Spend time dengan anak dan isteri kau. Dia orang pun perlukan kau juga..."
"Signor yakin ke? Saya takut kalau saya akan menyusahkan signor pula nanti..."
"Tak payah kesah pasal aku. Dah, shuh shuh! Sebelum aku berubah fikiran baik kau blah," kata Evender mendatar.
Aaaaaaa terharunya! "T...terima kasih, signoooorrrr..." Jason mengelap setitis air matanya yang mengalir di pipi. Dengan lekas dia pun segera beredar dari ruangan Evender.
Evender menghembuskan nafas beratnya setelah kepergian Jason. Penat? Sudah pasti. Dia sering memikirkan keadaan gadis yang pernah dia sakiti selama ini. Begini rupanya rasa patah hati ketika ditinggalkan. Adakah bapanya juga seperti ini juga dahulu saat mendiang ibunya menghembuskan nafas terakhirnya?
YOU ARE READING
𝐎𝐆 | 𝐄𝐯𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫'𝐬 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧
Romance𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝓔𝓿𝓮𝓷𝓭𝓮𝓻'𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷 ° ━━━━━━ ◦ ✤ ◦ ━━━━━━ ° Tatkala kuasa sudah mengusai diri sesorang itu, apakah yang akan terjadi pada dirinya? Ya. Tamak! Perasaan tamak pasti akan menguasai diri. Evender Delrico...