Alya mula menangis setelah merasa dadanya terlalu sakit.Dia susah bernafas.Suaminya pula berada di office,tinggal hanya dia saja sendiri di rumah.
Dia terbaring lemah d atas katil dan mula mengambil telefonnya cuba untuk membuat panggilan pada suaminya.Dia berharap panggilan yang di buatnya di sambut oleh suaminya.
Tut tut tut
Tut tut tut
Alya menunggu dengan sabar di iringi dengan tangisannya.
"Hello yaa sayang." Ucap Zyan Rafael di balik talian sebaik sahaja talian bersambung.
"Ab....ba...ng..." Ucap Alya pula bersama tangisannya.
Zyan Rafael yang berada di bilik meeting terus berdiri dan dia mengarahkan staffnya untuk hentikan perbincangan mereka.
"Sayang kenapa?kenapa menangis ni?" Soal Zyan Rafael dengan nada risau.Sedari tadi dia mendengar tangisan isterinya.
"Sak....kit....hiks...tak....bol....leh...naf...fas....hiks."
Balas Alya.Peluh di dahinya di biarkan.Zyan Rafael yang mendengar itu terus keluar dari bilik meeting.
"Sayang tahan okey.Abang balik sekarang." Ucap Zyan Rafael tanpa menghiraukan staffnya yang terpinga-pinga memandangnya keluar dari bilik meeting.
Alya tidak lagi membalas dia hanya menangis.Apalagi kepalanya sudah mula sakit.
Dia menepuk perlahan dadanya yang terasa sempit.Zyan Rafael pula memandu dengan laju dalam hatinya berdoa agar isterinya baik-baik saja.
Sampai sahaja di depan rumahnya.Dia terus berlari masuk kedalam rumah dan terus naik kebilik mereka yang berada di tingkat atas.
Buka sahaja pintu,dia melihat isterinya sedang terbaring lemah di atas katil dengan tangisan yang sudah teresak-esak.Dia menghampiri tubuh kecil itu dan terus mengangkat tubuh kecil itu agar bersandar di tubuh tegapnya.
Alya yang tersedar dirinya diangkat hanya diam.Dia menatap wajah risau suaminya dengan airmata yang mengalir laju.Dahinya berkerut menahan sakit.Peluhnya di kesat oleh tangan kasar suaminya.
"Tarik nafas slow slow sayang.Jangan menangis nanti tambah sesak nafas ni." Ucap Zyan Rafael dengan lembut sambil mencium sisi kepala isterinya.
"Sakit hiks tak boleh nafas hiks."Balas Alya.Dia sudah bersandar di dada tegap suaminya.Dirinya lemah.
Zyan Rafael terus melihat wajah isterinya sebelum matanya terpaku pada hidung isterinya yang sudah mengalirkan darah.
"Sayang tak sihat ni.Jom abang bawa pergi hospital." Ucap Zyan Rafael sambil mengendong isterinya menuju ke almari pakaian mereka.Dia mengambil tudung sarung isterinya dan di sarungkan pada kepala isterinya.
Alya hanya menangis.Dia takut suaminya tahu akan sakitnya tapi kini tenaganya tiada.Dia lemah.Entah mengapa hari ini sakitnya tidak dapat di tahan lagi.Bagaimana jika suaminya tahu.
"Dah dah kita gerak sekarang.Sayang stop menangis nanti sayang tambah sakit." Pujuk Zyan Rafael sambil mengusap kepala isterinya.Dia membawa turun tubuh kecil isterinya yang berada dalam gendongannya itu menuju ke kereta.
Sampai sahaja di kereta dia terus masukkan tubuh kecil isterinya itu kedalam perut kereta, sempat dia mengesat darah yang tak henti mengalir keluar dari hidung kecil itu menggunakan tisu.
Alya hanya diam.Airmatanya tidak mahu berhenti.Tetap mengalir laju.Dia hanya melihat tangan kecilnya yang sudah dalam genggaman suaminya.
Zyan Rafael diam tidak bersuara.Dia hanya memandu dengan laju menuju ke hospital.
Dia risau melihat keadaan isteri kecilnya itu.Kalau dia tahu isteri sakit.Dia tidak akan datang kerja.
YOU ARE READING
Demi Bahagia Mu
Romance🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu adalah mereka,yang bersatu tanpa ada rasa cinta mahupun sayang. _Zyan Rafael "Perempuan bodoh! Kau...