BAB 24

70 13 0
                                    

Nazrul melangkah masuk ke HRZ. Rasa seperti sudah lama tidak bertandang ke sini walaupun sebenarnya baru 2 hari dia tak datang sini.

"Jes, bos you ada tak ?" Soal Nazrul apabila sudah sampai di reception.

"Ada. You kalau tak kacau bos memang tak sah kan ?" Perli Jeslyn. Kalau dah setiap hari mamat ni datang sini, mana tidak jemu bos nya.

"I memang tak boleh hidup kalau tak nampak dia. Dia bagaikan nyawa I tau" seloroh Nazrul. Jeslyn mencebik.

"Okay lah Jes, I gerak dulu. See you when I see you" Nazrul melambai sambil melangkah meninggalkan Jeslyn. Jeslyn hanya membiarkan sahaja.

Sampai sahaja di tingkat Harraz, senyuman Nazrul semakin melebar. Sudah lama tidak jejak kaki di sini. Nazrul melambai tangan ke arah pekerja-pekerja Harraz. Mereka semua hanya membalas dengan senyuman. Sudah terbiasa dengan kelakuan Nazrul.

Apabila Nazrul pusing ke arah bilik Harraz, mata Nazrul terbutang apabila melihat seorang gadis yang cantik bertudung. Apa lagi terus sahaja Nazrul mendekatinya. Dirapikan lagi rambutnya. Bajunya dikemaskan.

"Gadis ayu pakai tudung kelabu, ayu sungguh ayu. Hei si gaduh yang ayu" Nyanyi Nazrul sambil melangkah mendekati Sara.

Sara yang tadinya leka menyemak jadual Harraz terhenti serta merta. Kepalanya pusing ke arah suara yang menyanyi tadi. Terkebil-kebil mata Sara melihat lelaki yang sedang berdiri di depan mejanya.

"Hai cik adik yang cantik, siapa nama ?" Tanya Nazrul dengan senyuman.

Sara kemam bibir. Rasa takut pula dengan lelaki di depannya. Ini mesti buaya bukan main manis lagi bibir. Seperti tanam tebu di tepi bibir. Kalau dilayan pasti masuk perangkap.

"Kenalkan nama lelaki yang handsome lagi kacak bergaya yang berdiri di depan awak ni ialah Nazrul Aiman" Ujar Nazrul sambil menyisip rambutnya.

Bukan main panjang lagi pendahuluan sekali namanya pendek itu aja ?

"Saya tak pernah nampak awak dekat sini. Awak pekerja baru ke ?" Sara angguk.

"Saya PA bos" Jawab Sara lembut. Nazrul menutup bibirnya dengan telapak tangan. Wajah Sara dipandang dengan teruja.

"Omg ! Sedapnya suara awak ! Awak penyanyi ke ?" Beria-ria Nazrul berkata. Sara geleng.

"Tapi kan sejak bila si Beras tu ada PA baru. Bukan ke PA dia Aminah ?" Soal Nazrul.

"Beras ?" Sara kerut dahi. Pelik betul soalan lelaki di depannya.

"Maksud saya Harraz. Saya memang suka panggil dia dengan nama-nama special" Sara angguk. Faham. Sedap betul si Nazrul lipat Sara.

"Haah. Saya baru masuk dua hari lepas. Gantikan Aminah" Jelas Sara.

Harraz meyandarkan tubuh di kerusi. Apabila matanya pandang ke depan, dengan jelas dia dapat lihat Si Nazrul sedang kacau Sara. Mamat ni memang tak boleh nampak perempuan cantik. Semua nak dibedalnya.

Harraz bangun dari kerusinya. Laju dia menolak pintu.

"Kita tukar nombor nak tak ?" Mendidih telinga Harraz mendengar soalan Nazrul.

"Arhhhh ! Sakitlah !" Jerit Nazrul apabila telinganya ditarik oleh Harraz. Harraz tidak mengendahkan jeritan Nazrul. Ditarik Nazrul masuk ke dalam pejabatnya.

"Bye awak ! Nanti kita chit chat lagi !" Jerit Nazrul sebelum pintu bilik Harraz tertutup.

Sara kemam bibir. Kelakar pula melihatnya. Apabila hilang sahaja dua tubuh lelaki itu, Sara sambung menyemak jadual Harraz.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 2 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HARRAZ'SWhere stories live. Discover now