Malam itu, Zayn duduk di balkoni biliknya, ditemani hembusan angin malam yang sejuk. Matanya memandang kosong ke langit, namun fikirannya jauh melayang.
Hatinya berat, bergelut dengan penyesalan dan kebingungan. Semua yang terjadi terasa seperti mimpi buruk yang sukar difahami. Perasaannya berkecamuk, antara rasa bersalah, keliru, dan hampa.
FLASHBACK
Zayn teringat kembali bagaimana semuanya bermula. Malam itu, wanita itu telah menghubunginya, menjemputnya ke sebuah acara yang penting katanya.
Pada awalnya, Zayn teragak-agak, namun entah mengapa dia setuju juga. Dia meyakinkan dirinya bahawa itu hanyalah satu Event Party, tidak lebih dari itu.
Namun, keputusan itu kini terasa seperti kesilapan besar.
Zayn meninggalkan Sofea dan anak mereka, Ziyad, di rumah Puan Maimun. Dia berpura-pura yakin ketika melangkah keluar, meskipun hatinya berasa berat meninggalkan mereka berdua.
"Baik-baik, abang pergi...jangan lama-lama, nanti anak dalam perut rindu." ucap Sofea, senyuman manis terukir di wajahnya.
"Papa, nanti Iyad nak main dengan siapa? Iyad bosan nanti..." ujar Ziyad, mulutnya muncung.
Zayn mendekati Ziyad dengan langkah perlahan sebelum merangkul anaknya dalam pelukan yang erat, seakan tidak mahu melepaskannya.
"Iyad, papa tak pergi lama... Nanti papa balik, kita main sama-sama lagi, okay?" bisik Zayn lembut sambil mencium dahi kecil Ziyad dengan penuh kasih sayang.
Ziyad tersenyum kecil, "Okay, papa. Janji tau," balasnya, suaranya penuh dengan harapan.
Zayn mengangguk, meletakkan Ziyad perlahan-lahan ke tanah, lalu beralih menuju ke arah Sofea. Dia mengusap lembut perut Sofea yang sedang hamil.
"Sayang, abang kena pergi dulu. Tolong jaga diri dan baby kita baik-baik, tau?" ucap Zayn dengan nada lembut, namun penuh kepercayaan.
Sofea tersenyum tipis, hatinya berat tapi memahami. Dia mengangguk, menghulurkan tangan dan bersalam dengan suaminya. Zayn membalas genggaman itu dengan erat, seolah-olah menyampaikan seluruh kasihnya melalui sentuhan itu.
Sesampai di sana, acara itu berlangsung meriah, dengan lampu-lampu bergemerlapan dan bunyi muzik yang menghidupkan suasana. Zayn duduk di satu sudut, cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran yang asing.
Tiba-tiba, wanita itu menghampirinya dengan senyuman penuh maksud. Di tangannya ada gelas yang berisi minuman.
"Nah, ini untuk you,Zayn," katanya lembut sambil menyerahkan gelas itu kepadanya.
Zayn, yang ketika itu merasa sedikit tidak selesa dengan suasana sekeliling, mengambil gelas itu tanpa banyak soal.
"Thanks," balasnya ringkas sebelum meneguk minuman tersebut.
Namun, sebaik sahaja minuman itu masuk ke tekaknya, pandangannya mula kabur. Dunia di sekelilingnya berpusing, dan dia berasa seperti hilang kawalan.
Zayn cuba bangkit dari kerusi, tetapi tubuhnya terasa terlalu berat. Suara-suara di sekelilingnya semakin sayup-sayup, hingga akhirnya semuanya menjadi gelap. Maka semuanya bermula selepas itu.
END FLASHBACK
Dia tidak menafikan, sewaktu dia separuh sedar, ada kata-kata yang diungkapkannya. Tetapi semua itu hanyalah tidak seperti yang apa yang dia rasakan.
Zayn menggenggam erat tangan, penyesalan menyelubungi dirinya. Dia tahu dia telah mengkhianati Sofea, walaupun dia tidak tahu sepenuhnya apa yang berlaku pada malam itu. Hatinya terasa kosong, dan rasa bersalah terus menghantuinya.
