BAB 23

85 19 0
                                    

Puas bertekak dengan Harraz pagi-pagi. Harraz memaksa untuk Sara berangkat kerja bersamanya tetapi Sara menolak. Sara tidak mahu orang di pejabat tahu yang mereka berdua itu rapat. Malas mahu menjadi buah mulut orang.

Setengah jam mereka bergaduh di lobi apartment.

"Cepat lah masuk ! Nanti lambat !" Jerit Harraz dari dalam kereta. Kesabarannya semakin menipis.

"Saya tak nak ! Nanti orang dekat office nampak !" Jawab Sara. Nak berbuah mulut Sara asyik bagi alasan yang sama sahaja.

"Biarlah diaorang nampak ! Diaorang ada mata ! Cepat lah masuk Sara. Kita dah lambat ni" Kata Harraz lagi. Masih berusaha memujuk Sara. Sara geleng kepala.

"Saya boleh pergi naik grab. Awak pergi lah dulu"

"Cepat lah Sara. Sebelum aku buat cara paksa lebih baik kau masuk cepat" Ugut Harraz.

"Tak nak lah. Harraz please. Nanti orang nampak. Saya dah lah first day. Nanti orang cakap saya dapat kerja sebab jadi scandal awak" Sara memberi alasan.

"Kan sekali jalan. Apa susah sangat kau nak naik ni ?" Seperti mahu naik angin Harraz dibuatnya.

"Awak please.."

"Kau naik. Dekat office aku ada bustop. Nanti aku berhentikan kau dekat bas stop. Lepastu kau jalan kaki masuk dalam office" Cadang Harraz. Sara seperti berfikir seketika.

"Betul ea ? Awak janji ea ?"

"Ya ! Dah cepat" Sara terus masuk ke dalam kereta. Harraz terus menekan minyak. Kalau dia tahu ini cara yang boleh membuatkan Sara naik keretanya tadi, sudah lama dia gunakan alasan ini.

Seperti yang dijanjikan. Harraz menurunkan Sara di bas stop. Sara memusingkan kepala untuk memastikan line clear barulah dia turun. Selepas Sara turun, kereta milik Harraz meluncur ke HRZ.

Sara mengatur langkah ke perkarangan HRZ. Besar juga company Harraz ini. Masuk sahaja ke dalam HRZ, Sara bagaikan berada di kutub utara. Punyalah sejuk company Harraz ni. Agaknya yang bekerja di sini semuanya kulit setebal kulit buaya kerana kebanyakkan pekerja di sini hanya memakai baju casual sahaja.

Sara melangkah mendekati reception.

"Hai, saya pekerja baru dekat sini. Boleh saya tahu dekat mana office bos ?" Soal Sara.

"Awak PA baru bos kan ?"

"Ya saya" Sara melakarkan senyuman. Memang Sara sudah tahu apa posisinya di sini. Walaupun agak lari dari bidangnya namun Sara menyetujuinya untuk pengalaman pekerjaan.

"Haa awak boleh naik..."

"Haa itu bos. Awak ikutlah bos. Setahu saya bos dah interview awak kan ? Jadi saya rasa bos dah kenal awak. Awak pergi ikut bos tu" Jeslyn menunjuk ke arah Harraz yang baru sahaja melangkah masuk. Sara angguk.

Apabila melihat Harraz sudah menapak ke lift, laju sahaja Sara mendekati Harraz. Langkah Sara terhenti apabila melihat papan tanda 'No staff allowed'. Sara melangkah setapak kebelakang. Baru sahaja dia mahu pusing, Harraz sudah bersuara.

"Masuk" Sara geleng. Jarinya ditunding ke arah papan tanda.

"Sara Sajeeda. Just come in. Faster" Arah Harraz sambil jari telunjuk menekan butang lift agar pintu lift tidak tertutup.

"Kalau kau tak nak masuk, aku tarik kau" Ugut Harraz.

Sara menjeling tajam. Kakinya melangkah masuk.

"Awak suka ugut saya ! Benci tau !" Bebel Sara.

Harraz tidak mengendahkan. Harraz menekan butang lift. Selama mereka berdua di dalam lift, tiada satu pun kata yang keluar daripada mulut Sara. Perasaan Sara bercampur baur. Berdebar. Takut. Tidak yakin. Seram sejuk. Arhh semualah !

HARRAZ'SWhere stories live. Discover now