"Kenapa kau bodoh sangat, Zayn?" bisiknya pada diri sendiri. Hatinya sakit memikirkan bagaimana dia telah memperjudikan segala-galanya.
Angin malam bertiup perlahan, namun Zayn tetap tidak berganjak dari tempatnya. Matanya masih menatap langit, tetapi fikirannya terus mengimbas kembali detik-detik yang menghancurkan segala yang dia miliki.
Namun, lamunan Zayn terhenti tiba-tiba apabila suara lembut Sofea memecah kesunyian.
"Abang," sapa Sofea lembut, penuh kasih.
Dia berpaling, melihat isterinya berdiri di belakang dengan wajah penuh kebimbangan.
"Abang, okay? Abang ada fikirkan something ke?" tanya Sofea perlahan.
Dia cuba membaca perasaan suaminya. Dia sudah lama merasakan sesuatu yang tidak kena, tetapi menahan diri daripada bertanya kerana bimbang akan reaksi Zayn.
Zayn memandang Sofea, perasaan bercampur baur dalam dirinya. Hatinya masih diselubungi kekecewaan. Namun, pandangan mata Sofea yang penuh kasih sayang dan keikhlasan membuatkan dia serba salah. Dia tahu, Sofea tidak bersalah dalam hal ini, semuanya berpunca dari kebodohan dia sendiri.
"Tak ada apa-apa, sayang," balas Zayn, cuba tersenyum, walaupun suaranya sedikit goyah. "Abang cuma penat sikit."
Sofea mengerutkan dahi, tidak yakin dengan jawapan suaminya. "Abang kalau ada apa-apa, boleh ceritakan kat, sayang."
Zayn memalingkan wajahnya, matanya merenung jauh ke arah awan gelap itu. Dia tahu Sofea ikhlas, tapi bagaimana dia boleh menceritakan semuanya, dia tidak mahu menyakitkan hati isterinya lagi.
"Abang tak akan sakitkan sayang..." Zayn berbisik dalam hati.
Zayn menarik nafas panjang, kemudian menghadap Sofea sekali lagi. "Abang, abang okay je, sayang. InsyAllah."
Sofea mengangguk perlahan, walaupun hatinya masih risau. "Okay...tapi, kalau ada apa-apa, cerita je, sayang sentiasa ada untuk abang."
Zayn tersenyum kecil, cuba menyembunyikan kekusutan yang menyelubungi fikirannya. Dia melangkah ke arah Sofea, menariknya ke dalam pelukan.
Sofea memeluknya erat, terasa ada sesuatu yang berat di hati suaminya. Namun, dia memilih untuk diam, berharap Zayn akan membuka mulut pada waktunya nanti.
Dalam pelukan itu, Zayn memejamkan mata. Fikirannya berkecamuk, antara tanggungjawabnya sebagai suami kepada Sofea dan rahsia yang kini berada dalam genggamannya.
Berita itu ibarat bom jangka yang menunggu masa untuk meletup, dan dia tahu dia tidak boleh menyembunyikannya selama-lamanya. Tapi, untuk saat ini, dia hanya mahu berada di sisi Sofea, cuba mencari ketenangan walau seketika.
Namun jauh di sudut hatinya, Zayn sedar, kebenaran yang bakal terbongkar itu mungkin akan mengubah segalanya, termasuk hubungannya dengan Sofea. Tetapi, dia akan cuba sehabis baik untuk mengekalkan hubungan mereka sehingga akhir hayat.
TO BE CONTINUED
YOU ARE READING
ISTERI YANG DISEKSA S2 (OG)
RomanceWarning : Baca season 1 untuk tidak mengelirukan pembaca. Setelah mengalami derita yang berpanjangan, Sofea akhirnya menemukan jalan kebahagiaan. Hidupnya kini bahagia bersama keluarga tercinta, Zyan dan Ziyad serta kandungannya. Namun, kebahagiaan...